Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kepentingan mengurus dan mengandakan duit untuk masa depan“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang bawa tulisan daripada Saudara Ikhwan Fahmi dengan tajuk yang menarik iaitu tips untuk hasil lumayan di internet. Pasti ramai berminat tajuk ini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada tahun 2012, semasa saya bekerja sebagai pensyarah dalam Jabatan Grafik dan Media Digital di sebuah institusi pendidikan swasta, saya mula belajar untuk menambah pendapatan menerusi produk digital di internet. Produk pertama saya ialah ebook dalam niche kerjaya yang berkaitan dengan kerja kerajaan.
Berkenalan dengan Muaz Hadi, saya mula menghasilkan ebook untuk rujukan peperiksaan kemasukan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Dari situ saya belajar untuk kumpul list, guna autoresponder, bina minisite dan blog serta Facebook Ads. Jualan ebook saya yang pertama berjaya mencapai angka RM10,000 dalam masa 10 hari.
Selain dari menjual produk sendiri, saya turut menyertai cabaran affiliate sehingga berjaya menjana komisyen RM1,000 dalam masa 14 hari. Pelanggan saya ialah orang yang tidak dikenali tetapi berminat untuk membeli produk yang saya perkenalkan.
Saya mula merancang untuk menjalankan bisnes sendiri untuk pasaran Malaysia yang ditumpukan kepada graduan dan golongan yang mahu belajar membina pendapatan di internet. Untuk membina pendapatan dari internet mudah bila dilihat di atas kertas. Cabaran yang perlu dilalui ialah melaksanakan ia sehingga berjaya menjana pendapatan.
Ada 5 perkara asas yang perlu anda lihat untuk menghasilkan pendapatan di internet. Perkara ini amat penting dilakukan supaya pendapatan anda tidak terhenti di tengah jalan.
1. Pilih niche yang boleh buat untung.
Ada banyak niche yang boleh membantu anda buat duit contohnya, kecantikan, kerjaya, kesihatan dan servis. Saya memilih untuk menumpukan dalam niche kerjaya kerana niche ini mempunyai prospek yang dahagakan bidang pekerjaan setiap hari.
Niche kerjaya ini amat luas, jadi saya tumpukan kepada mereka yang mahu kerja kerajaan. Setiap tahun saya akan menawarkan ebook peperiksaan seperti Penguasa Kastam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Separa Perubatan dan temuduga kerja kerajaan.
Apa pun niche yang anda pilih, pastikan ianya mempunyai permintaan dan mendapat sambutan. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia. Masa dan wang yang anda keluarkan untuk kos iklan akan habis begitu sahaja kerana tidak memberikan keuntungan.
2. Bina blog berkaitan niche anda.
Ini penting untuk pelanggan yang menggunakan Google untuk mencari maklumat menjumpai maklumat yang diperlukan dalam blog anda. Lihat saja blog saya, www.ikhwanfahmi.com yang mendapat carian kata kunci untuk contoh soalan temuduga.
Gunakan platform WordPress dan masukkan artikel-artikel yang berkaitan dengan niche yang pilihan anda. Blog anda akan mempunyai trafik yang konsisten dan bakal menjadi lubuk duit anda untuk jangka masa yang panjang.
3. Promosikan produk yang berkaitan.
Anda boleh menjual produk digital seperti ebook dan video. Anda boleh mendaftar sebagai ejen affiliate bagi produk orang lain dan jana komisyen dari 40% hingga 50% bila ada produk yang terjual.
Tidak sukar untuk mempromosikan produk. Anda hanya perlu ceritakan masalah yang dihadapi oleh prospek dan tawarkan sesuatu untuk membantu mereka. Selain itu, anda boleh masukkan testimoni pelanggan terdahulu untuk meyakinkan mereka.
4. Trafik ke laman jualan.
Tanpa trafik tiada jualan yang terhasil. Trafik boleh diwujudkan menerusi penulisan artikel yang berkualiti dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Trafik secara percuma boleh dilakukan menerusi Search Engine Optimization (SEO).
Anda boleh kongsikan link artikel di Facebook, Google Plus, LinkedIn, Pinterest dan mana-mana laman sosial untuk mendapatkan trafik. Mereka yang mendapat manfaat dari artikel anda akan kongsikan di status mereka sehingga tular di internet.
