P1 Wimax tak boleh harap betul ke

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kebelakangan ini banyak pulak nampak status negatif kisah P1 Wimax yang menipu pelanggan sehingga terwujudnya group FB “P1 Wimax Sucks“. Sebelum ini ada juga terbaca kisah blogger Azman Ishak bawa kes P1 Wimax ke tribunal. Yang terbaru khabarnya ramai pengguna P1 Wimax yang tersangkut nama dalam senarai CTOS akibat bil tertangguh dan majoriti tak bayar kerana tak gembira dengan perkhidmatan yang di beri bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Patutlah gerai P1 Wimax kat The Mines tu dah sunyi sepi sahaja.

gambar pelanggan P1 mengamuk

Blog Denaihati pun ada kisah dengan P1 Wimax yang dah terpendam lebih setahun. Perkenalan dengan P1 Wimax bermula apabila Jaws Ismail berjaya meyakinkan rakannya yang ketika itu bekerja dengan P1 Wimax untuk menaja line internet untuk seminar wordpress dan majlis sepetang bersama blogger 2012. Hubungan dengan P1 Wimax tidak tamat setakat itu seterusnya team Denaihati berjaya membantu mengumpulkan ramai rakan blogger untuk beberapa majlis dan review produk P1 Wimax TANPA APA-APA BAYARAN. Antara projek yang kami bantu adalah projek “P1 MiFi internet 4G dimana sahaja” bersama rakan blogger yang lain.

[box type=”shadow”]P1 juga meminta bantuan mencari beberapa orang blogger yang selalu berkerjasama dengan Denaihati Network untuk menjadi peserta dalam program seeding MiFi. Secara keseluruhannya, 15 orang blogger telah dipilih oleh pihak P1 untuk menyertai program ini – petikan dari entri “P1 MiFi tukar tak tukar” [/box]

Setelah membantu mencari rakan blogger untuk beberapa projek P1 Wimax tanpa meminta apa-apa bayaran rasanya tak salah untuk meminta tajaan di majlis sepetang bersama blogger 2013. Tapi malangnya surat yang dikirimkan kepada P1 Wimax bukan sahaja tidak mendapat balasan malah menjadi isu diperingkat pengurusan P1 Wimax. Mungkin P1 Wimax dah terasa terlalu hebat maka rakan blogger yang dahulunya membantu mereka tanpa bayaran dipandang sepi tanpa harga. Mungkin mereka belum tahu kuasa pengguna dalam dunia online tanpa batas boleh meruntuhkan perniagaan walaupun sebesar mana.

[box type=”shadow”]Perhatian Kepada Semua Ahli Group Sila Baca & Tolong Kasi Bump/ Up / Komen / Like Dan Sewaktu Dengannya Pada Semua Post-Post Penting Oleh Admin Di Bawah Ini.. Ini Bertujuan Agar Anda Memahami Erti Sebenar Sumpah Seranah Kepada Pihak P1 Dan Langkah-Langkah Penyelesaian.. Kalau Ada Lagi Pos Yang Dirasakan Penting Minta Admin Tambah Yer.. Macih.. Group FB P1 Sucks  [/box]

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku kepada P1 Wimax adakah boleh bertahan atau hilang ditelan gelombang ganas kerana kesilapan sendiri. Jika anda pun ada cerita duka dengan P1 sila kongsikan dan jangan lupa sebarkan mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang bermasalah seperti entri kawan kita ini “Apabila P1 Wimax dinyah ke dalam jamban” memang marah betul ni siap dengan gambar pelanggan P1 mengamuk lagi tu.


Spread the love

153 Comments

  1. Dengar kata, P1 telah dibeli oleh TM, dan antara servis disediakan adalah TM Go ( lebih kurang macam tu la bunyinya).

    Punca masalah P1 ni, mereka terlalu agresif mempromosi, sedangkan infrastruktur dan pencawang mereka masih belum menampung jumlah pelanggan yang terlalu ramai.

    Seharusnya fokus kepada kualiti perkhidmatan supaya kelak tidak menyusahkan pelanggan. Pelanggan setia lebih menguntungkan daripada pelanggan yang sakit hati, batalkan perkhidmatan dan menyebarkan keburukan perkhidmatan P1 kepada kawan-kawan mereka pula.

    Bisnes seharusnya dibina atas dasar menjaga pelanggan dan menjaga kualiti. Bukan kerana terlalu mengejar jumlah jualan sehingga mengorbankan segala-galanya.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

    1. Aku pun dengar tentang TM dah beli wimax, staff TM yg cakap. Dia kata untuk menambah ‘spektrum’ bagi menambah kelajuan internet TM. Maaf aku tak faham sebenarnya apa yg di kata tambah ‘spektrum’untuk kelajuan internet.
      Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.comMy Profile

  2. Jangan langgan p1shit walau sekali pun,kalau dah langgan tu baik terminate betul2,kalau boleh minta hitam putih yang menyatakan tiada kaitan kontrak lagi dengan company penipu ni,aku pernah kena,aku langan benda shit ni tahun 2010 pastu aku terminate bayar semua bil-bil pulang modem,aku ingat dah selesai,tahun 2013 ada pula email sampai tagih bayar bill tertunggak kalau tak nama akan blacklist dan ctos,aku terus gi centre diorg tanya complain bawa jg resit masa terminate dulu bleh pula diorng minta resit pembayaran,punya la aku marah tapi aku cuba settle ngan baik walaupun diorg ni kelentong sana sini ada ja alasan diorang nak tipu,penipu punya company,mahu x mahu aku terpaksa jg bayar,sumpah aku tak halalkan sampai akhirat,pergi mampos la p1 bangsat bankrup

