Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 memang banyak kenangan untuk blog Denaihati. Paling menyentuh hati apabila sahabat Blogger Jejai meninggal dunia pada bulan Februari setelah muncul kali terakhir di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013. Setiap kali teringat arwah pasti rasa sebak kerana semasa sakit beliau jadi sangat rapat dengan aku. Teringat tulisan isteri arwah katanya dia pun tak tahu apa kebaikan yang arwah dah buat semasa hidupnya sehingga tidak berhenti-henti tetamu datang menziarahi keluarga mereka.
2013 juga blog Denaihati mendapat dua pengiktirafan iaitu MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013. Blog Denaihati juga terpilih untuk nominasi terakhir DiGi WWWOW Blogger of the year 2013 dan MITBC Best Tourism Blog of the year 2013. Anugerah tidak diminta tetapi menjadi semangat untuk terus berkarya lebih berkualiti dan lebih berinformasi supaya dapat memberi manafaat kepada dunia.
Selain berjaya menganjurkan beberapa Kelas Junior Buat Blog dan Kelas Master WordPress kenangan paling manis apabila berjaya menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dan Seminar Buat Duit Dengan Blog. Semuga usaha kami yang sedikit ini dapat membantu rakan blogger lebih berjaya dalam dunia yang semakin mencabar. Kepada yang berminat Kelas Junior dan Master WordPress sila hubungi team Denaihati.
2013 sempat juga menganjurkan berbagai contest dengan berbagai hadiah. Tahniahlah kepada yang menang dan kepada yang tak berjaya jangan kecewa teruskan bersama blog dan sosial media Denaihati kerana akan sentiasa ada hadiah contest untuk anda. Nak menang hadiah tu kenalah follow FB, Twitter dan Instagram Denaihati sebab contest bukan sahaja diumumkan di blog sahaja. Jangan lupa follow juga aplikasi Android dan iOS Denaihati.
Berikut antara statistik kenangan blog Denaihati sepanjang 2013.
Statistik trafik blog 2013 (sumber – Clicky.com) :
- Unique Visitors : 1,878,403
- Number of visits : 2,557,666
- Pageviews : 4,256,479
Trafik blog 2013 taklah berapa nak bagus berbanding dengan trafik blog 2012 kerana ada sedikit perubahan matlamat. Walaubagaimana pun syukur banyak rezeki yang masuk dengan trafik ini. Terima kasih kepada yang memberi kepercayaan semuga ada manafaat pada bisnis anda semua.
Top 10 entri 2013
- Keputusan rasmi pilihan raya umum ke 13
- Adab hubungan suami isteri malam Aidilfitri
- Top 23 blog Malaysia paling popular
- Semak saman trafik online
- Percutian Beijing penuh dengan penipuan
- Semak status halal secara online dan sms
- Sepatut jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
- Sebab doa tdak diterima dan zuriat nakal
- Semak saman AES online
- iPhone 5c penipuan Apple
Top 10 memberi trafik 2013
- Kakinakl.com
- Amriawan.blogspot.com
- Saljuhumairah.com
- Tawaranbiasiswa.blogspot.com
- Kozumiro.blogspot.com
- Syuhadasalleh.my
- Apesal.com
- Ciklilyputih.com
- Ariffshah.com
- Kongsibersamanora.blogspot.com
Top 10 penulis komen 2013
- Bang Iwan
- Hafizmd
- Melastik Bintang
- Dawaihati
- Munir Ardi
- Blog Keperawatan
- Datin Tyka
- Sensasi2020
- KiD
- Safiyhati
Top 10 Keywords 2013
- Denaihati
- Blogger Malaysia
- Tempat menarik di Cameron Highlands
- Senarai calon PRU 13
- Blog Malaysia
- Saman Trafik
- Mesir terkini
- Keputusan SPM
- Halal JAKIM
- Fatin Liyana
Jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Denaihati, keluarga, team Denaihati dan pengiklan yang sentiasa ada bersama saat senang dan susah sehingga berada ketahap ini. Semuga 2014 lebih banyak kenangan manis untuk blog Denaihati.