Selain itu, ada kaedah berbayar untuk menarik trafik menggunakan Facebook Ads atau Google Adwords. Dengan kos serendah RM3.00 hingga RM5.00 sehari, artikel anda akan sampai kepada prospek yang lebih tepat kerana 2 platform ini boleh disasarkan mengikut umur, lokasi dan minat.
5. Automasikan corong jualan.
Dari laman jualan, anda boleh minta pelanggan untuk membuat tempahan dan terus mendapatkan produk yang dipilih tanpa perlu duduk di depan komputer sepanjang masa. Bahagian ini agak teknikal, namun anda boleh upah kepada orang lain untuk melakukannya.
Untuk mencapai ke tahap ini, anda perlu bersabar kerana ianya memerlukan fokus dan kos pemasaran yang konsisten. Biasanya produk digital seperti ebook dan video sahaja yang boleh dijual menggunakan teknik automasi.
Di bawah ini adalah contoh corong jualan untuk teknik automasi produk digital :
Trafik —> laman jualan —> Borang Tempahan —> Laman Download
Teknik automasi ini tidak sesuai digunakan untuk produk fizikal seperti produk kesihatan, produk kecantikan dan pakaian. Walau bagaimana pun, anda boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan pelanggan. Tugas anda ialah menunggu pelanggan membeli dan hantarkan produk yang ditempah.
Untuk memastikan anda sentiasa menghasilkan jualan, anda wajib mengumpul senarai emel prospek. Minta mereka mendaftar di borang opt-in yang dipasang pada Squeeze Page. Dari sini anda boleh hantarkan emel Follow-Up untuk membina kepercayaan seterusnya menghasilkan jualan.
Kesimpulan.
Untuk menghasilkan pendapatan di internet, anda harus kenali lubuk niche yang menjadi permintaan orang ramai terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda belajar bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan prospek. Bukan semua orang akan membeli semasa pertama kali melawat laman jualan anda.
Sebahagian yang lain berminat tetapi perlukan masa untuk membuat keputusan. Di sinilah tugas anda untuk mendidik prospek mengapa produk tersebut bermanfaat untuk mereka. Emel Follow-Up yang masuk ke dalam Inbox prospek boleh meningkatkan peratus jualan anda.
Di masa yang akan datang, mereka boleh menjadi pelanggan yang membeli produk dari anda berkali-kali kerana anda sudah dikenali dan menjadi sumber rujukan dalam niche anda. Jika anda berminat untuk belajar membina corong jualan secara percuma, anda boleh mendaftar nama dan emel di www.jualaninternet.com
Ikhwan Fahmi
Ikhwanfahmi.com
Penulis niche kerjaya sepenuh masa
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
134 Comments
Hai ilmu yang amat bagus dan banyak memberi munafaat kepada orang seperti saya yang masih baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan online ni.
banyak ilmu dan tunjuk ajar
Terima kasih tuan
Terima kasih tuan Ikhwan Fahmi. “tips hasilkan pendapatan di internet“ tulisan Saudara Ikhwan Fahwi, sangat bagus sebagai panduan buat duit online
hai. info ni sangat berguna dan bermanfaat.terima kasih…saya rasa lebih bermotivasi sekarang untuk menjadi usahawan internet
hai. info ni sangat berguna dan bermanfaat.terima kasih…anda membuatkan saya lebih bermotivasi
Kene praktikkan ni ilmu ilmu menarik ni untuk bisnes killa hee
Curahan rasa Syakilla @ ..5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan
Langkah demi langkah dah ditunjukkan tu. Cuma perlukan tindakan sahaja. Moga tercapai cita-cita Killa tu..
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
niche dengan seo memang tak dapat dpisahkan kalau cerita bab buat duit dgn ebook
Curahan rasa nikkhazami @ ..G-Shock Big Bang Black Koleksi Terbaru Casio
SEO memainkan peranan jika nak guna pemasaran dan pengiklanan untuk jangka masa panjang.
Alternatif bagi mereka yang tak mahu guna Adwords 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Senarai Semak Profail Kewangan
Yang nak result pantas dan hasil yang lumayan boleh lah gunakan Adwords, sediakan bajetnya sahaja..
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Terima kasih berkongsi lima tips yang amat berguna ini
In Shaa Allah saya cuba praktikkan tips-tips itu nanti
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..ANCHOR FOOD PROFESSIONALS LAUNCHES ARTISANAL PIZZAS THROUGH PIZZART CAMPAIGN
Menarik sangat tips ini.. cari niche yang mempunyai permintaan dan mendapat sambutan.. idea! idea!
