Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakhabar sahabat-sahabat pembaca yang hebat?
Alhamdulillah setahun yang lalu Abang dan teman-teman pada tarikh ini telah dipilih ALLAH untuk menjejaki kaki kebenua Afrika. Abang nak minta maaf kepada semua pembaca sebab baru hari ini nak sambung kisah “Kembara Denaihati ke Afrika Selatan“. Pengembaraan yang tidak dirancang menjadi kenyataan dengan pelbagai pengalaman yang indah.
Tujuan utama kembara ke Afrika Selatan adalah untuk menghantar empat orang pelajar untuk menyambung pelajaran di Madrasah Darul Uloom Zakariyyah Johannesburg, melawat Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah (MTS) di beberapa negeri dan menjejaki lokasi menarik di Afrika Selatan.
Ketibaan kami di O R Tambo International Airport Johannesburg disambut oleh adik-adik Malaysia yang belajar di Darul Uloom Zakariyah. Kami mengambil keputusan untuk tinggal di Darul Uloom Zakariyah sepanjang berada di Johannesburg, untuk merasai dunia pelajar Malaysia yang tinggal jauh diperantauan. Mereka di sini belajar pengajian kitab atau di panggil alim dan juga hafiz 30 juzuk Al Quran. Sijil dari Darul Uloom diiktiraf Kerajaan Malaysia setaraf ijazah sarjana muda yang boleh digunakan memohon peringkat pengajian master.
Abang memang sudah lama mendengar nama Darul Uloom Zakariyyah dan ramai sahabat-sahabat yang menghantar anak-anak mereka belajar di sini. Memang terharu apabila dapat menjejaki pusat pengajian yang sangat terkenal, telah melahirkan ramai orang-orang alim dan ulama dari berbagai negara. Cuma sekarang tidak semudah dulu, banyak sekatan untuk pelajar dari luar menyambung pelajaran di sini. Isu terkini ketika kami di sini adalah sekatan visa untuk belajar ke seluruh madrasah-madrasah di Afrika Selatan. Adik-adik yang kami bawa ini pun belum mendapat visa belajar tetapi pihak pentadbiran Madrasah berjanji akan membantu untuk mendapatkan visa tersebut.
Selama lima hari kami menumpang di Darul Uloom. Kami menyewa kereta untuk ziarah Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah Johannesburg dan lokasi-lokasi yang lain. Ketika kami nak ke bandar Johannesburg, beberapa kali sahabat di sana pesan supaya kami jangan turun dari kereta kerana sangat bahaya. Memang betul ketika kami melalui tengah-tengah bandaraya Johannesburg kelihatan orang kulit hitam sangat ramai berkumpul tepi jalan dalam keadaan tidak terurus sambil minum minuman keras. Abang tak sempat nak ambil gambar dan video kerana risau dengan suasana tersebut.
Kami sempat juga memandu ke Pretoria lebih kurang 70 km daripada Johannesburg, yang merupakan bandar pentadbiran Afrika Selatan. Semua kedutaan dari berbagai negara termasuk Malaysia berada di Pretoria. Sempat juga kami singgah sebentar di Kedutaan Malaysia dan minum kopi arab di sebuah cafe yang baru sahaja dibuka. Bandar Pretoria lebih teratur berbanding Johannesburg mungkin kerana majoriti penduduknya adalah berkulit putih.
Sepanjang di Johannesburg kami singgah di dua Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah. Madrasah-madrasah ini sudah dibina lebih sepuluh tahun dan mengambil pelajar Islam dan bukan Islam sebagai syarat untuk terus beroperasi di sini. Tiada beza seperti MTS di Turki, madrasahnya kemas, bersih dan teratur bagaikan hotel lima bintang.
Kami singgah dibeberapa bandar kecil di pinggir Johannesburg dan singgah di beberapa masjid untuk solat berjemaah. Benarlah bagai dikata kalau hendak melihat kehidupan sebenar umat Islam pergilah ke negara yang bukan Islam. Abang sangat terkejut apabila singgah di sebuah Masjid di kawasan Mayflower apabila jemaah maghrib melimpah masjid seperti solat Jumaat di Malaysia.
Makanan halal di Johannesburg dan Pretoria memang tak risau, banyak sangat restoran dan cafe yang ada logo halal antaranya Nando’s dan Mc Donald selain restoran arab dan restoran pakistan. Paling mudah guna aplikasi Zabihah untuk mendapat informasi makanan halal terdekat.
Di akhir kembara kami di Johannesburg dan Pretoria kami melawat Madrasah Darul Uloom Zakariyyah, antara yang menarik adalah perpustakaan dan muzium Rasulullah SAW yang mengumpulkan berbagai sunnah Nabi. Terima kasih kepada adik-adik Malaysia yang membantu kami sepanjang berada di Johannesburg. Pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.
Abang Denaihati
Pengembara Dunia
Denaihati TV
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
28 Comments
Di negara bukan islam, umat islam di sana lebih menghargai nikmat islam berbanding di negara islam yang belum tentu umatnya menghargai islam itu sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beza Untung Pembiayaan Dan Riba
Sebuah impian bisa silaturahim mengunjungi saudara-saudara kita semuslim di negara lain. Semoge suatu saat nanti saye diberi kesempatan. Amin Ya Allah…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Streaming di YouTube Tanpa Kuota dengan Paket Terbaru dari XL Xtra Combo
INI HALAMAN KOK KESEIMPEN DI KOMPIE INI JADI INGAT AFSEL YANG ADUHAI DAN PERMAI SALAM BUAT ABANG MOHA SUKSES SELALU YA, MANTAB NIH ABANGNYA SIIIPPP
Curahan rasa ali afif @ ..Julia Montes KW | Senyum
Seronok membaca pengalaman tuan Denaihati dan rakan2 mengembara ke bumi afrika selatan…
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Banyak pengalaman berharga yang dapat ditimba sepanjang berada di sana.. semoga satu hari nanti sata juga berpeluang untuk merasai pengalaman tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Alhamdulillah… dapat bertadabbur di bumi Allah…jauh perjalanan, luas pemandangan dan pengalaman.
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Tips Mudah Elak Kaki Kejang Ketika Mengandung
Bagaimana cuaca dan ekonomi rakyat Afrika ya? Dengan cuaca panas dan ekonomi yang mencabar…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Kesepuluh Dari Uber
Semoga diriku juga berpeluang untuk ke mengembara lebih jauh nanti. Amin
Curahan rasa Norizam Kadir @ ..Cara Pantas Ubati Tangan Bila Terkena Air Panas
Menghantar anak-anak untuk menimba ilmu dan mempermudahkan mereka adalah satu tindakan yang sangat diraikan agama. Semoga pengembaraan ke Johannesburg dan Pretoria Afrika Selatan menjadi pengembaraan ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Menimba ilmu dan menajalani kehidupan di bumi bukan islam bukan suatu perkara yang mudah. Berjauhan dari keluarga. Atas dasar mahu menuntut ilmu, semua kesukaran sanggup ditempuhi. Insyaallah akan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T bila pulang ke Malaysia nanti
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Komisen Pertama Daftar Pemandu UBER
Comments are closed.