Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa yang tak berangan menjadi kaya kalau tidak tak kan keluar lagu kalau aku kaya. Memang macam-macam yang kita angan-angankan apabila menjadi kaya. Kaya ini ujian juga malah lebih besar daripada ujian menjadi miskin. Kaya menjadi manusia leka dan miskin menjadi manusia kufur sebab itu dalam Islam yang terbaik adalah bersederhana tetapi Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya raya.
Teringat kisah sahabat Nabi Saidina Abu Bakar a.s yang kaya raya telah memberi segala harta bendanya untuk perjuangan agama sehingga yang tinggal hanya dua iaitu Allah dan Rasulullah. Tunduk malu bila mengenangkan kerana aku yang harta sedikit tak mampu melakukan perjuangan memberi kepada agama seperti para sahabat. Memberi kepada agama dan masyarakat adalah antara rahsia mengapa orang kaya menjadi bertambah kaya.
Alhamdulillah baru-baru ini senarai 10 orang terkaya Malaysia 2014 telah dikeluarkan dan buat pertama kali 3 individu Islam telah disenaraikan. Senarai 10 individu terkaya Malaysia 2014 ini adalah berdasarkan jumlah pegangan saham di Bursa Malaysia sehingga 18 Januari 2014. Tiga billionaire Melayu 2014 yang tersenarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim. Aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia dan inilah pertama kali tiga usahawan Melayu tersenarai dalam top 10. Tahniah kepada ketiga-tiga Bilionaire Melayu kerana bukan mudah nak memecahkan monopoli usahawan cina.
[box type=”shadow”]Senarai 10 Individu Terkaya Malaysia 2014
- Robert Kuok RM54.48b
- Ananda Krishnan RM33.19b
- Tan Sri Teh Hong Piow RM18.07b
- Tan Sri Queck Leng Chan RM14.11b
- Tan Sri Lee Shin Cheng RM13.12b
- Tan Sri Mokhtar RM11.07b
- Tan Sri Lim Kok Thay RM9.43b
- Puan Lim Kim Hoa RM7.47b
- Datuk Mokhzani RM4.22b
- Tan Sri Azman Hashim RM4.11b [/box]
Berbanding dengan senarai untuk 10 orang terkaya Malaysia 2013 memang terdapat peningkatan jumlah harta terkumpul untuk semua 10 jutawan Malaysia yang disenaraikan di atas. Perbezaan ini disebabkan suasana pasaran saham yang baik dengan angka index pasaran Bursa Malaysia terus melonjak.
Yang tak sedap telinga apabila ada di kalangan orang kita mencebik pada tiga Billionaire Melayu dengan perkataan kronis. Nak menyebut perkataan kronis hanya sekadar kerana ada pemimpin politik menuduh kronis memang mudah tetapi kalau ditakdirkan kita diberi projek kronis adakah mampu untuk kita menguruskan sehingga menjadi antara Billionaire Malaysia. Pasti ada kehebatan peribadi pada usahawan-usahawan ini sehingga mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Billionaire Cina dan India. Sedih kekadang apabila Melayu berjaya ada sahaja salah dan silap yang dikorek tetapi kalau bangsa lain semuanya yang terbaik dan paling sedih yang mengutuk itu bangsanya sendiri.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini
Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]
Sampai bila agaknya budaya hasad dengki Melayu akan terus menjadi permainan kehidupan mungkin sehingga bangsa Melayu pupus ditelan zaman. Selagi ada dunia selagi ada kerajaan selagi itu ada kronis tak kira siapa yang memerintah jadi jangan biarkan kita terpedaya dengan mainan orang ketiga yang suka melihat Melayu miskin.
104 Comments
senarai orang terkaya 2015 sudah keluar ke belum..nak tengok juga ada perubahan tak dari segi ranking tu
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
hebatlah mereka..berpeluang menjadi orang kaya memang menjadi impian kebanyakan orang..tetapi nak jadi billioair tu memang memerlukan perniagaan yang memang berkembang pesat
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
setiap tahun golongan terkaya hanya terdiri dari orang cina haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
woaaa . Bukan mudah untuk capai sampai tahap tuh . Mesti banyak dugaan tuh . Tengok pon dah xberkelip . Banyak betul hasilnya >.<
Curahan rasa Cikk Mira @ ..Portfolio : Fyra , The Travelover
tulah hasil diorg yang mereka memang tak sangka akan jadi billionaire dengan hasil titik peluh mereka sendiri
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
Mereka berjaya bukan senang senang. Sudah pasti usaha yang mereka lakukan untuk berjaya sangat tinggi.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
setiap kejayaan bermula dari bawah kan. sapa tahu apa yg mrk tempuhi dulu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga tahun 2015 akan tersenarai lagi orang melayu dalam top 10 orang terkaya di Malaysia
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Fuhhhh…bestnya jadi kaya…Robert Kuok dengan hartanya RM54.48 bilion tu, 10 keturunan pun mesti tidak habis…
Curahan rasa Vander Good @ ..Walaupun sibuk hati tetap gembira
hahaha..kalau kita ada duit camtu memang terkelu lidah..sampai kentut pun tak sedar..banyak sangat duit
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Hahaha….sampai begitu ya…hihi…harap-harap duit sebanyak tu adalah disumbangkan untuk tujuan amal kan… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
mejoritynya di kuasai oleh orang cina, diharap orang melayu dapat berusaha lebih kuat lagi..biarlah kaya secara beriman..
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
kita pun orang melayu..so..marilah usaha untuk menceburi bidang perniagaan kalau ada peluang dan modal
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
kalau tengok dari list, berapa org je melayu. semoga melayu terus berusaha DARI BAWAH
Orang melayu paling setakat carta tu bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.Memang respect kat beliau..kaya yang pemurah.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
tengok duit diorang ribu riban,bila la ana nak serupa tu ya..bukan senang nak hidup serupa diorang kerja siang malam baru dapat duit berkepuk2 kan..kena rajin berusaha n hidup susah dulu kan.
Curahan rasa adna2029 @ ..Baju Menutup Aurat Di SweetMuslimah
wah…banyak syok bila dah jadi kaya dan banyak tanggungjawab bila dah jadi kaya. jadilah orang kaya yang beriman
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Yang kaya bertambah2 kaya…semuanya meningkat pada tahun ini. Mujurlah ada terselit 3 melayu disitu.
Teringin juga termasuk dalam senarai tapi dalam senarai terkaya dari segi amal dan pahala… 🙂
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
kekayaan banyak ditakluki oleh kaum Cina. Alhamdulillah kaum melayu islam mampu berada dalam senarai individu terkaya ni. Mudah mudahan akan lebih ramai turut serta.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Header Blog Lea Azleeya
melayu ramai juga yang kaya tapi kebanyakkannya silent millionaire. sebab tak menunjuk
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
jutawan senyap melayu makin ramai kot..senyap-senyap je pakai ferarri la..lambungjini la..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Comments are closed.