Sebahagian kenangan blog Denaihati telah dicetak dalam buku Denaihati yang boleh di perolehi di Kedai Online Denaihati nak baca review dari kawan-kawan yang sudah memiliki sila klik Review Buku Denaihati.
91 Comments
Wah byk sungguh aktiviti dh kan teringin nk join
Curahan rasa kucinghitam @ ..DiGi WWWOW Kembali Lagi
Alhamdulillah semoga tahun 2014 denaihati lagi berjaya….terselit juga satu gambar saya dlm gambar diatas..ehhe….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Persedian Mendaki Gunung Tahan
Alhamdulillah. Tahniah tuan DH dan team. 2013 mmg byk suka duka.
Terima kasih kerana sudi berkongsi banyak tips blogging dan pengalaman kehidupan di laman ini. Banyak yg saya belajar.
terima kasih tuan Amir Hassan.
Curahan rasa hafizmd @ ..Terkini Top 7 Best Personal Blog Malaysia & Blogger Mantap 2014!
Seronoknya baca… best best.. semoga DH terus maju n dpt yg best2 dunia akhirat..:)
Curahan rasa Nadot @ ..Makan Cake di Edinburgh
Semoga blog Denaihati akan terus mengecap kejayaan demi kejayaan..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Isu MH370 – Sekarang Masa Terbaik Untuk Kita Bersatu Demi Malaysia!
Hebat DH.kagum.blog ni inspirasi saya dalam menulis 🙂
setuju…mmg inspirasi dan sumber motivasi.
Curahan rasa hafizmd @ ..Lepasan SPM:Semak Status Program IPTA, IPTS dengan MQA sebelum Hadir Temuduga Kemasukan!
banyak pengalaman manis dan pahitnya… kenangan tinggal kenangan…kita yang lain teruskan kehidupan..apapun tahniah untuk denaihati.
Curahan rasa ema @ ..Snorkeling, Scuba Driving, Turtle Watching and Coral Activities
Tahniah, tumpang gembira dan bersama menuju kejayaan.
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Digi WWWOW Awards 2014
Tahniah, banyak kejayaan yang dicapai oleh denaihati tahun 2013..Semoga tahun 2014 lebih gemilang…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Momentum Blogging Yang Hilang
Alhamdullilah..Denai hati pasti telah mencapai matlamat yang di impikan tahun lepas..mungin tahun akan mendatang ini pasti lebih banyak info dan perkongsian dan diberi..”hidupkan untuk memberi”..apa-apa pun tahniah..ini semua hasil usaha keras dari team denai hati…berminat gak nak masuk kelas wordpress junior tue.. =)
Curahan rasa shahfir @ ..BUAYA BAHAM MANGSA DI UGANDA
Banyaknya UV blog Denaihati.. Tahniah, di atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada tahun 2013… Sememangnya blog ini layak mendapat pelbagai pengiktirafan di Malaysia…
Curahan rasa Anuar @ ..Kajian Tinjauan : Strategi pemasaran SEO tewas di tangan Adwords..
UV yg memang mengacam dan terbaik! tahniah denaihati.com!
Curahan rasa hafizmd @ ..Terkini Top 7 Best Personal Blog Malaysia & Blogger Mantap 2014!
Insya Allah Denaihati terus maju kehadapan….byk perkongsian untuk manfaat bersama… 😉
Curahan rasa syamila @ ..Petua Rawat Sembelit
Semoga blog Denai Hati terus maju di masa hadapan. Saya sebagai blogger baru, amat bertuah kerana mendapat tips-tips yang berguna dari blog tuan.
Terima kasih diucapkan 🙂
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Doggie Selfie kat Petronas
semoga amal baiknya diterima oleh tuhan yme
Curahan rasa Grosir Herbal Murah @ ..Koyo Kaki Happy Life
keyword pun dah lebih kurang macam keyword yang selalu masuk blog aku. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Jika serius nak buat duit dengan blog..
Keywords “titan” dah mula mencanak tak musthail jadi top 10 2014.
Curahan rasa denaihati @ ..Diego Garcia rahsia dunia
Comments are closed.