Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis entri apa persediaan menghadapai kemerosoton ekonomi dunia tetapi berapa ramai pembaca yang ambil kisah atau masih ramai yang lebih suka menjadi keyboard warrior. Seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah kemerosoton ekonomi Malaysia bukan kelemahan Kerajaan tetapi disebabkan faktor luaran yang membabitkan semua negara luar yang jadi mainan askar dajjal.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Khas untuk wanita rahsia jana wang di rumah! Klik Sini
Rahsia bisnis ubat kuat lelaki yang berjaya terbongkar! Klik Sini
Rahsianya kejayaan bisnis dropship terbongkar! Klik Sini[/box]
Akibat dari kemerosotan ekonomi dunia harga minyak untuk bulan Februari 2015 turun kerana harga minyak dunia merosot lagi. Turunnya harga minyak Malaysia adalah rahmat kepada rakyat yang selama ini merungut sehingga berdemo di Dataran Merdeka untuk memaksa Kerajaan menurunkan harga. Harapan rakyat apabila harga minyak turun maka kehidupan semakin selesa apabila harga barang pun sepatutnya turun. Dulu peniaga memberi alasan kerana harga minyak mahal mereka terpaksa menaikan harga barangan.
Malangnya hampir semua peniaga yang tamak haloba tidak menurunkan harga barangan walaupun harga diesel sudah turun kepada RM1.70 dari harga tertinggi RM2.23. Nak mengharapakn ahli politik berjuang memang janganlah malah mereka bergaduh isu perkauman sehingga peniaga yang tamak haloba mendapat keuntungan kerana dilindungi dan rakyat juga menjadi mangsa.
Tapi rakyat sebagai pengguna pun salah kerana semuanya mengharapkan ahli politik untuk berjuang untuk mereka. Alasanya mereka sudah mengundi jadi ahli politik mesti bekerja untuk mereka. Rakyat mesti penjadi PENGGUNA yang BERANI melawan kumpulan kapitalis yang tamak haloba mencekik leher pengguna untuk mendapat keuntungan yang bukan milik mereka. PENGGUNA mesti BERANI berdiri memboikot semua peniaga yang kejam tak kira Melayu, Mamak, India, Bangla apatah lagi majoriti peniaga Malaysia adalah Cina.
Kalau sebelum ini kita BERANI membuat kain rentang besar dan membaling batu ke pintu restoran McDonald’s kerana dikatakan membantu Yahudi yang menyerang Palestine. Kalau sebelum ini kita dengan BERANI menyerang Cadbury kerana dikatakan mempunyai dna babi. Mana KEBERANIAN kita semua untuk menentang peniaga tamak haloba merampas wang kita sesuka hati? PENGGUNA mesti BERANI bagun untuk boikot peniaga yang zalim untuk kepentingan diri sendiri.
Biarkan orang politik dan NGO dengan cara mereka dan kita PENGGUNA gunakan kuasa kita untuk memaksa peniaga menurunkan harga barangan. Bayangkan kalau kita sama-sama 1Malaysia boikot seminggu kedai makan yang menjual makanan dengan harga yang mahal pasti melingkup kedai tersebut termasuklah semua rantaian syarikat yang menjual produk kepada kedai makan tersebut.
Pelik sungguh pengguna Malaysia ini … bila agaknya kita nak jadi PENGGUNA BERANI yang berani bagun bersama menentang kezaliman peniaga tamak haloba ini? Mungkin ini masanya Blogger bersatu menentang peniaga yan zalim.
127 Comments
semoga Islam bisa berjaya dimuka bumi ini mengalahkan kaum Yahudi dan Nasrani
Curahan rasa Info Menarik @ ..Cara Melakukan Fetch As Google Di Webmaster Tools
satu masa nanti islam pasti akan menang..bumi ini akan aman kerana di tadbir oleh pemimpin islam sejati..masanya pasti akan tiba..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Piala Liga Juara-Juara AFC 2015; Johor Darul Takzim (JDT) Lawan Bengaluru FC
ada waktunya pun perekonomian mereka akan jatuh dan perekonomian islam yang akan jaya
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Cincin Penolak Bala’
Kita dah lama lemau dengan benda mudah … semua rasa nak senang, tak leh susah sikit. Jadi, bila diminta untuk bertindak .. masing2 tolak orang depan … kalau buat pun kejap je ..pastu dah .. senyap sengap.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Berliburan di Kawah Putih, Bandung, Indonesia
orang kita suka terapkan budaya “tidak mengapa” dalam kehidupan seharian..sebab itu kempen boikot nie susah nak mencapai kejayaan..usaha hanya hangat2 tahi ayam saja…
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..Martabak Manis Pecenongan 65A
nak boikot, kena boikot berterusan.
jangan hangat-hangat tahi ayam.
orang kita ni macam yoyo sikit.
