Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kos sara diri yang semakin meningkat menyebabkan kebanyakan daripada kita mencari pelbagai peluang untuk menambah pendapatan. Walau bagaimanapun, banyak juga orang yang terlalu ghairah untuk menjana pendapatan secara online sehingga menyebabkan ada yang tertipu dan terpedaya dengan penipuan dalam talian.
Nak buat bisnes sudah semestinya perlukan modal. Usah terpedaya dengan kata-kata buat bisnes tanpa modal. Untuk dropship atau affiliate pun sekurang-kurangnya kita perlukan keluar modal untuk pemasaran dan pengiklanan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ada 1001 macam cara untuk buat duit secara online. Dan ada beberapa jenis bisnes online yang kita boleh kendalikan sendiri untuk mengurangkan risiko ditipu, di samping menjana pendapatan tambahan yang anda perlukan.
1. Menulis blog
Fenomena blog telah melahirkan penulis-penulis blog yang terkenal seperti Hanis Zalikha, Paultan dan BeautifulNara yang mempunyai jutaan pembaca dan pengikut. Namun, mesti anda tertanya-tanya: Bagaimanakah penulisan blog boleh menghasilkan pendapatan lumayan?
Salah satu caranya adalah dengan memasukkan pautan iklan ke dalam blog. Melalui pautan ini, kita boleh memperolehi komisen setiap kali pengunjung blog anda mengklik pautan berkenaan. Sekiranya blog anda mempunyai kadar trafik yang tinggi, setentunya anda akan mendapat komisen yang lumayan.
Jangan terkejut sekiranya ada penulis blog yang dapat menjana pendapatan sehingga lima angka hanya dengan cara ini. Cuba lihat penulis blog luar Malaysia berapa pendapatan mereka.
2. Menjual barangan secara secara online
Barangan terpakai
Satu lagi cara untuk menjana pendapatan adalah dengan menjual barangan terpakai secara dalam talian. Cara ini sesuai bagi orang yang mempunyai banyak barangan terpakai yang tidak digunakan lagi.
Di Malaysia, anda boleh menggunakan portal online seperti Mudah.my dan Lelong.com.my, laman sosial Facebook dan Instagram, dan aplikasi seperti Carouseluntuk menjual barangan terpakai anda. Anda hanya perlu memuat naik gambar barang berkenaan dan memberikan keterangan pendek mengenai barangan tersebut di dalam laman web atau aplikasi yang anda gunakan.
Namun, pastikan barangan yang dijual berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh digunakan. Seeloknya, anda gunakan gambar terbaharu barangan berkenaan bagi menunjukkan keadaan sebenar barangan tersebut.
Produk atau barangan baru
Pernah anda dengar tentang Bella Ammara? Minaz? De’ Xandra? Jenama-jenama tersebut adalah contoh jenama yang bermula dengan perniagaan dalam talian. Mungkin anda belum mempunyai modal untuk mempunyai perniagaan sendiri. Namun, anda boleh bermula dengan menjadi ejen jualan atau stokis dengan modal yang minimum.
Setelah mendapatkan produk yang ingin dijual, anda boleh membangunkan satu portal online bagi memasarkan produk-produk tersebut. Pada masa ini, terdapat pelbagai kemudahan di Internet yang memudahkan anda memasarkan produk-produk sebegini.
Nak buat aqiqah dan korban kambing di Mekah pun boleh buat secara online di Denaisell.
3. Menawarkan perkhidmatan secara sambilan
Satu lagi cara bagi anda menjana pendapatan secara dalam talian adalah dengan menawarkan perkhidmatan secara sambilan. Cara ini sangat sesuai bagi orang yang mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang penyuntingan, fotografi, penulisan, dan banyak lagi.
Dengan menggunakan bakat yang anda sedia ada, tidak mustahil bagi anda memperoleh pendapatan lumayan. Malah, anda mungkin dapat membuka peluang bagi menawarkan perkhidmatan ini secara sepenuh masa juga. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mengunjungi laman sesawang seperti Fiverr, Upwork dan PartTime, selain menggunakan laman sosial bagi mengiklankan perkhidmatan kita.