Curahan rasa Arnie @ ..Amalan Meruang Tingkatkan Risiko Jangkitan Kuman Dan Sukar Untuk Hamil
Niche kesihatan pun tak kurang hebatnya.. kalau kena caranya, memang boleh buat duit secara online..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
terima kasih atas perkongsian, masih ramai lagi peniaga yang sedang mencari jalann nak tambahkan pendapatan salah satunya mll online…dengan ada nya mentor, jalan idea terbukankini
Curahan rasa imah @ ..Sireh Lovely Care Intimate Wash : Rawat Masalah Keputihan
Ya betul… sebenarnya ada banyak cara jana pendapatan secara online hanya dari rumah.. cuma kena pilih perniagaan mana yang bersesuaian dengan kita..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
diinternet ni banyak sgt cabang utk buat duit.. affiliate antara yang paling femes sbb tu ramai yg dah berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..G-Shock Big Bang Black Koleksi Terbaru Casio
mempromosikan blog itu yang paling bagus dengan konsisten ya mas, salam kenal
Curahan rasa ibrahim @ ..5 Tanda Penuaan Kulit dan Cara Menjaga kulit agar tetap muda
Salam ukhwah, kagum dengan pasaran negara asal datuk nenek moyang saya, Indonesia.
Sampai saya bisa ngomong Jawa 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Menjual Produk Di Facebook
bro Ikhwan asal orang Seberang ya.
Salam kenal Mas..
kok ingin bertemu dengan Mas suatu hari nanti..
jika ada pendapatan internet mencanak-canak
Curahan rasa mrhanafi @ ..2 Langkah Lagi Untuk Jadi Jurulatih Bertauliah
Ya, jadi kalau ada pelancong Indonesia datang sini, saya boleh faham kalau mereka cakap Jawa 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Menjual Produk Di Facebook
Berguna sangat ni tuan.
Sekarang pun tengah perlahan jinakkan diri dengan perniagaan internet.
Selain fb, blog memang menjanjikan customer yang betul-betul nakkan apa yang kita offer.
Curahan rasa Sithy @ ..Beza Mengandung Ketika Bekerja Dan Ketika Menjadi Surirumah
betul sekali, saya setuju dengan pendapat awak la, menghasilkan pendapatan melalui internet memang harus dioptimalkan
Curahan rasa ibrahim @ ..7 Obat Alami Sakit Tenggorokan
Betul, kena uji semua platform yang puan tahu untuk kesan dari mana sumber yang paling efektif untuk dapatkan pelanggan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pengalaman Pemandu Uber Cyberjaya
Terima kasih Tuan Ikhwan Fahmi, artikel yang sangat bermanfaat.
Kalau konsisten amalkan semua tips ni, InshaAllah ada rezeki menanti.
Benar, usah berhenti berusaha untuk mendapatakan prospek, dari situ kita boleh buat jualan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pegawai Imigresen
Terima kasih tuan Ikhwan Fahmi. Banyak betul laman squeeze page yang tuan bangunakan. Dari Uber sampai la ke kerja kerajaan. hehehehe
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Email Marketing Tools 2017 Percuma yang patut anda guna
Ya betul…
Saya juga merupakan salah seorang subscriber laman web tuan Ikhwan Fahmi..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Benar, kena ada banyak squeeze page untuk kita kumpul subscriber dari pelbagai niche, dari situ kita dapat tahu bagaimana nak bantu pelanggan sambil boleh buat duit 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM30 Ribu Dengan Produk Informasi
terima kasih tuan ikhwan diatas perkongsian.. saya yakin dan percaya kita semua boleh berjaya yang penting tahu dan apa ramuan yang kena dengan diri sendiri. pilih niche ikut kesesuaian kita atau pilih market yang betul-betul menjadi kehendak pasaran sekarang ini..
Curahan rasa zik @ ..Pengalaman jual burger tepi jalan, income rm5000 sebulan
saya pernah menerima 1 juta dari internet dan itu membuat saya semakin ingin sukses lagi di dunia internet
Curahan rasa ibrahim @ ..Makalah Teori Belajar Kondisioning Menurut Ivan Pavlov
Sama sama, ada banyak lagi ruang untuk buat duit di internet, tapi kita kena uji mana lubuk tersebut 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..9 Perkara Yang Bakal Dikesalkan Dalam 10 Tahun
lubuk internert memang banyak kena rajin buat dan explore je supaya ita mudah buat duit dgn kos rendah
Comments are closed.