Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kepentingan mengurus dan mengandakan duit untuk masa depan“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang bawa tulisan daripada Saudara Ikhwan Fahmi dengan tajuk yang menarik iaitu tips untuk hasil lumayan di internet. Pasti ramai berminat tajuk ini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada tahun 2012, semasa saya bekerja sebagai pensyarah dalam Jabatan Grafik dan Media Digital di sebuah institusi pendidikan swasta, saya mula belajar untuk menambah pendapatan menerusi produk digital di internet. Produk pertama saya ialah ebook dalam niche kerjaya yang berkaitan dengan kerja kerajaan.
Berkenalan dengan Muaz Hadi, saya mula menghasilkan ebook untuk rujukan peperiksaan kemasukan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Dari situ saya belajar untuk kumpul list, guna autoresponder, bina minisite dan blog serta Facebook Ads. Jualan ebook saya yang pertama berjaya mencapai angka RM10,000 dalam masa 10 hari.
Selain dari menjual produk sendiri, saya turut menyertai cabaran affiliate sehingga berjaya menjana komisyen RM1,000 dalam masa 14 hari. Pelanggan saya ialah orang yang tidak dikenali tetapi berminat untuk membeli produk yang saya perkenalkan.
Saya mula merancang untuk menjalankan bisnes sendiri untuk pasaran Malaysia yang ditumpukan kepada graduan dan golongan yang mahu belajar membina pendapatan di internet. Untuk membina pendapatan dari internet mudah bila dilihat di atas kertas. Cabaran yang perlu dilalui ialah melaksanakan ia sehingga berjaya menjana pendapatan.
Ada 5 perkara asas yang perlu anda lihat untuk menghasilkan pendapatan di internet. Perkara ini amat penting dilakukan supaya pendapatan anda tidak terhenti di tengah jalan.
1. Pilih niche yang boleh buat untung.
Ada banyak niche yang boleh membantu anda buat duit contohnya, kecantikan, kerjaya, kesihatan dan servis. Saya memilih untuk menumpukan dalam niche kerjaya kerana niche ini mempunyai prospek yang dahagakan bidang pekerjaan setiap hari.
Niche kerjaya ini amat luas, jadi saya tumpukan kepada mereka yang mahu kerja kerajaan. Setiap tahun saya akan menawarkan ebook peperiksaan seperti Penguasa Kastam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Separa Perubatan dan temuduga kerja kerajaan.
Apa pun niche yang anda pilih, pastikan ianya mempunyai permintaan dan mendapat sambutan. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia. Masa dan wang yang anda keluarkan untuk kos iklan akan habis begitu sahaja kerana tidak memberikan keuntungan.
2. Bina blog berkaitan niche anda.
Ini penting untuk pelanggan yang menggunakan Google untuk mencari maklumat menjumpai maklumat yang diperlukan dalam blog anda. Lihat saja blog saya, www.ikhwanfahmi.com yang mendapat carian kata kunci untuk contoh soalan temuduga.
Gunakan platform WordPress dan masukkan artikel-artikel yang berkaitan dengan niche yang pilihan anda. Blog anda akan mempunyai trafik yang konsisten dan bakal menjadi lubuk duit anda untuk jangka masa yang panjang.
3. Promosikan produk yang berkaitan.
Anda boleh menjual produk digital seperti ebook dan video. Anda boleh mendaftar sebagai ejen affiliate bagi produk orang lain dan jana komisyen dari 40% hingga 50% bila ada produk yang terjual.
Tidak sukar untuk mempromosikan produk. Anda hanya perlu ceritakan masalah yang dihadapi oleh prospek dan tawarkan sesuatu untuk membantu mereka. Selain itu, anda boleh masukkan testimoni pelanggan terdahulu untuk meyakinkan mereka.
4. Trafik ke laman jualan.
Tanpa trafik tiada jualan yang terhasil. Trafik boleh diwujudkan menerusi penulisan artikel yang berkualiti dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Trafik secara percuma boleh dilakukan menerusi Search Engine Optimization (SEO).
Anda boleh kongsikan link artikel di Facebook, Google Plus, LinkedIn, Pinterest dan mana-mana laman sosial untuk mendapatkan trafik. Mereka yang mendapat manfaat dari artikel anda akan kongsikan di status mereka sehingga tular di internet.
Selain itu, ada kaedah berbayar untuk menarik trafik menggunakan Facebook Ads atau Google Adwords. Dengan kos serendah RM3.00 hingga RM5.00 sehari, artikel anda akan sampai kepada prospek yang lebih tepat kerana 2 platform ini boleh disasarkan mengikut umur, lokasi dan minat.
