Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kepentingan mengurus dan mengandakan duit untuk masa depan“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang bawa tulisan daripada Saudara Ikhwan Fahmi dengan tajuk yang menarik iaitu tips untuk hasil lumayan di internet. Pasti ramai berminat tajuk ini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada tahun 2012, semasa saya bekerja sebagai pensyarah dalam Jabatan Grafik dan Media Digital di sebuah institusi pendidikan swasta, saya mula belajar untuk menambah pendapatan menerusi produk digital di internet. Produk pertama saya ialah ebook dalam niche kerjaya yang berkaitan dengan kerja kerajaan.
Berkenalan dengan Muaz Hadi, saya mula menghasilkan ebook untuk rujukan peperiksaan kemasukan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Dari situ saya belajar untuk kumpul list, guna autoresponder, bina minisite dan blog serta Facebook Ads. Jualan ebook saya yang pertama berjaya mencapai angka RM10,000 dalam masa 10 hari.
Selain dari menjual produk sendiri, saya turut menyertai cabaran affiliate sehingga berjaya menjana komisyen RM1,000 dalam masa 14 hari. Pelanggan saya ialah orang yang tidak dikenali tetapi berminat untuk membeli produk yang saya perkenalkan.
Saya mula merancang untuk menjalankan bisnes sendiri untuk pasaran Malaysia yang ditumpukan kepada graduan dan golongan yang mahu belajar membina pendapatan di internet. Untuk membina pendapatan dari internet mudah bila dilihat di atas kertas. Cabaran yang perlu dilalui ialah melaksanakan ia sehingga berjaya menjana pendapatan.
Ada 5 perkara asas yang perlu anda lihat untuk menghasilkan pendapatan di internet. Perkara ini amat penting dilakukan supaya pendapatan anda tidak terhenti di tengah jalan.
1. Pilih niche yang boleh buat untung.
Ada banyak niche yang boleh membantu anda buat duit contohnya, kecantikan, kerjaya, kesihatan dan servis. Saya memilih untuk menumpukan dalam niche kerjaya kerana niche ini mempunyai prospek yang dahagakan bidang pekerjaan setiap hari.
Niche kerjaya ini amat luas, jadi saya tumpukan kepada mereka yang mahu kerja kerajaan. Setiap tahun saya akan menawarkan ebook peperiksaan seperti Penguasa Kastam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Separa Perubatan dan temuduga kerja kerajaan.
Apa pun niche yang anda pilih, pastikan ianya mempunyai permintaan dan mendapat sambutan. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia. Masa dan wang yang anda keluarkan untuk kos iklan akan habis begitu sahaja kerana tidak memberikan keuntungan.
2. Bina blog berkaitan niche anda.
Ini penting untuk pelanggan yang menggunakan Google untuk mencari maklumat menjumpai maklumat yang diperlukan dalam blog anda. Lihat saja blog saya, www.ikhwanfahmi.com yang mendapat carian kata kunci untuk contoh soalan temuduga.
Gunakan platform WordPress dan masukkan artikel-artikel yang berkaitan dengan niche yang pilihan anda. Blog anda akan mempunyai trafik yang konsisten dan bakal menjadi lubuk duit anda untuk jangka masa yang panjang.
3. Promosikan produk yang berkaitan.
Anda boleh menjual produk digital seperti ebook dan video. Anda boleh mendaftar sebagai ejen affiliate bagi produk orang lain dan jana komisyen dari 40% hingga 50% bila ada produk yang terjual.
Tidak sukar untuk mempromosikan produk. Anda hanya perlu ceritakan masalah yang dihadapi oleh prospek dan tawarkan sesuatu untuk membantu mereka. Selain itu, anda boleh masukkan testimoni pelanggan terdahulu untuk meyakinkan mereka.
4. Trafik ke laman jualan.
Tanpa trafik tiada jualan yang terhasil. Trafik boleh diwujudkan menerusi penulisan artikel yang berkualiti dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Trafik secara percuma boleh dilakukan menerusi Search Engine Optimization (SEO).
Anda boleh kongsikan link artikel di Facebook, Google Plus, LinkedIn, Pinterest dan mana-mana laman sosial untuk mendapatkan trafik. Mereka yang mendapat manfaat dari artikel anda akan kongsikan di status mereka sehingga tular di internet.
Selain itu, ada kaedah berbayar untuk menarik trafik menggunakan Facebook Ads atau Google Adwords. Dengan kos serendah RM3.00 hingga RM5.00 sehari, artikel anda akan sampai kepada prospek yang lebih tepat kerana 2 platform ini boleh disasarkan mengikut umur, lokasi dan minat.
5. Automasikan corong jualan.
Dari laman jualan, anda boleh minta pelanggan untuk membuat tempahan dan terus mendapatkan produk yang dipilih tanpa perlu duduk di depan komputer sepanjang masa. Bahagian ini agak teknikal, namun anda boleh upah kepada orang lain untuk melakukannya.
Untuk mencapai ke tahap ini, anda perlu bersabar kerana ianya memerlukan fokus dan kos pemasaran yang konsisten. Biasanya produk digital seperti ebook dan video sahaja yang boleh dijual menggunakan teknik automasi.
Di bawah ini adalah contoh corong jualan untuk teknik automasi produk digital :
Trafik —> laman jualan —> Borang Tempahan —> Laman Download
Teknik automasi ini tidak sesuai digunakan untuk produk fizikal seperti produk kesihatan, produk kecantikan dan pakaian. Walau bagaimana pun, anda boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan pelanggan. Tugas anda ialah menunggu pelanggan membeli dan hantarkan produk yang ditempah.