Kepesatan teknologi Internet memberikan banyak peluang kepada anda untuk menjana pendapatan tambahan secara online. Namun, kita hendaklah bijak agar dapat menjana pendapatan maksimum dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Kecekalan dan pengetahuan yang tinggi juga perlu bagi memastikan perniagaan berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang di sekeliling anda. Ada peluang untuk sertai seminar bisnes, pergilah ke sana walau ke luar negara.
Kepada yang masih kurang tahu bagaimana untuk menulis secara online sehingga menjana pendapatan lumayan boleh beli dan baca buku Tuan Khairul Hakimin yang telah menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Boleh beli eBook beliau secara onlin dengan klik eBook Bapak Viral Kebangsaan.
Buat sampai jadi!
16 Comments
Topik cara buat duit secara online ni memang menjadi perhatian semua orang dalam menjana pendapatan secara online.
Dengan rujukan dengan usahawan dan mentor pasti kita akan nampak jalan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan kemahiran yang kita ada.
Setakat ini, kaedah yang paling mudah dan praktikal untuk saya adalah dengan menjadi penulis blog. Bila ada blog, ada banyak cabang untuk buat duit terbuka.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Cukai peribadi dan sistem taksiran sendiri
Yes, suka tagline Buat Sampai Jadi tu..terus berjuang dalam industri tanpa henti..sikit lagi nak sampai destinasi..
Curahan rasa JMR @ ..Survival Tips For Parents
Thanks for sharing…
Artikel ini sangat berfaedah, Ditunggu postingan selanjutnya ya min…
terima kasih sudah di share artikel nya menarik semoga bermanfaat i like it
Tetiba datang s emula semangat.Ya, saya memang buat bisnes online tetapi masih belum menjadi lagi. Untung ada, cuma belum mencapai sasaran yang ditetapkan lagi.
Dari satu produk ke satu produk dan kini hanya satu produk sahaja menjadi pilihan saya.
Saya suka ayat “Buat Sampai Jadi”. In shaa alah, selepas ini akan fokus pada yang satu ni,
Terima kasih atas artikel yang ditulis.
Curahan rasa sharimah @ ..THAILAND DAY 2 : ASEAN NIGHT BAZAAR (EPISODE 3)
dlm ekonomi sekrg, yg mana satu berbaloi utk dicuba ya, sebab sy dh cuba jual brg online tpi xberapa menjadi.
Bermula dengan secara sambilan, kini saya mula buat bisnes online secara sepenuh masa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Tips Bina Pendapatan Konsisten Di Internet
Sekarang ni mudah sahaja jika kita nak buat duit online kerana banyak platform menawarkan program jana pendapatan online. Siapa ada blog tu satu kelebihan pada mereka yang suka menulis. Thanks di atas perkongsian sentiasa dari rakan2 blog.
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!
nampaknya saya perlu belajar untuk menulis blog supaya lebih baik dan menawan jiwa..
sekarang ini suam-suam suku menyebabkan blog tidak memberi pulangan yang lumayan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cerita Menarik Wang Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH )
Memang ada banyak cara, cumanya untuk mendapatkan impak yang maksimum, beri tumpuan 2-3 dulu hingga mahir sebelum menambah cara yang lain.
Curahan rasa ahmadyani @ ..23 Perkara Yang Dilakukan Oleh CEO D’Apple Semasa Bisnesnya Jatuh Teruk!
Wah! saya tiba-tiba rasa bersemangat tatkala membaca artikel ini. Mulanya sangsi juga betulkah blog ni boleh buat duit tapi lepas buat a little research, baru nampak buktinya.
semua ini saya dah buat tapi masih kurang ilmu mungkin dalam segi, perkenalkan diri, pemasaran atau cara penulisan
Alhamdulillah. Di saat rasa kekurangan ada bantuan tiba… menguatkan semangat untuk terus menulis. Mungkin ambil masa untuk pulihkan semangat tetapi InsyaAllah dimana ada kemahuan di situ ada jalan dan bantuan. Terima kasih untuk artikel ini.
Comments are closed.