Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan projek “5 blog paling kerap dilawati 2011“. Ni update kedua senarai 5 blog paling kerap dilawati oleh rakan blogger, nak tengok update pertama sila ke @ link. 9 blog ini disenaraikan berdasarkan jumlah paling banyak dilawati mengikut pilihan 117 rakan blogger Malaysia dan Indonesia.
1. Benashaari.com (28)
2. Ariffshah.com (17)
3. Kujie2.com (16)
4. Amanz.my (12)
5. Redmummy.com(11)
(Terima kasih kepada 29 rakan blogger yang kerap singgah blog denaihati)
Selain daripada blog di atas ada lebih 100 blog Malaysia dan Indonesia paling kerap dilawati oleh 117 rakan blogger setiap hari seperti di senarai “Blog Paling Kerap Dilawati” (mungkin blog anda antara yang paling kerap dilawati).
Tujuan utama projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar dan MEMBERI PENGHARGAAN kepada BLOG paling kerap dilawati tanpa perlu memaksa rakan blogger mengundi. Bayangkan kalau ada lebih 1000 rakan blogger Malaysia dan Indonesia membuat entri 5 blog paling kerap dilawati pasti kita akan mengetahui blog mana yang menjadi kesukaan rakan blogger sepanjang 2011 secara semulajadi bukan secara paksa melalui undian atau klik LIKE Facebook.
Untuk mencapai matlamat ini aku memohon kerjasama rakan blogger yang belum join untuk buat entri khas bertajuk “5 blog paling kerap dilawati 2011” dengan menyenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati sepanjang 2011. Di dalam entri tersebut sila senaraikan juga 10 rakan blogger yang ingin anda jemput untuk ikut serta dalam projek ini. Tinggalkan link setiap entri tersebut di commentLuv di ruangan komen entri ini. Kepada yang kurang faham nak buat entri boleh contoh entri blog Anarm. (Jangan ambil peluang iklan blog sendiri yang lain kerana ini tidak akan membantu mencapai matlamat asal). Kod untuk banner 5 blog paling kerap dilawati boleh diperolehi @ link.
Projek ini memang kecil dan simple tetapi akan memberi kesan viral trafik yang sangat menakjubkan jika semua blogger ikutserta… joom tengok blog mana yang sering dilawati oleh teman-teman blogger @ Blog Paling Kerap diLAWATI.
Nota : Jika ada rakan blogger yang nak sponsor hadiah untuk 5 blog paling kerap dilawati 2011 sila tinggalkan pesanan di contact, sekecil mana sponsor pun ianya sangat bernilai kepada yang terpilih kelak.
134 Comments
hmmm .. masih kurang jelas. tp saya akan lawat contoh yg diberi. 🙂
Curahan rasa Acik @ ..Facial Deal at Cozie Beauty House, IOI Puchong
Tu dia blog Benashaari teratas di persada. Tanniah bro
Blog amanz.my memang terbaik,tak rugi hari-hari masuk ke situ
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #9 : Kurma
wah… semuanya yg saya kenal ni.. tahniah. especially utk ben & kak jie!
Curahan rasa Liza @ Adzriel AB @ ..Aku suka tengok diaorang hidup susah!
Paling suke masuk blog Amanz.my
banyak n3 tentang security terkini 🙂
Curahan rasa juanita @ ..Churp Churp RM4016
macam pencalonan ABP la..hehhe
tapi mmg hebat semua… ada pengikut tersendiri 😉
Curahan rasa noriz @ ..Jiran yang teruk -:(
Yg tersenarai tu memang hebat2 belaka.
Ya, betul tu..kalau tidak hebat, bagaimana pula mereka boleh tersenaraikan..hehehe…tahniah kepada semua…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Singgah jangan tak singgah Huhu…
Curahan rasa ScaniaZ @ ..Adegan Seks Ustazah Dengan Warden Terlampau
blog2 yg tersenarai ni smo hebat2. smo yg tersenarai tu ada faktor yg berbeza sbb apa org lawat blog diorang. ada yg atas faktor niche, ada yg atas faktor fizikal, ada yg atas faktor muka. huhu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Meja Konsol Ardu Inspirasi Tulang Belakang Manusia
faktor muka tu berdasarkan ke’hensem’an dan ke’cun’an diorang ke?haha…
Curahan rasa pacifista @ ..5 + 2 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 @ Denaihati
Aku dah buat bro.. 🙂
Curahan rasa Jai @ ..5 Blog Kerap Dilawati 2011 | Denaihati
Valid lagi ke kalau nak join?
Curahan rasa Zida @ ..Sistem Pembelajaran Perubatan di Universiti Al-Azhar
valid sehingga 31/12/2011
Curahan rasa denaihati @ ..Tahajjud Cinta
Salam.
Saya updated balik senarai saya di sini: http://www.hasrulhassan.com/2011/07/updated-5-blog-paling-kerap-dilawati.html
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Mengapa Blog Anda Kena ‘Delete’ Oleh Blogspot?
Lari tajuk sikit ye… aku ada konfius sikit Pasal Intensif Tunai.. Selalu aku tgk org letak banner yang macam header bro ni.. Banner kat page ‘banner’ bro tu boleh letak juga ke? p/s : Contest tu da tamat ke? Sori, pening cari x jumpa2…he3
Aku nak join jugak la 5 blog kerap dilawati ni.. Dulu jrg singgah di denaihati, sekarang 100x sehari…ngeee… 🙂
Curahan rasa Jai @ ..Video Debat SPR Dengan Bersih | Debat Apa Selepas 9 Julai
Bro nak cari link utk insentif cash tu cari kat sidebar “Setiap backlinks dibayar RM0.02 klik untuk detail.”. Nak cari banner klik je link banner kat header atas tu. Insentif akan berlansung hingga 31/12/2011 dan akan ada grand hadiah yg belum diumumkan.
Curahan rasa denaihati @ ..Aku Seorang Blogger
ni bro entri dari aku…
Curahan rasa pacifista @ ..5 + 2 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 @ Denaihati
blog denaihati ni x de button follower ker…masih baru dgn blog ini..
Curahan rasa EE @ ..Perempuan Berkalung Sorban.
Peehh punya lah banyak button follower kat blog ni nak follower twitter, facebook, linked in tapi google follower memang tak ada rasa maca kurang faedah je….
Curahan rasa denaihati @ ..Kecelaruan Ekonomi Dunia
tak tersenarai pun walaupun saya selalu drop komen entry2 di sini… huhuhuh
Curahan rasa kid @ ..Trafik Melampau Aku Dapat!! | Komen di SINI
Yang tersenarai tu bukan blog yg kerap lawaat denaihati … heee kena baca betul2 ni ke saja buat2 tak faham.
Curahan rasa denaihati @ ..Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa 1432H/2011M
Comments are closed.