5. Automasikan corong jualan.
Dari laman jualan, anda boleh minta pelanggan untuk membuat tempahan dan terus mendapatkan produk yang dipilih tanpa perlu duduk di depan komputer sepanjang masa. Bahagian ini agak teknikal, namun anda boleh upah kepada orang lain untuk melakukannya.
Untuk mencapai ke tahap ini, anda perlu bersabar kerana ianya memerlukan fokus dan kos pemasaran yang konsisten. Biasanya produk digital seperti ebook dan video sahaja yang boleh dijual menggunakan teknik automasi.
Di bawah ini adalah contoh corong jualan untuk teknik automasi produk digital :
Trafik —> laman jualan —> Borang Tempahan —> Laman Download
Teknik automasi ini tidak sesuai digunakan untuk produk fizikal seperti produk kesihatan, produk kecantikan dan pakaian. Walau bagaimana pun, anda boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan pelanggan. Tugas anda ialah menunggu pelanggan membeli dan hantarkan produk yang ditempah.
Untuk memastikan anda sentiasa menghasilkan jualan, anda wajib mengumpul senarai emel prospek. Minta mereka mendaftar di borang opt-in yang dipasang pada Squeeze Page. Dari sini anda boleh hantarkan emel Follow-Up untuk membina kepercayaan seterusnya menghasilkan jualan.
Kesimpulan.
Untuk menghasilkan pendapatan di internet, anda harus kenali lubuk niche yang menjadi permintaan orang ramai terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda belajar bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan prospek. Bukan semua orang akan membeli semasa pertama kali melawat laman jualan anda.
Sebahagian yang lain berminat tetapi perlukan masa untuk membuat keputusan. Di sinilah tugas anda untuk mendidik prospek mengapa produk tersebut bermanfaat untuk mereka. Emel Follow-Up yang masuk ke dalam Inbox prospek boleh meningkatkan peratus jualan anda.
Di masa yang akan datang, mereka boleh menjadi pelanggan yang membeli produk dari anda berkali-kali kerana anda sudah dikenali dan menjadi sumber rujukan dalam niche anda. Jika anda berminat untuk belajar membina corong jualan secara percuma, anda boleh mendaftar nama dan emel di www.jualaninternet.com
Ikhwan Fahmi
Ikhwanfahmi.com
Penulis niche kerjaya sepenuh masa
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
134 Comments
Oh tuan ikhwan fahmi , Terima kasih atas tips berblog yang dikongsi ini.
Moga niche yang saya pilih dapat juga memberi hasil kepada saya hendaknya.
Curahan rasa onlajer @ ..Beli Vacuum Dry and Wet Carpet Cleaner terbaik untuk kediaman anda.
Niche yang tuan pilih tu pun tak kurang hebatnya….
Cuma kena kumpul list supaya dapat sentiasa berhubung dengan pembaca…
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
macam kenal aje ayat penulis ni.
sekali tengok bawah, dah leh agak. haha..
Curahan rasa titan @ ..The Super Collosal Big Fat Boss Baby.
Samalah…. Hahaha..
Mula-mula ingat Tuan Denaihati yang tulis..
Tapi bila tulis bekerja sebagai pensyarah dalam Jabatan Grafik dan Media Digital … Saya dah agak dah…. Bukab Tuan Denaihati orangnya…
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Nice info.. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu… Alhamdulillah.. saya juga merupakan salah seorang ejen affiliate Tim Infokerjaya..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Cuma pencapaian saya setakat ini tak adalah sehebat mana..
Pernah beberapa kali pernah masuk dalam carta Top 20
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Belum ada rezeki lagi nak masuk dalam carta Top 10.. nampaknya kena berusaha dengan lebih kuat lagi dalam cabaran affiliate yang akan datang
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Setiap niche memang boleh berjaya jika ada permintaan dan kita dapat selesaikan permintaan itu dengan jalan penyelesaian.
Seperti ebook, seminar dan sebagainya.
Selain dapat membantu mereka yang memerlukan jawapan, boleh juga tambah pendapatan.
