Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.
Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.
Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.
Kedekut
Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.
Berjimat Cermat
Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.
Suka Memberi
Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.
Banyak Sumber Pendapatan
Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV.
Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.
Ilmu
Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.
[box type=”shadow”]Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. – Tun Dr. Mahathir Mohamad [/box]
Disiplin
Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan.
Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.
Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka.
Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.
Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.
182 Comments
percuma kaya juga haram huuju
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
kalao di kota saya sih orang kaya kebanyakan yang korupsi jadi banyak dong tambah kaya
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
betul,orang kaya yang baik adalah tidak boros dalam berbelanja,tapi juga ga pelit tuk sedekah
Curahan rasa wsc biolo @ ..Obat pelangsing perut
trimakasih atas artikelnya “Rahasia orang kaya bertambah kaya”
betul memang banyak orang yang berbicara seperti itu , tapi saya nggak sependapat 🙂
maaf ya kalo punya salah dalam berbicara 🙂
btol tu , saya juga x berapa sependapat dgn itu
Curahan rasa Feetri Mahadzir @ ..SENARAI PESERTA PENCARI BLOGLIST 2014 BY FeetriMahadzir.com
yang miskin tambah miskin hehe
miskin satu ujian dan kaya pula satu dugaan..masing-masing ada hikmah yang tersendiri
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
infonya sangat bermnfaat..
jd tmbah ilmu..
thanks ya sob tas infonya 🙂
Huhu..harap orang2 kaya di Malaysia xlupakan tanggungjawab sosial mereka kepada yang memerlukan.. masih ramai yang perlukan bantuan daripada kita.. Jom laksanakan!
Curahan rasa kayriel e’izham @ ..AWAS Bagaimana Telur Tiruan Dicipta
Wah mantab banget Artikelnya
jika kita mau kaya hendaklah banyak berdoa & bersedekah
apalagi kalau kita bisa melaksanakan sholat dhuha
mantab habizz
kita kena berkira kalau nk kaya…tapi jgn sampai kedekut nak belanja kawan2..sampai tak mahu keluar zakat dan bersedekah
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Gambar Selfie Pada Tahun 1920
kelebihan jadi orang kaya ialah dapat berzakat dengan banyak dan boleh bersedekah tanpa berkira
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Tapi tak sedikit pula orang kaya yang tak mau saling memberi dimana hasil kekayaannya itu diperoleh dnegan cara-cara yang menyimpang agama.
sebab kekayaan mereka bukan sesuatu yang berkat…mungkin dari sumber yang haram
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Apabila kita kaya,kena rajin memberi,baru ada keberkatan…..
Setuju !! tambahkan sedekah , zakat .. disamping tu , boleh KAYAkan pahala
Orang kaya akan membicarakan perkara yang boleh dibuat pada masa hadapan dengan mengambil pengajaran dari masa lepas….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..HAZMAN vs FOOD – Restoran CHAWAN Citta Mall Subang
ermm….saya setuju ngan entri ni paling suka pasal kedekut.btl la kedekut ni lama2 mmg leh jd senang n pas tu kaya.tp dlm kes kedekut ni biasa kedekut pada benda yg rasa x berfaedah…..
saya setuju pasal kedekut pada yg x berfaedah tu , tapi x kedekut untuk perkara yg penting mcm keperluan.. kehendak bolek ketepikan dulu
Curahan rasa Feetri Mahadzir @ ..SENARAI PESERTA PENCARI BLOGLIST 2014 BY FeetriMahadzir.com
Comments are closed.