Mark Zuckerberg billionaire kahwin simple je

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, IPO Facebook tidak naik seperti yang diharapkan pada hari pertama penyenaraian di NASDAQ pada 18/5/2012. Harga saham Facebook naik setinggi USD43 dan ditutup pada USD38.23 pada hari pertama berbarding harga offer USD38. Mengikut Bloomberg sebanyak 82,000,000 saham terjual dalam masa 30 saat pertama dan lebih 100 juta saham terjual pada 5 minit pertama. Modal Facebook meningkat USD13.7 billion setelah disenaraikan di NASDAQ.

Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan

Walaupun hari pertama harga penutup saham Facebook tidak boleh menewaskan harga saham Google pada hari pertama tetapi dijangkakan harganya akan melonjak tinggi dalam tempoh terdekat. Memang beruntunglah kepada yang telah mempunyai saham Facebook.

Mack Zuckerberg yang baru menjadi billionaire setelah menyenaraikan Facebook di NASDAQ telah melansungkan perkahwinan sehari selepas penyenaraian saham. Mark Zuckerberg telah melansungkan perkahwinan dengan rakan wanita lamanya Priscilla Chan dalam majlis yang ringkas. Selalu gitu Billionaire memang hidup cara sederhana seperti Syed Mokthar Al-Bukhary dan Waffen Buffet. Banyak kejadian orang yang berbelanja lebih daripada kemampuan hanya kerana nak menunjuk majlis perkahwinan gah untuk tatapan jemputan. Tidak kurang juga ramai manusia yang hidup mewah lebih daripada kemampuan sehingga hutang keliling pinggang dan muflis kerana hutang kredit kad.

Banyak yang kita boleh belajar daripada Mark Zuckerberg teknik dan strategi bisnis untuk berjaya kalau tidak seperti beliau setidak-tidaknya mencontohi beliau.


Spread the love

252 Comments

  1. kalau berjuta2 kos kahwin,tapi usia perkahwinan tidak lama adalah malang tapi belanja besar hingga ratusan ribu ringgit,rasanya PEMBAZIRAN..

            1. Menurut The Telegraph, Priscilla dan Zuckerberg bertemu pertama kali di almamater mereka, Harvard University, sembilan tahun lalu. Saat itu mereka sedang menghadiri sebuah pesta, dan berkenalan saat sedang antre untuk menggunakan toilet. Priscilla kemudian lulus dari Harvard tahun 2007 sedangkan Zuckerberg memilih drop-out tahun 2004 untuk membangun Facebook.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Corat-Coret Usai Pengumuman Ujian Nasional adalah Budaya KebablasanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!