Curahan rasa Mohd @ ..Lewat Sampai di Tempat Kerja? 4 Cara Di Bawah Boleh Membantu
Sama sama tuan, terfikir saya apa ilmu yang boleh saya sumbangkan supaya menjadi pendapatan pasif di akhirat nanti 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli 30 Rumah Dalam 10 Tahun
Betul tu… Setuju! Setiap niche ada kelebihan yang tersendiri.. yang penting tahu dekat mana nak dapatkan prospek..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Memang handal bro Ikhwan Fahmi ni..
tahniah le sebab berjaya mencari niche yagn sesuai
Curahan rasa zool @ ..Menghadiri Jemputan Seminar ‘Tech Convergence Series’ Untuk Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka
Alhamdulillah, kisah di atas yang manis manis saja, yang pahit saya simpan dulu 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Gaji RM10 Ribu Sebulan Dengan Bisnes
Tahniah tuan Ikhwan Fahmi di atas kejayaan dalam perniagaan internet yang diceburi..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Kalau tak keberatan, lepas ni tuan Ikhwan Fahmi boleh pula kongsikan pengalaman pahit..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Saya selalu mengikuti update semasa ttg online marketing/biz dr bro Ikhwan Fahmi ni. Teknik sempoit. Tips yang dikongsi beliau juga memang berguna.
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Saya suka cara daddy blogger bercerita tentang anak anak, boleh guna untuk pendidikan di rumah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pengalaman Pemandu Uber Cyberjaya
terima kasih denaihati untuk share tentang cara menghasilkan uang di internet, ini cocok sekali tidak selamanya kerja perusahaan yang belum tentu bisa diterima pekerjaan.
Curahan rasa ade sunandar @ ..Beli Tasly Deepure Tea
terima kasih denaihati untuk tips-tipsnya,mungkin kendalanya tidak fokus karena kebutuhan bulanan yang tidak menentu.
Curahan rasa Rifa Umunisa @ ..Cara Menjadi Member Tasly di Jakarta
Setuju dengan entri ini. Betul apa yang ditulis, melihat cara perniagaan internet di atas kertas memang cukup mudah. Namun komitmen perlaksanaannya secara berterusan itu yang menjadi cabarannya.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Serbuk Al-Manna (Ameer) Semakin Diterima Masyarakat?
Benar, teori semestinya mudah di lakar, tapi bila mahu dijalankan pasti ada onak dan durinya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pegawai Imigresen
Perkongsian yang padat & tips sangat bagus.
Saya pun baru berjinak-jinak dalam dunia blog untuk menjana pendapat sampingan.
Memilih niche mengenai kehamilan.
Insyaallah boleh praktikkan tips yang tuan berikan.
Curahan rasa Hidayah Azman @ ..VITAMIN NAIKKAN HB KETIKA MENGANDUNG
Good Luck Puan Hidayah Azman…
Semoga puan dapat memberi informasi yang sangat diperlukan dalam Niche Kehamilan..
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Terima kasih, walaupun ekonomi bergini pendapatan dari internet masih menjadi salah satu side income yang berbaloi.
Curahan rasa noor aziana mohd salleh @ ..5 Sebab Wanita Memerlukan Omega-3
Benar, sekarang jari jemari di rumah sahaja untuk pilih produk yang nak dibeli.
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM30 Ribu Dengan Produk Informasi
Betul tu!!
Alhamdulillah… Pendapatan melalui internet sentiasa ada pada setiap bulan… Cuma ada kalanya tidaklah sebanyak seperti yang kita harapkan…
Tapi tetap akan ada… In Shaa Allah..
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Walau dalam ekonomi mencabar sekarang ini, jualan melalui Internet tetap meriah. Jadi memang tidak boleh lepaskan peluang untuk menambah pendapatan di Internet.
Curahan rasa McYanni @ ..Buat Ini Bila Rasa Penat Sewaktu Bekerja
Betul tu… Pendapatan melalui internet boleh menjadi salah satu sumber pendapatan pasif… Selagi mana artikel-artikel blog kita masih berada dalam page pertama enjin carian google, selagi itu kita masih berpeluang menjana pendapatan melalui internet…
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Sedang berusaha ke arah 100 peratus pendapatan melalui Internet. Masih banyak yang perlu dipelajari.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Memperkenalkan Supplement Kesihatan EPISOR
In Shaa Allah tuan Ahmad Yani boleh berjaya menjana pendapatan 100 peratus melalui internet…. Asalkan ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya..
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Terima kasih kerana tuan sudi menyiarkan artikel ini di blog Denai Hati 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Menjual Produk Di Facebook
yang terbaik je akan masuk dlm blog DH ni..semoga bro Ikhwan terus sukses dan teruskan berkongsi tips-tips yang berguna sebegini.
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Tahniah Tuan Ikhwan Fahmi kerana artikel tuan disiarkan di blog Denaihati….
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Terima kasih atas perkongsian tips ni.. Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk menghasilkan pendapatan di internet..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Apa Itu Peraturan 5 Saat ?
Samalah kita… Saya pun masih banyak lagi yang perlu dipelajari…. Walaubagaimanapun, sehingga sekarang masih kekal maintain Update blog sekurang-kurangnya seminggu sekali..
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Comments are closed.