Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada yang pernah terjun dari tempat yang tinggi?
Bukan dari bangunan setingkat atau dua tingkat, tetapi dari ketinggian 216 meter dan dari atas jambatan.
Itulah yang berlaku kepada 5 anak muda Malaysia yang berkunjung ke Bloukrans Bridge, Afrika Selatan. Berbanding dengan Kawarau Bridge Bungy Centre yang mempunyai clearance ketinggian 43 meter, sudah tentu suatu pengalaman yang amat berbeza.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ada yang nak menguji keberanian atau menakluki ketakutan? Mungkin melompat dari beberapa menara atau jambatan tertinggi di dunia adalah salah satu caranya.
Cubalah bungee jump!
Top 5 Bungee Jump di dunia.
233 meter: Macau Tower, Macau, China
220 meter: Empangan Verzasca, Ticino, Switzerland
216 meter: Bloukrans Bridge, Western Cape, Afrika Selatan
Tepat di tengah-tengah Afrika Selatan, Jambatan Bloukrans adalah lokasi bungee jump semulajadi komersial yang paling tinggi di dunia.
Melompat dari tempat ini memberikan keseronokan berganda, dengan lompatan dari pod melompat dan berjalan kaki di jambatan yang dikelilingi oleh hutan belantara Afrika Selatan.
206 meter: Jambatan Rio Grande, Taos, New Mexico
192 meter: Jambatan Europabrücke, Innsbruck, Austria
Anda mesti tonton video bungee jump di bawah!
Bungee jump adalah aktiviti yang melibatkan melompat dari struktur yang tinggi ketika disambungkan ke tali elastik yang besar. Struktur yang tinggi biasanya merupakan objek tetap, seperti bangunan, jambatan atau kren. Tetapi juga mungkin untuk melompat dari objek alih, seperti balon udara panas atau helikopter.
Keseronokan dan keterujaan datang dari masa free fall dan rebound tali kord tersebut.
Bagi yang ingin mencuba atau berjinak-jinak dengan aktiviti bungee jump, boleh juga ke Sunway Lagoon dengan ketinggian 22 meter.
62 Comments
Comments are closed.