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 38 dari Ashadee.com
Betul tu … aku sokong je boikot sebb memang biasa buat. Anak-anak pun tak ada masalah. Sampai skrang kami boikot produk yang tak ada tanda halal … hoho
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Esotik Wisata Alam Kawah Putih Ciwidey Jawa Barat
Mesti boikot betul2lah dan kena ramai yg buat, mungkin bukan esok lusa ada kesan tapi InsyaAllah akan ada bila semua buat berterusan dan istoqamah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kerjaya Impian selepas tamat belajar
boikot ni biasanya bermusim. boikot kejap je lepas tu senyap entah ke mana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Berita Terkini Pesawat TransAsia ATR72 Terhempas
2015 yg semakin mencabar. Lepas ni bila harga minyak naik semula, alasan harga barang naik sebab harga minyak naik dah sangat tak releven.
bila harga minyak turun sekarang ni mereka tak pulak nak turunkan harga barang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jersi Pasukan Kelantan 2015
harap kerajaan bertegas dalam soal ni. kalau minyak boleh turun, tak kan barang tak boleh
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jersi Pasukan Kelantan 2015
Tak boleh nak harapkan kerajaan je ni .. kita sebagai pengguna kena guna hak kita …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Berliburan di Kawah Putih, Bandung, Indonesia
kalau pengguna diam kan je perkara ni, lepak nanti peniaga diluar sana. cekik darah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jersi Pasukan Kelantan 2015
Bila masa orang Malaysia berani? Kerajaan pun dah 50 tahun tak berani nak tukar-tukar.. ops, lari topik…
Curahan rasa insan biasa @ ..Harga emas di Malaysia naik 20% dalam tempoh sebulan
haha. rakyat dah terbiasa kot. mereka malas nak fikir dan cakap banyak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jersi Pasukan Kelantan 2015
betullah tu bila minyak turun takde satu pun rasanya kedai yang buat penurunan harga setimpal..tp bila minyak naik je terus harga gula, tepung nak jugak naik jam2 tu gak..mari kita pilih kedai yang tak cekik darah..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Jemputan Buat Duit Dari Rumah Hingga Anda Rasa Oh My God Bestnya!
Ya betul tu… Sebagai pengguna kita berhak bersuara… Sebelum ini masa harga minyak naik, dengan senang hati mereka mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang… Tapi bila dah harga barang turun, peniaga buat tak peduli sahaja untuk menurunkan harga barang…
Curahan rasa Anuar @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41
Kita sebagai pengguna memang sepatutnya memperjuangkan hak kita supaya tidak ditindas oleh orang tengah. Jika perancangan boikot yang akan dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam dan lebih dari 20 NGO berjalan saya akan cuba memberi sokongan. Semoga usaha ini berjaya, kalau tak cuba kita tak tahu kan.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Glucos Cut teh sekat gula
i say warung akak tu betul – betul pure masakan melayu, sedap pulak tu, lain kedai tak boleh lawan, tapi satu le harga memang ada kaw sikit. Alasan yang diberi harga bahan mentah pun dia dapat mahal, macam mana nak jual murah . hehehe
Curahan rasa onlajer @ ..Malaysia Best Blog 2015
ayuh kita bersama bersatu menjalankan hak dan tanggung jawab yang sepatutnya kita lakukan sejak dahulu lagi, boikot!
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan
Harga Barang diharap boleh turun supaya harga makanan kucing pun boleh lagi murah dari yang biasa
Curahan rasa Kucing Comel @ ..Patung Berhidung Carot
Kalau turun harga kucing pun boleh dapat manfaatnya, betul2 semua merasa penurunan harga minyak
Curahan rasa Denaihati @ ..MH370 berakhirnya sebuah tragedi
Comments are closed.