Kepentingan mengurus dan mengandakan duit untuk masa depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Abang baru kemaskini “biodata Denaihati“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang nak berkongi tips untuk mengurus dan mengandakan duit, pasti ramai yang suka dengan tajuk begini.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Khutbah Jumaat baru-baru ini khatib berkongsi ilmu betapa pentingnya mengurus duit dan hutang. Ramai yang gagal dalam hidup hanya kerana gagal menguruskan duit dan hutang. Untuk belajar ilmu menguruskan duit boleh ikut berbagai seminar kewangan yang dianjurkan oleh berbagai organisasi. Ketua keluarga selain mesti belajar cara menguruskan kewangan juga perlu didik keluarga uruskan duit dan  mesti berkongsikan status hutang semasa kepada keluarga.

Khatib membaca ayat 47 surah Yusof yang maksudnya :

Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”

Belajar menguruskan duit dari Nabi Yusof

Sangat penting ilmu urus DUIT ini yang ramai dikalangan kita terlepas pandang dan akibatnya sangat teruk. Pada hal kisah mengurusan ekonomi dan kewangan sudah disebut dalam Al Quran sejak 1400 tahun dahulu. Malahan kisah Nabi Yusof menguruskan ekonomi negara sudah berlaku ribuan tahun lebih awal seperti yang disebut dalam ayat 55 Surah Yusof yang maksudnya :

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya“.

Bagus sangat kalau kita boleh baca maksud dan fahamkan Surah Yusof berulang-ulang kali kerana dalam kisah tersebut kita diajar bagaimana untuk bekerja bersungguh-sungguh selama tujuh tahun dan membuat persediaan untuk menghadapi musim kemarau selama tujuh tahun akan datang.

Bisnis yang kita uruskan juga pasti akan melalui suasana yang sama,  ada musim buah yang lumayan hasilnya dan juga pasti ada musim gugur yang kering semua daun-daunnya. Untuk bertahan lama, ketika musim buah jangan dimakan semua buahnya, perlu disimpan sebahagian untuk persediaan dimusim kering dan lebih hebat bukan setakat simpan malahan tanah bijinya untuk mengandakan hasil apabila tiba musim buah yang lain.

Kisah Kegagalan kawan-kawan mengurus duit

Beberapa hari lepas Abang bertemu sahabat yang pernah menjana pendapatan sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan dari bisnis online tetapi kini terpaksa bekerja kuat semula untuk menaikkan balik bisnis yang sudah jatuh. Katanya kelemahan paling ketara tidak dapat menguruskan duit yang masuk banyak setiap bulan. Duit habiskan dibelanjakan pada perkara yang tidak penting kerana menyangka duit yang banyak akan sentiasa diperolehi sampai bila-bila. Bukan setakat tiada ilmu menguruskan duit, ilmu nak mengandakan duit lansung zero.

Abang sudah jumpa ramai kawan-kawan yang begini, berjaya dalam berbagai jenis bisnis sehingga bergelar jutawan tapi tak lama kemudian jatuh tersembam mencium bumi. Ada yang jadi lebih miskin daripada sebelum berbisnis dan menanggung hutang yang sangat banyak. Statistik memang menunjukkan ramai sangat anak-anak muda yang muflis setiap hari. Sebab paling utama tidak pandai menguruskan duit.

Menguruskan dan mengandakan duit

Ramai diantara kita yang buat-buat tahu ilmu urus DUIT apabila ditanya tetapi akhirnya kecundang. Ilmu urus duit memang ramai sangat yang lemah apatah lagi ilmu mengandakan duit dari keuntungan bisnis jadi dua, tiga, empat kali lipat lagilah zero.

Setakat ini majoriti usahawan muda yang Abang jumpa bukan sahaja lemah ilmu menguruskan duit juga tidak ada ilmu nak gandakan duit yang telah diperolehi daripada bisnis mereka. Bisnis bukan sekadar fikir bagaimana nak untung 30 – 40 % sahaja tetapi lebih penting bagaimana untuk jadikan keuntungan itu berganda-ganda untukk persiapan tujuh tahun musim kemarau seperti yang disebut dalam Surah Yusof.

Anda pandai mengurus duit dan mengandakan duit jadi berganda-ganda?

Dalam tulisan sebelum ini Abang ada kongsikan cara mengandakan duit berdasarkan pengalaman sendiri. Ada banyak cara berbeza mengikut pengalaman sahabat-sahabat yang lain. Semua kaedah betul yang penting hasilnya mesti tercapai.

Video menarik untuk keluar dari kesesakkan hidup

Jika perlukan bantuan sila PM, insyaa Allah boleh kita bertukar-tukar ilmu menguruskan duit dan mengandakan duit jadi berganda-ganda.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

64 Comments

  1. Menabung untuk masa depan sangat penting juga Apalagi sebagai seorang muslim kalau bisa kita menjadi kaya karena ketika kita menjadi kaya maka kita baca bisa melakukan banyak hal terutama hal-hal yang bermanfaat untuk orang lain misalnya kita bisa membantu orang ketika orang ada kesusahan atau kita bisa bersedekah kepada orang-orang yang tidak mampu bayangkan kalau kita muslim dan menjadi miskin tentunya kita tidak bisa menolong orang lain bahkan kemungkinan besar kita akan menjadi beban orang lain oleh karena itulah seorang muslim itu harus kaya Supaya apa bisa bermanfaat untuk muslim yang lainnya ,terima kasih
    Curahan rasa JUAL KAOS POLOS @ ..Hello world!My Profile

  2. untuk masa depan patutlah, tapi bila seorang penuh tawaqqal maka takkan kita berkekurangan burung-burung terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan kembali dengan penuh pada sore harinya
    Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Pancake KejuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!