Cepat sangat belanja macam orang kaya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca kisah bagaimana  orang melayu perlu ada disiplin untuk berjaya dlm ekonomi yang dikongsikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang sangat terkenal di seluruh dunia yang telah membawa Malaysia ke tahap yang jauh berbeza berbanding dengan negara-negara jiran.

Hayati kata-kata beliau :

Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Bekas Perdana Menteri malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Beliau berkata melalui aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga.

“Selain memiliki ilmu yang baik dalam ekonomi, sifat rajin berusaha juga perlu diutamakan agar mampu mengurus sesuatu perbelanjaan. “Kita jaga banyak mana boleh belanja, banyak mana peroleh, banyak mana boleh guna, banyak mana nak labur lagi, kalau kita sabar, tidak tamak, tidak cepat sangat belanja macam orang kaya, saya ingat kita boleh berjaya” katanya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad - Sumber Google

Sebagai seorang usahawan kecil-kecilan aku memang tertarik dengan nasihat Tun Dr. Mahathir ini kerana kebanyakan kegagalan orang Melayu untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah kerana kurang disiplin dan tidak mahir menguruskan perbelanjaan. Semua usahawan yang berjaya tak kira apa bangsa pasti mempunyai DISIPLIN DIRI yang sangat tinggi. Tanpa disiplin jangan harap akan berjaya dalam kerjaya atau bisnis. Jadi pengajaran yang boleh diambil untuk berjaya menjadi Blogger yang berjaya juga mesti ada disiplin diri yang tinggi selain pandai SEO.

Aku juga tertarik dengan nasihat beliau “tidak cepat sangat belanja macam orang kaya“. Ini juga penyakit yang selalu melanda ramai orang Melayu yang menyebabkan kegagalan dalam bisnis. Berbelanja lebih daripada keperluan dan berbelanja lebih daripada kemampuan hanya kerana nak menjadi macam orang kaya. Aku sangat berterima kasih kepada tuan guru yang dari awal telah mengingatkan aku untuk tidak menukarkan kereta Wira yang ketika itu aku gunakan walaupun ketika itu bisnis sangat baik. Majoriti kawan-kawan yang berbelanja melebihi daripada keperluan dan kemampuan seperti berkereta jenama mahal dan berbelanja barangan berjenama mahal berakhir dengan kegagalan dan terpaksa mencari kerja kembali dan takut untuk berbisnis lagi. Bukan bisnis itu yang salah tetapi diri sendiri yang tiada disiplin itu yang salah.

Aku melihat sendiri di depan mata bagaimana ramai sahabat yang dahulu orang biasa tapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh berjaya menjadi Jutawan tetapi akhirnya jadi semula orang biasa kerana kurang disiplin diri dan gagal menguruskan perbelanjaan dengan cara yang bijak.

Kepada rakan-rakan yang sedang membina kejayaan hayatilah nasihat Tun Dr. Mahathir dan jadikan sebagai panduan untuk menjadi ushawan yang berjaya dan paling penting dapat membantu orang lain tak kira apa bangsa juga berjaya seperti kejayaan yang telah kita kecapi. Kita mengambil masa bertahun-tahun membina kejayaan tetapi boleh runtuh sekelip mata kerana selagi duit dalam kocek dan akaun bank walaupun atas nama kita itu masih bukan hak kita. Pelik tapi benar, wang hanya milik kita apabila kita infaq dan sedekahkan kepada yang memerlukan dan inilah kunci yang akan menjaga kejayaan kita.


Spread the love

108 Comments

  1. Jenis sifat bangsa melayu ni tak reti sabar dan boros.

    Macam saya juga nak saving money jadi tak reti. Ada duit, macam-macam dia nak beli

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!