Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada yang pernah terjun dari tempat yang tinggi?
Bukan dari bangunan setingkat atau dua tingkat, tetapi dari ketinggian 216 meter dan dari atas jambatan.
Itulah yang berlaku kepada 5 anak muda Malaysia yang berkunjung ke Bloukrans Bridge, Afrika Selatan. Berbanding dengan Kawarau Bridge Bungy Centre yang mempunyai clearance ketinggian 43 meter, sudah tentu suatu pengalaman yang amat berbeza.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ada yang nak menguji keberanian atau menakluki ketakutan? Mungkin melompat dari beberapa menara atau jambatan tertinggi di dunia adalah salah satu caranya.
Cubalah bungee jump!
Top 5 Bungee Jump di dunia.
233 meter: Macau Tower, Macau, China
220 meter: Empangan Verzasca, Ticino, Switzerland
216 meter: Bloukrans Bridge, Western Cape, Afrika Selatan
Tepat di tengah-tengah Afrika Selatan, Jambatan Bloukrans adalah lokasi bungee jump semulajadi komersial yang paling tinggi di dunia.
Melompat dari tempat ini memberikan keseronokan berganda, dengan lompatan dari pod melompat dan berjalan kaki di jambatan yang dikelilingi oleh hutan belantara Afrika Selatan.
206 meter: Jambatan Rio Grande, Taos, New Mexico
192 meter: Jambatan Europabrücke, Innsbruck, Austria
Anda mesti tonton video bungee jump di bawah!
Bungee jump adalah aktiviti yang melibatkan melompat dari struktur yang tinggi ketika disambungkan ke tali elastik yang besar. Struktur yang tinggi biasanya merupakan objek tetap, seperti bangunan, jambatan atau kren. Tetapi juga mungkin untuk melompat dari objek alih, seperti balon udara panas atau helikopter.
Keseronokan dan keterujaan datang dari masa free fall dan rebound tali kord tersebut.
Bagi yang ingin mencuba atau berjinak-jinak dengan aktiviti bungee jump, boleh juga ke Sunway Lagoon dengan ketinggian 22 meter.
62 Comments
Bukan senang tau nak ada keberanian nak buat mcm ni . Kalau gayat habis la nervous nak terjun
Untuk lebih mencabar terjun dari helikopter…cuma bukan bungee Jump kerana menggunakan payung terjun
hehe..guna helikopter tu kena train betul betul gak tu. Takleh sebarang terjun tu bro..tak terbukak payung terjun nnt
Naik kapal kapal terbang la. Pastu terjun. Kat malaysia rasa nya ada yg buat servis mcm ni
kerisauan utama saya tentang Bungee Jump ialah tali yang terputus dan terbelit di leher…]
jarang berlaku dan jangan difikirkan sangat imaginasi negatif berikut
Sy plak fikir kalau tali tu panjang atau ikatannya tidak kemas. Hehe bleh plak fikir mcm tu
ketakutan boleh diatasi dengan mencuba sesuatu yang ektrem..
antara aktiviti yang boleh mecabar ketakutan ialah Bungee Jump
Cubaan untuk Bungee Jump di jambatan Rio Grande, Taos, New Mexico merupakan kejayaan baharu jika ada pihak yang sangup untuk mencuba
rasanya Sunway Lagoon dengan ketinggian 22 meter adalah tempat untuk bertatih aktiviti yang amat mencabar ini..
jika sudah berjaya dan ingin lebih lagi cabaran boleh ke tempat yang lebih mencabar
Utk permulaan kita kena try yg tu dulu baru pergi yg lbih tinggi. Gayat la plak
Empangan Verzasca, baru saya tahu ada untuk aktiviti terjunan Bungee…
siapa yang berminat dan ada kemampuan tu..
boleh la pergi…
jangan la ajak saya pulak
ketingggian 233 meter: di Macau Tower, Macau, memang kaw-kaw..
kalau saya sudah menyerah kalah dalam terjunan Bungee ini
ketinggian 43 meter pun memadai untuk melemahkan lutut saya jika melakukan aktiviti penuh cabaran ini..
memang tidak terlintas langsung hati nak mencuba
tahniah untuk 5 anak muda Malaysia yang berjaya melakukan terjunan 216 meter di Bloukrans Bridge
mereka betul betul menjiwai semangat Malaysia Boleh..
ketinggian 210 meter bukan calang-calang ..
jika melakukan Burpee Jump memang seram sejuk untuk mereka yang tidak berani
setakat ini saya belum pernah terjun dari tempat yang terlalu tinggi..
jika terjun dalam sungai dari atas pokok memang pernah dilakukan massa zamn kanak-kanak dahulu
Tengok video di FB Tuan Haji amir semalam pun nampak mencabar giler. 200m terjunan kot..kental betul diorang ni
jika jiwa tidak kental memang sukar untuk melalui cabaran ini..
namun jika berjaya memang kepuasan yang tidak terkata lagi
Yang ni kerja gila. Bukan semua orang boleh lompat. Haha Terbaiklah. Lepas ni mungkin kene try dekat macau pulak.
Owh kat Macau pun nampak menarik gak..banyak rupanya spot spot menarik untuk bungee jumping ni..
apa kata kita terjun bungee dulu kat sunway lagoon. lepas tu ke New zealand. lepas tu kita ke Macau! jommmm 🙂
cabaran yang hebat untuk disahut..
nampaknya saya tidak berani tuan..
dalam masa terdekat ini memang tidak sanggup lagi buat terjunan bungee
keja gila tetapi mematuhi syarat keselamatan memang ok juga …
cuma minat yang mendalam dan keberanian yang bukan alang-alang
Kerja gila bagi yang tak biasa, Yang dah biasa dan berjiwa kental, aktivit geli geli je bagi diorang hehe
Comments are closed.