Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada yang pernah terjun dari tempat yang tinggi?
Bukan dari bangunan setingkat atau dua tingkat, tetapi dari ketinggian 216 meter dan dari atas jambatan.
Itulah yang berlaku kepada 5 anak muda Malaysia yang berkunjung ke Bloukrans Bridge, Afrika Selatan. Berbanding dengan Kawarau Bridge Bungy Centre yang mempunyai clearance ketinggian 43 meter, sudah tentu suatu pengalaman yang amat berbeza.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ada yang nak menguji keberanian atau menakluki ketakutan? Mungkin melompat dari beberapa menara atau jambatan tertinggi di dunia adalah salah satu caranya.
Cubalah bungee jump!
Top 5 Bungee Jump di dunia.
233 meter: Macau Tower, Macau, China
220 meter: Empangan Verzasca, Ticino, Switzerland
216 meter: Bloukrans Bridge, Western Cape, Afrika Selatan
Tepat di tengah-tengah Afrika Selatan, Jambatan Bloukrans adalah lokasi bungee jump semulajadi komersial yang paling tinggi di dunia.
Melompat dari tempat ini memberikan keseronokan berganda, dengan lompatan dari pod melompat dan berjalan kaki di jambatan yang dikelilingi oleh hutan belantara Afrika Selatan.
206 meter: Jambatan Rio Grande, Taos, New Mexico
192 meter: Jambatan Europabrücke, Innsbruck, Austria
Anda mesti tonton video bungee jump di bawah!
Bungee jump adalah aktiviti yang melibatkan melompat dari struktur yang tinggi ketika disambungkan ke tali elastik yang besar. Struktur yang tinggi biasanya merupakan objek tetap, seperti bangunan, jambatan atau kren. Tetapi juga mungkin untuk melompat dari objek alih, seperti balon udara panas atau helikopter.
Keseronokan dan keterujaan datang dari masa free fall dan rebound tali kord tersebut.
Bagi yang ingin mencuba atau berjinak-jinak dengan aktiviti bungee jump, boleh juga ke Sunway Lagoon dengan ketinggian 22 meter.
62 Comments
Haduhh.. dengar bungee jump pun udah ngeri, belom lagik g lompat…. haduihh.. buat masa nih tak berani lah nak join acara cam nih…
tertanya tanya juga, berapa bayaran untuk buat terjunan ini di afrika selatan? mesti mahal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Jika sudah minat dan keazaman yang tinggi..soal bayaran mahal bukan jadi ukuran..
yang penting dapat buat dan melaluinya sebagai cabaran hidup
memang sukan lasak Burpee Jump antara yang paling mencabar sekali
sukan extreme sperti ini mmg popular. di sunway lagoon pun ada.. tapi rendah sahaja.. ramai yg dah cuba.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Yang bersemangat kuat je boleh buat ni. Bukab kuat semangat je, tubuh badan (fizikal) pun kena kuat juga.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
memang luarbiasa keberanian untuk melakukan bungee jump pada ketinggian yang melampau…
cuma mereka yang cekal,nekad dan berani untuk berbuat demikian..
saya memang belum sanggup lagi pada masa sekarang
Kalau nak cuba-cuba kena buat zaman muda lah. Kalau pun menggeletar, sekurang-kurangnya fizika masih kuat untuk menahan gegaran terjunan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Wahhhhh… seronok betul kalau dapat join penerjunan macam ni !! teringin betul… dah la boleh dapat sijil.. powerr !
Serius best sukan lasak ni. Pernah buat masa umur awal 20-an dulu di Jpn. Sekali seumur hidup..lepas tu dah tak buat buat dah..faktor usia mungkin
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Dimaklumkan penerjun paling tua di sini berusia 96 tahun berjawa buat terjunan dengan selamat.
Curahan rasa denaihati @ ..Hadiah wang tunai untuk penulis komen paling banyak 2018
100 tahun lebih yang buat terjunan dari kapalterbang. Perempuan lagi tu. Mengagumkan betul.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Wahhh best bungge jump.
Kalau diizinkan try buat dari suway lagoon pun jadi lah.
Hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kena try at least sekali seumur hidup. Kat Sunway Lagoon pun nampak mencabar tu
Ada berani nak terjun ke tu? Jom lah terjun kat sunway lagoon je nanti. Lepas tu kita ke Macau.
Curahan rasa KiD @ ..Meriah sungguh Whimsical Christmas di Alamanda Shopping Centre, mesti datang!
bertuah sebenarnya kalau dpt terjun di tempat tertinggi di dunia ni.. kalau ada peluang, baik grab shj
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Menarik.
Kalau masa single dulu nak cuba benda ni lah.
Sekarang dah beranak pinak jadi gayat pula.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sebab itu orang kata, kalau nak buat sesuatu kena buat zaman muda ketika bujang. Bila sudah berkahwin, banyak kekangan yang terpaksa dihadapi.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
klw mau loncat di ketinggian maacem nie harus punya mental yang sangat siap dan keberanian yang tinggi
buat ngelakuin terjun di tempat macam nie harus membutuh kan mental yang cukup besar dan keberanian yang tinggi
satu pengalaman menarik yang mesti tak boleh lupa.. siap ada sijil lagi tu.. bertuah dapat terjun kat sini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
NK: bila nak try aktiviti macam ni ni..Nampak macam syok je terjun dari tempat tinggi tu
bungee jump adalah salah satu aktiviti extreme yang ada dlm bucket list. satu lagi skydiving!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
hanya yang berani sanggup untuk melakukan…
jika tak berani lebih baik cari aktviti yang lain untuk menguji tahap kesungguhan
antara takut dengan tidak sahaja… kalau takut, macam macam alasan yg akan di berikan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
skydiving vs bungee jumping mana yang lagi mencabar ek? Macam dua dua drp tempat tinggi je kan
Tahniah buat 5 orang anak muda yang berani terjun ke Bungee Jump tertinggi di dunia..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
kejayaan mereka memang mengharumkan negara terutama kepada peminat sukan extrem seperti Bungee Jump..
tak ramai yang sanggup nak buat
Terbaik la 5 orang anak muda ni. Ingatkan Tuan Amir nak ikut terjun sekali. hehe
ya tahniah untuk mereka..
semoga impian dan cita-cita mereka terus berapi api untuk sukan yang penuh mencabar dan lasak ini..
memang terbaik la mereka
Beribu ribu tahniah untuk diorang ni. Memang berani dan berjiwa kental sungguh kan. Tak goyang lutut ke
Kalau saya memang tak berani nak cuba terjun tempat tinggi2 macam ni… gayat.
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
ada juga yang cuba terjun untuk mengatasi takut pada ketinggian.. memang hebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Seronok tengok orang buat tapi diri sendiri dah ketakutan kalau tengok ketinggian sekarang ni.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kena buat sekali seumur hidup bro. Atasi rasa gayat tu..tapi bergantung gk, macam aku dulu pernah bua sekali, kalau nak suh buat skang memang surrender.
Curahan rasa JMR @ ..Aktiviti Hujung Minggu Di Kampung, Lebih Dekat Dengan Alam.
tuan carilah aktiviti lain yang lasak seperti berjalan kaki tanpa henti selama 7 hari…
memang lasak tetapi tidak perlu kawasan yang tinggi dan tidak perlu kepada Burbee Jump
kalau saya pun sama tuan Anuar. Goyang kepala lutut ni ha. Tapi kalau terpaksa, pejam mata & terjun sahaja lah hehe
Comments are closed.