Adakah kita Pengguna Berani

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis entri apa persediaan menghadapai kemerosoton ekonomi dunia tetapi berapa ramai pembaca yang ambil kisah atau masih ramai yang lebih suka menjadi keyboard warrior. Seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah kemerosoton ekonomi Malaysia bukan kelemahan Kerajaan tetapi disebabkan faktor luaran yang membabitkan semua negara luar yang jadi mainan askar dajjal.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Khas untuk wanita rahsia jana wang di rumah! Klik Sini

Rahsia bisnis ubat kuat lelaki yang berjaya terbongkar! Klik Sini

Rahsianya kejayaan bisnis dropship terbongkar! Klik Sini[/box]

Akibat dari kemerosotan ekonomi dunia harga minyak untuk bulan Februari 2015 turun kerana harga minyak dunia merosot lagi. Turunnya harga minyak Malaysia adalah rahmat kepada rakyat yang selama ini merungut sehingga berdemo di Dataran Merdeka untuk memaksa Kerajaan menurunkan harga. Harapan rakyat apabila harga minyak turun maka kehidupan semakin selesa apabila harga barang pun sepatutnya turun. Dulu peniaga memberi alasan kerana harga minyak mahal mereka terpaksa menaikan harga barangan.

Malangnya hampir semua peniaga yang tamak haloba tidak menurunkan harga barangan walaupun harga diesel sudah turun kepada RM1.70 dari harga tertinggi RM2.23. Nak mengharapakn ahli politik berjuang memang janganlah malah mereka bergaduh isu perkauman sehingga peniaga yang tamak haloba mendapat keuntungan kerana dilindungi dan rakyat juga menjadi mangsa.

boikot peniaga tamak haloba

Tapi rakyat sebagai pengguna pun salah kerana semuanya mengharapkan ahli politik untuk berjuang untuk mereka. Alasanya mereka sudah mengundi jadi ahli politik mesti bekerja untuk mereka. Rakyat mesti penjadi PENGGUNA yang BERANI melawan kumpulan kapitalis yang tamak haloba mencekik leher pengguna untuk mendapat keuntungan yang bukan milik mereka. PENGGUNA mesti BERANI berdiri memboikot semua peniaga yang kejam tak kira Melayu, Mamak, India, Bangla apatah lagi majoriti peniaga Malaysia adalah Cina.

Kalau sebelum ini kita BERANI membuat kain rentang besar dan membaling batu ke pintu restoran McDonald’s kerana dikatakan membantu Yahudi yang menyerang Palestine. Kalau sebelum ini kita dengan BERANI menyerang Cadbury kerana dikatakan mempunyai dna babi. Mana KEBERANIAN kita semua untuk menentang peniaga tamak haloba merampas wang kita sesuka hati? PENGGUNA mesti BERANI bagun untuk boikot peniaga yang zalim untuk kepentingan diri sendiri.

boikot mcdonald's

Biarkan orang politik dan NGO dengan cara mereka dan kita PENGGUNA gunakan kuasa kita untuk memaksa peniaga menurunkan harga barangan. Bayangkan kalau kita sama-sama 1Malaysia boikot seminggu kedai makan yang menjual makanan dengan harga yang mahal pasti melingkup kedai tersebut termasuklah semua rantaian syarikat yang menjual produk kepada kedai makan tersebut.

Pelik sungguh pengguna Malaysia ini … bila agaknya kita nak jadi PENGGUNA BERANI yang berani bagun bersama menentang kezaliman peniaga tamak haloba ini? Mungkin ini masanya Blogger bersatu menentang peniaga yan zalim.


Spread the love

127 Comments

  1. Sebenarnya kuasa dan pilihan di tangan kita. Jangan terlalu mengharapkan kerajaan. Kerajaan sudah mengambil langkah dengan menetapkan harga barang kawalan. Jangan asyik salahkan kerajaan.
    Curahan rasa cikpin @ ..Kuasa Di Tangan KitaMy Profile

  2. kerajaan pun harus main peranan, macam tarif elektrik, tiket bas, beras dan gula yang dikontrol oleh kroni harus diusahakan agar diturunkan. kerajaan jangan berani nak suruh peniaga kecil2an sahaja sedangkan kroni besar terus dibiarkan mengaut keuntungan lebih.
    Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Pil Kalsium Terbaik Di DuniaMy Profile

  3. nk salah kan org atas xleh nak salahkan org bwh pun xleh..kita sbgai org awam perlu ikut kemmpuan kita tnpa perlu boros ..simpan itu akan membntu kita …apa yg perlu kita buat kena cari duit smpingan untuk tingkatkan poket sendiri..jika anda semua ingin cari duit lebih untuk mningkat duit poket pm admin heheheh
    e..

    1. Kita sudah banyak kali bangun bersama menentang berbagai isu politik dengan memenuhi jalan jaya tetapi apabila isu besar seperti ini menentang peniaga yg degil kita tak boleh bersama … kenapa???
      Curahan rasa denaihati @ ..Malaysia Best Blog 2015My Profile

  4. Memang kita sepatutnya berani mempertahankan hak kita sebagai pengguna. Malangnya kerana kita tidak bersatu maka kita dengan mudahnya ditindas oleh peniaga. Jadi peranan kita sebagai pengguna akan berkesan jika kita dapat mewujudkan kesedaran bersama untuk bangkit melawan manipulasi harga oleh para peniaga…
    Curahan rasa Ummi Naimie @ ..BERHATI-HATI DENGAN PRODUK BERBAHAYA!!!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!