  3. Sy pernah register dgn P1 ni…lau tak silap sy bayar 200-260 ntah….5 hari sy pegang modem wifi mifi dia tu haram xleh pakai pon…sedangkan promosi dia “”wifi dimana saja “”…dan dlm contrak dia tulis akan refund back money kalau perkhidmatan x memuaskan…but dlm masa 7 hari saja…hari keenam sy amik cuti setengah hari utk pergi ke branch utk return balik modem n get back my money..tapi sia2 saja sy pergi n rugi masa n waktu kerja sy…sebab branch tu ttp…hari ke-7 sy ambil masa rehat n pergi sekali lagi…buka..tapi incharge utk kes refund xde plak…hari ke-8 ttp sebab hari ahad…hari ke-9 isnin..sekali lg sy amik cuti utk pergi dptkan balik duit sy…dari pukul 9.30a.m sampai pukul 11a.m sy tgu branch baru buka…masuk je terus sy ckp sy nak return balik modem n terminate perkhidmatan n minta balk duit…diaorg minta resit borang register…sy bg..tapi diorg ckp xleh nak refund balik duit sy sebab dah lebih dari 7 hari…sy cukup marah..darah sy dah menyirap…dgn hati yg sabar sy terangkan keadaan.. kemudian budak counter cakap incharge belom sampai…huh…kemain lagi korang promote masa aku nak register dulu…skg mcm2 masalah..sy hampir nak maki dh..tiba2 keluar seorang dari bahagian dlm premis tu…terus amik alih…suara sy dh tggi baru terhegeh2 keluar…pelik lak sebab awal2 cakap incharge xde…boleh lak muncul tiba2 dari dlm….siap isi form terminated semua…sy serah balik form tu kat counter…boleh diorg amik borang kemudian simpan mcm tu je..n biar sy tercegat mcm org bodoh…last sy tya mana duit sy..baru dia cakap duit akan di bayar melalui cheque..dlm masa 2 minggu cheque akan sampai kat rumah…aikkk..register boleh plak korang amik cash immediately..ni terminate kena tggu 2 minggu utk dpt balik duit n dlm bentuk cheque plak tu…mmg sy sumpah lah dgn P1ni…lastly yg buat sy btl2 bengang dgn diorg ni..cheque sampai ke tangan sy selepas 1bln setengah lepas dari hari terminated…tu pon selepas sy call p sembur amarah sy pada minggu ke-4 sebab sy msih belum dpt cheque tu lagi…
    Sekian kenangan sy dgn P1…tq

  4. Asalammualaikum.sye bekas pngguna p1..line dia memang terok..memang ssah nk lepas kn diri dri maslah p1 ni..cm ni citer nye.sya dh mohon untuk block p1.dn dh pn diluluskan atas sbb2 trtentu.then sya dh byar semua bil2.memang xde hutang dh.then pulang kn modem dorg tu..bila dh pulang..sya ingt dh selesai..sebulan lpas tu dtg bill.check.name.tgk2 account msih ad..sya complain baik.dorg pas2 kn sye kesana sini.smpai la 5 7 bulan x silap..dorg xnk ttop account sye.sye email kn surat ygmnunjukkan yg sya dh pulngkn modem.dorng ckp xde cop.lah ap lah..mne la sye twu bnde tu sume.ble prgi blik tmpat yg sye hntar modem tu.dorg dh xde kt situ.stuck dh kt tgh2..emap.lagi.sye prgi report polis..then polis dh buat kol sume.sye pn dh fax kn report tu..bru dorng nk stop hntar bil..

  5. Sy dah masuk 4@5 bulan dah pakai p1 ne..siyes! Bikin sakit kpla tol ne p1 bha. Dlu tym 1st reg drang ckap sbulan rm99 je. Skali bayar mesti ada lebih. Cth mcm rm150..knon due lr. Tp tym promote teda pla ckap klu lmbt bayar kena due. Bodoh tol ne. Bikin sakit kepala.

  6. Seriously penipuan terang terangan…peranti canggih tapi service mcm toys jugak.sebulan blh guns x sampai 15 hair..slow mnglahkan siput…ada antenna DLM komunity pun selalu troubleshot…last2 masuk ctos…

  7. Assalamualaikum & salam sejahtera..p1 case never end..ada sapa2 blh rekemen mana boleh kite report@aduan untuk tidak dibebani tunggakkan?

  8. aku lg la kene tipu ngan promoter p1,masa nak reg tunjuk kat aku kawasan aku ada liputan tp bl blk umah nak guna xde line,bl call bgtau dorang ckp xblh wat ape2 sbb dlm system kawasan aku ada liputan tp xder pn,nak potong kene byr rm1000.ale uto die..skrg nama dah ctos nak wat loan x lps, p1 mmg gampang…

  9. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pengguna p1 wimax. ..memang betul yg admin kata kan.saya pernah mengalami sakit hati dan jiwa bila menggunakan p1. Saya rasa telah di tipu oleh syarikat p1.
    3 thn saya melanggan tak pernah mendapat perkhidmatan yg memuaskan. Lains lembap dan sukar untuk melayari Internet. Pernah saya letak modem di luar rumah…sama je keadaan nya . apabila diadukan pd khidmat pelanggan…macam2 alasan diberi seperti ramai orang tengah melayari Internet…pencawang baru akan ditambah berhampiran tempat anda.masalah teknikal dan macam2…utk menyakini penggunaan. 3 thn saya bersabar dan akhirnya saya menghentikan langganan dgn p1. SAYA MENYERU KEPADA SESIAPA YANG MASIH BERLANGGAN DGN P1 KLU MEMPUNYAI MASALLAH DENGAN TALIAN LEBIH BAIK BERHENTI MELANGGAN.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!