Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.
Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.
Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.
Kedekut
Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.
Berjimat Cermat
Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.
Suka Memberi
Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.
Banyak Sumber Pendapatan
Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV.
Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.
Ilmu
Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.
[box type=”shadow”]Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. – Tun Dr. Mahathir Mohamad [/box]
Disiplin
Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan.
Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.
Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka.
Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.
Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.
182 Comments
Ramai orang kita yang fobia dan stereotype terhadap org kaya.Mereka fikir,semua orang kaya itu jahat,kaki tindas,kaki kroni dan sebagainya.Pemikiran sebegini la yang menyebabkan org melayu kita gagal kuasai ekonomi negara.Islam tidak melarang umatnya menjadi kaya raya seperti sahabat nabi,abdurrahman auf..Cuma,Islam larang apabila harta kekayaan dikumpul tanpa diagihkan kejalan yang betul.
Curahan rasa Khairi Waszap @ ..5 Gaya Pemikiran Hebat Orang Kaya
sebenarnya ada, tapi ramai yang terpengaruh dari drama2 melayu yang kalau kaya mesti jahat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sentiasa ingat tiada kejayaan tanpa usaha, Yang malas akan tertinggal , yang rajin akan menerima imbuhan.
Curahan rasa kizmyself @ ..RM2.25 Je Lagi
Klau aku kaya , hari2x hari raya
haha.. saja nak ucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin
Curahan rasa Feetri Mahadzir @ ..SENARAI PESERTA PENCARI BLOGLIST 2014 BY FeetriMahadzir.com
disiplin kewangan kena ada. tidak tu , sekejap je duit boleh habis.
realiti di Malaysia, sekolah-sekolah tidak mengajar cara untuk menguruskan kewangan
Rasanya ada seperti program buku simpanan, cuma impaknya belum menampakkan kesan yang ketara.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Orang kaya kekal kaya dengan hidup seperti mereka pokai
Orang miskin kekal miskin kerana mereka hidup seperti orang kaya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Beli Tudung Online Koleksi Labuh Bidang 60 Inspirasi Hana
tapi ada jugak org kaya yang boros dan si miskin x boros , btol x ?
Curahan rasa Feetri Mahadzir @ ..SENARAI PESERTA PENCARI BLOGLIST 2014 BY FeetriMahadzir.com
kaya, boros tapi sentiase bersedekah dan berusaha tanpa henti. ada positif dan negatif
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tak semestinya kedekut boleh kaya….tetapi kalau boros memang cepat miskin lak pulak
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
kalau boros dah sah-sah takkan boleh kaya…
kita kena pandai urus kewangan. disiplin itu penting
Kedekut yang dimaksudkan sini mungkin berkira apabila membeli produk atau apa yang berkaitan dengan duit.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Contohnya, perkara kehendak dan kemahuan, sudah tentu kita perlu limitkan kemahuan agar duit dapat dijimatkan untuk kegunaan benda lain yang lebih baik.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Tapi kalau kedekut yang dah tahap haji bakhil tu rasanya memang tak jalanlah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Banyakkan sedekah dan memberi, in sha ALLAH Dia akan tambahkan rezeki kita.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Kedekut tu point yang paling penting.. pernah gak tanya pasal nih, diorang cakap, ‘Kalau tak kedekut macamana nak kaya”. Every cent count..
nak kedekut kenalah ada masa dan situasinya.
kalau kedekut sangat, sampai dengan adik beradik pun tak boleh tolong , risau gak tu!
Saya sokong tips no 1 – Kedekut dan no 6 – disiplin. Dulu waktu saya bekerja, seronok je keluar duit untuk macam-macam. Bila berhenti kerja ni, semue benda kene kedekut. Disiplin memang kene kuat. Kalau tak kuat memang ke laut la jawabnya.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
memang tidak dinafikan untuk menjadi kaya,,,soal pengurusan wang amat penting sekali!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
nampaknya pengalaman hidup telah mengajar banyak erti kepada saudara.
bagus, everything happens for a reason kan?
Berkongsi harta dengan mereka yang tersayang sudah pasti menjadi sesuatu yang indah dan manis. Masha Allah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Itulah. Kena tahu rancang duit, jangan terlebih consume, nanti dah pokai susah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Tak jatuh miskin pun kalau kita bersedekah, malah diri kita akan menjadi lebih kaya. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
kaya tidak semestinya dalam wang ringgit..kesihatan dan anak pinak juga ada nilai untuk kekayaan diri
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tokoh Ilmuan Islam Terhebat Dunia
Yang penting akhlak diri kita juga haruslah kaya.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
kaya sealu ditafsirkan sebagai banyak duit.
kaya kesihatan juga merupakan blessing daripada ALLAH kepada ktia 🙂
lagi satu kita perlu jugak tambahkan KAYA dalam beribadah , beramal .. tambah2 di bulan mulia ni 🙂
Curahan rasa Feetri Mahadzir @ ..SENARAI PESERTA PENCARI BLOGLIST 2014 BY FeetriMahadzir.com
Benar, saya suka dengan point bersedekah dengan memberi itu. Sama seperti tagline blog Tuan. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
yang miskin perlu lah berusaha lebih keras untuk memajukan diri.
dan yang kaya tu kena ingat.. kesenanan ni jugak dugaan dari ALLAH. perlu banyak bersedekah, jangan riak dan kekalkan prestasi.
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
biasa dok perati org kaya yg kaya dr usaha sedari awal, mereka lebih memahami erti setiap sen..even seposen po diorg akan berfikir 2,3 kali
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Kan, bukan nak berkira, tapi kesederhanaan itu penting untuk menjadi kaya. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
makasih infonya gan , selamat siang ,.
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Hati @ ..Cara Menyembuhkan Kanker Hati
Berbahagialah hari ini, saat kita masih dapat berbuat sesuatu untuk kebaikan. Mungkin esok kesempatan itu sudah tidak ada. Jangan tunda sampai besok apa yang bisa kita lakukan hari ini.
Comments are closed.