Untuk memastikan anda sentiasa menghasilkan jualan, anda wajib mengumpul senarai emel prospek. Minta mereka mendaftar di borang opt-in yang dipasang pada Squeeze Page. Dari sini anda boleh hantarkan emel Follow-Up untuk membina kepercayaan seterusnya menghasilkan jualan.
Kesimpulan.
Untuk menghasilkan pendapatan di internet, anda harus kenali lubuk niche yang menjadi permintaan orang ramai terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda belajar bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan prospek. Bukan semua orang akan membeli semasa pertama kali melawat laman jualan anda.
Sebahagian yang lain berminat tetapi perlukan masa untuk membuat keputusan. Di sinilah tugas anda untuk mendidik prospek mengapa produk tersebut bermanfaat untuk mereka. Emel Follow-Up yang masuk ke dalam Inbox prospek boleh meningkatkan peratus jualan anda.
Di masa yang akan datang, mereka boleh menjadi pelanggan yang membeli produk dari anda berkali-kali kerana anda sudah dikenali dan menjadi sumber rujukan dalam niche anda. Jika anda berminat untuk belajar membina corong jualan secara percuma, anda boleh mendaftar nama dan emel di www.jualaninternet.com
Ikhwan Fahmi
Ikhwanfahmi.com
Penulis niche kerjaya sepenuh masa
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
134 Comments
Strategi evergreen, dari dulu sampai sekarang. Memang ambil masa dan tenaga, tapi hasilnya memang berbaloi.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Susah di permulaan, manis di akhirnya, tapi usah lalai dan lupa supaya sentiasa konsisten berusaha.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Mudah Failkan Cukai E-Filing
saudara ikhwan fahmi sering juga ke blog beliau belajar tentang affiliasi layak menjadi guest writer di blog hebat ini
Curahan rasa web guru tech @ ..Resep Kue Pie Susu Keju Lembut Manis
Thanks atas perkongsian ini .. Saya suka menggunakan strategi SEO . Ilmu dan teknik ini rugi kalau siapa yang tidak belajar lagi.. ianya dapat menjimatkan kos pemasaran jangka panjang.
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..4 Idea Perniagaan Dari Rumah Pasti Untung
Sama sama, SEO adalah pilihan yang paling tepat untuk pemasaran jangka panjang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Semasa Belajar
terima kasih atas perkongsian. Ilmu amat berguna kepada yang baru dalam bisnes digital ni.
Curahan rasa semakini @ ..Cara Mendaftar SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
terima kasih tuan ikhwan diatas perkongsian yang sangat berguna. Semoga ilmu ini mendapat manafaat kepada semua peniaga online:)
Curahan rasa Syafrizan Osman @ ..Welcome to Ideals Cafe
Sama sama, ilmu dan pengalaman saya di atas, boleh ditiru sampai anda berjaya hasilkan jualan atau komisyen yang pertama 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM30 Ribu Dengan Produk Informasi
Memang mantop perkongsian tuan Ikhwan. Terima kasih ya..! Itu dah bocorkan blueprint buat duit dengan niche tu..he.he..
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu tuan. amat membantu.
mohon saya nak share kepada follower2 saya.
semoga tuan terus sukses dan berjaya
Terima kasih Tuan Ikhwan Fahmi, artikel yang sangat bermanfaat.
Kalau konsisten amalkan semua tips ni, InshaAllah ada rezeki menanti. Semoga kita semua istiqamah melakukan semua tips2 ini.
Ahamdulillah… Syukur
Terima kasih Tuan Ikhwan Fahmi, artikel yang sangat bermanfaat.
Semoga terus berjaya
Terima kasih atas perkongsian. Ada beberapa parts dari online bisnes saya yang bocor dapat ditampal semula. Boleh saya share ye.. 🙂
Salam… Entry yang mengagumkan. Menambah ilmu ni.. Semoga semua bisnes kita bertambah maju..
Tq tuan atas info dan perkongsian tuan. Banyak membuka mata dan minda saya untuk kemajuan diri. Tq
saya ucapkan “WOW KEREN ” itu ide gagasan yang sangat bagus, senang bisa baca postingan di atas, maju terus berikan tips dan postingan yang bermanfaat bagi semua. Memang sebetulnya lebih bagus kalau bisa beriringan… terutama untuk orang yang sudah tau apa yang mau dijual. Semoga tuan terus memberi imformasi membina.
Terima kasih. Artikel yang memberi inspirasi kepada saya. moga ia juga memberi manfaat pada semua. terima kasih.
Curahan rasa Faraliza @ ..Majlis Mesra Raya & Farewell (Cerita dulu-dulu)
Semoga inspirasi tersebut berjaya ditukarkan kepada semangat untuk bertindak sehingga berjaya 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kalau Sudah Tahu Kenapa Datang Seminar
Wahh hebatnya dalam masa 14hari dah dapat seribu ringgit komisen dengan affiliate 😮
Sekarang lebih mudah dan pantas, orang baru ada yang boleh buat RM10,000 dalam masa 3 hari sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Menjual Produk Di Facebook
Terima kasih Tuan Ikhwan Fahmi, artikel yang sangat bermanfaat.
Kalau konsisten amalkan semua tips ni, InshaAllah ada rezeki menanti. Semoga kita semua istiqamah melakukan semua tips2 ini.
Mula mula memang sukar, tapi bila sudah biasa, nak berhenti pun susah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jual 20 Ribu Helai Baju Kurung Sebulan
Comments are closed.