3 cara buat duit secara online, mesti buat sampai jadi!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kos sara diri yang semakin meningkat menyebabkan kebanyakan daripada kita mencari pelbagai peluang untuk menambah pendapatan. Walau bagaimanapun, banyak juga orang yang terlalu ghairah untuk menjana pendapatan secara online sehingga menyebabkan ada yang tertipu dan terpedaya dengan penipuan dalam talian.

Nak buat bisnes sudah semestinya perlukan modal. Usah terpedaya dengan kata-kata buat bisnes tanpa modal. Untuk dropship atau affiliate pun sekurang-kurangnya kita perlukan keluar modal untuk pemasaran dan pengiklanan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Ada 1001 macam cara untuk buat duit secara online. Dan ada beberapa jenis bisnes online yang kita boleh kendalikan sendiri untuk mengurangkan risiko ditipu, di samping menjana pendapatan tambahan yang anda perlukan.

1. Menulis blog

Fenomena blog telah melahirkan penulis-penulis blog yang terkenal seperti Hanis Zalikha, Paultan dan BeautifulNara yang mempunyai jutaan pembaca dan pengikut. Namun, mesti anda tertanya-tanya: Bagaimanakah penulisan blog boleh menghasilkan pendapatan lumayan?

Salah satu caranya adalah dengan memasukkan pautan iklan ke dalam blog. Melalui pautan ini, kita boleh memperolehi komisen setiap kali pengunjung blog anda mengklik pautan berkenaan. Sekiranya blog anda mempunyai kadar trafik yang tinggi, setentunya anda akan mendapat komisen yang lumayan.

Jangan terkejut sekiranya ada penulis blog yang dapat menjana pendapatan sehingga lima angka hanya dengan cara ini. Cuba lihat penulis blog luar Malaysia berapa pendapatan mereka.

msmw2014 pemenang anugerah

2. Menjual barangan secara secara online

Barangan terpakai

Satu lagi cara untuk menjana pendapatan adalah dengan menjual barangan terpakai secara dalam talian. Cara ini sesuai bagi orang yang mempunyai banyak barangan terpakai yang tidak digunakan lagi.

Di Malaysia, anda boleh menggunakan portal online seperti Mudah.my dan Lelong.com.my, laman sosial Facebook dan Instagram, dan aplikasi seperti Carouseluntuk menjual barangan terpakai anda. Anda hanya perlu memuat naik gambar barang berkenaan dan memberikan keterangan pendek mengenai barangan tersebut di dalam laman web atau aplikasi yang anda gunakan.

Namun, pastikan barangan yang dijual berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh digunakan. Seeloknya, anda gunakan gambar terbaharu barangan berkenaan bagi menunjukkan keadaan sebenar barangan tersebut.

Produk atau barangan baru

Pernah anda dengar tentang Bella Ammara? Minaz? De’ Xandra? Jenama-jenama tersebut adalah contoh jenama yang bermula dengan perniagaan dalam talian. Mungkin anda belum mempunyai modal untuk mempunyai perniagaan sendiri. Namun, anda boleh bermula dengan menjadi ejen jualan atau stokis dengan modal yang minimum.

Setelah mendapatkan produk yang ingin dijual, anda boleh membangunkan satu portal online bagi memasarkan produk-produk tersebut. Pada masa ini, terdapat pelbagai kemudahan di Internet yang memudahkan anda memasarkan produk-produk sebegini.

Nak buat aqiqah dan korban kambing di Mekah pun boleh buat secara online di Denaisell.

Tempahan korban kambing Mekah boleh dibuat di Denaisell.com

3. Menawarkan perkhidmatan secara sambilan

Satu lagi cara bagi anda menjana pendapatan secara dalam talian adalah dengan menawarkan perkhidmatan secara sambilan. Cara ini sangat sesuai bagi orang yang mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang penyuntingan, fotografi, penulisan, dan banyak lagi.

Dengan menggunakan bakat yang anda sedia ada, tidak mustahil bagi anda memperoleh pendapatan lumayan. Malah, anda mungkin dapat membuka peluang bagi menawarkan perkhidmatan ini secara sepenuh masa juga. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mengunjungi laman sesawang seperti FiverrUpwork dan PartTime, selain menggunakan laman sosial bagi mengiklankan perkhidmatan kita.

Iklan di online, ada graf dan data

Kepesatan teknologi Internet memberikan banyak peluang kepada anda untuk menjana pendapatan tambahan secara online. Namun, kita hendaklah bijak agar dapat menjana pendapatan maksimum dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Kecekalan dan pengetahuan yang tinggi juga perlu bagi memastikan perniagaan berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang di sekeliling anda. Ada peluang untuk sertai seminar bisnes, pergilah ke sana walau ke luar negara.

Kepada yang masih kurang tahu bagaimana untuk menulis secara online sehingga menjana pendapatan lumayan boleh beli dan baca buku Tuan Khairul Hakimin yang telah menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Boleh beli eBook beliau secara onlin dengan klik eBook Bapak Viral Kebangsaan.

Buat sampai jadi!


Spread the love

16 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!