Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.
Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.
Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.
Kedekut
Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.
Berjimat Cermat
Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.
Suka Memberi
Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.
Banyak Sumber Pendapatan
Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV.
Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.
Ilmu
Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.
[box type=”shadow”]Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. – Tun Dr. Mahathir Mohamad [/box]
Disiplin
Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan.
Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.
Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka.
Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.
Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.
182 Comments
kalau orang kaya banyak sangat duit, boleh beli blog abangensem.. kan…
Curahan rasa KiD @ ..RM200K untuk Blog Abangensem.com
Selalunya orang yang betul-betul kaya,kita nampak simple jer, yang tak berapa nak kaya tu terpaksa show off nak tunjukkan kekayaan.
Curahan rasa myliferia @ ..Rahsia Kulit Cantik Berseri
Setuju dengan apa yang dikongsi… Biasanya orang yang kaya raya nih lebih berjimat cermat dan merancang perbelanjaan dengan berhemah.
Yang belum kaya pula suka berlagak macam kaya dan membazir di sana sini…
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Muslim Niaga | Platform Bisnes Dropship Islamik
Kalau nak tahu siapa yang paling kaya di dunia sekarang. Boleh tengok perkongsian dari saya. 🙂
Curahan rasa TrendViral.my @ ..10 Individu Terkaya Dunia 2014. Siapa Paling Berharta?
Setuju sangat, nak jadi kaya sentiasa suka memberi. Beli 2 percuma 1. itu pun dah cukup buatkan pembeli kita gembira dengan produk kita, long term strategy kena la sentiasa tambat pengguna. InsyaAllah sekarang cuba mempelbagaikan sumber pendapatan..
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Habis Belajar Menganggur, Limpahan Rezeki Tak Ada Ker?
saya setuju dengan sifat suka memberi tu, lebih banyak kita memberi insyaAllah lebih banyak juga rezeki yang kita bakal terima nanti
Curahan rasa internship malaysia @ ..Malaysia Airports Internship Program
This Is What Women Really Want !! => KLIK HERE !!
Curahan rasa aleya @ ..‘ MANTAP BRO ‘ – Rahsia Jadi Lelaki Sebenar !!
Beza hanya macam mana cara kita berfikir. Kalau berfikir kearah perabih harta, maka cepatlah dia habis. 🙂
Curahan rasa TrendViral.my @ ..[WTF] Jalan Penuh Dengan Kedai Tiruan. Hanya Di China.
Betul juga tu. Cara berfikir dan cara bertindak. itu bezanyakan?
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Teknik Tidur Cara Pro!
Kena belajar hidup sederhana dan berjimat cermat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang
Sederhana pasti kita aman tenang =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Bayaran Komisen Pertama Ashadee 2014
semoga bermanfaat info ini insyallah 🙂
Curahan rasa Farid Laham @ ..Okinawa Tempat Terbaik Untuk Melancong
Betul tu. boleh dijadikan panduan untuk kita semua.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang
setuju…paling tidak, dapat kita buat ukuran di badan sendiri =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Bayaran Komisen Pertama Ashadee 2014
betul tu.. kena ada azam nak jadi kaya.. tapi bila kaya jangan asik pikir perut sendiri je
Curahan rasa zool @ ..Chong Wei tidak letak sasaran di All-England
Mula-mula berazam untuk berjaya. Lepas tu kekayaan akan datang sedikit demi sedikit.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang
konsep bahawa Allah Maha Pemurah pada semua hamba-hambaNya
Betul tu. Rahmat Allah sentiasa bersama hambanya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang
Itulah rahsia sebenar mereka-mereka yg berjaya. Nak tiru macam merekalah… Terima kasih tuan sudi berkongsi rahsia mereka pada kami semua.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..H12 Media Beri Anda Income Lumayan Dan Cara Daftar
Nanti saya akan cuba tips ini. hihi. kalau aku kayaa wuooo
Curahan rasa shasha yacob @ ..Budak 4 Tahun Di Jumpai bersendirian merentasi padang pasir
in sha allah akan cuba tambah rezeki yang ada
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Moment Penting Arsenal 2-1 Liverpool
Comments are closed.