Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mengimbas kembali entri Ariffshah bertajuk Krisis Di Mesir keadaan sebenar pelajar Malaysia yang telah di retweet sebanyak 662 kali (antara yang retweet terbanyak yang aku tengok untuk entri Bahasa Malaysia) dan share FB sebanyak 6157 telah sedikit sebanyak membuka mata rakyat Malaysia termasuk media masa arus perdana dan arus pakatan. Berbagai blog telah copy paste entri krisis Mesir dengan olahan bahasa tersendiri telah menimbulkan polimik politik. (Biaslah orang politik pasti akan mengambil kesempatan dalam apa juga isu).
Alhamdulillah segalanya telah terjawab, OPS PIRAMID telah dilancarkan untuk membawa pulang Rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir. Semua yang terperangkap telah dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dengan kerjasama ATM, MAS, Airasia, Tabunghaji dan NGO. Kumpulan pertama pelajar Malaysia telah menjejaki kaki di KLIA dengan disambut oleh PM DS Najib Razak dan jemaah kabinet. Kesemua Rakyat Malaysia akan dibawa pulang secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari dengan segala kos ditanggung oleh kerajaan (memang sepatutnya begitulah).
Ramai kawan-kawan FB yang Pro Pakatan mengutuk kerajaan walaupun telah berjaya membawa pulang Rakyat Malaysia melalui Ops Piramid. Aku jawab pada diaorang mudah je “kerja kuat-kuat dan takluklah Putrajaya dan ketika itu Kerajaan Pakatan boleh buat apa yang mereka fikir terbaik”. Sementara ini terima kasih, syukran, makaseh dan thank you kepada Kerajaan kerana telah berjaya membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Ops Piramid mungkin kelihatan senang tetapi bukan sesenang yang kita lihat. Tahniah semua. Terima kasih Allah S.W.T yang memudahkan segalanya.
[ad#nuffnang336]
55 Comments
Semoga piramidnya baik2 saja…,
Curahan rasa wawank @ ..SIRI
Piramidnya memang jauh dari lokasi para demonstran
Mesir hari ini bagaimana.?
Curahan rasa wawank @ ..SIRI
terima kasih kerajaan Malaysia..
harap2 lepas ni turun dengan baik yer.. hehe
alhamdulillah.kita terima ini sebagai suratan.kita doakan jugak agar mesir cepat dpt pengganti yg lebih baik
Curahan rasa indah @ ..Jom Pi Pulak Ke Perkampungan Orang Asli SK RPS Dala- Gerik Siri 3
Alhamdulillah semuanya selamat…
Curahan rasa Shahrulsite @ ..Mampu ke Gelombang Merah
alhamdulillah lah. pelajar malaysia da selamat. tapi ada jugak yang degil tu.
satu kejayaan buat para blogger kerana luahan diblog masing2 mengenai isu pelajar kita di Mesir akhirnya didengar oleh pihak pemerintah…
Curahan rasa Nadri @ ..Dulu Ber-2- Kini Ber-3
alhamdulilah moga selamat sume sahabat2ku di sana pulang ke tanah air
Mesir terkini
Curahan rasa wawank @ ..10 Cara Memperkuat Otak
Selamatkan keluarga di Mesir..!!!
Curahan rasa wawank @ ..10 Cara Memperkuat Otak
Wawank apa kabar nih jom mampir disini tiap hari dapat banyak ilmu
Curahan rasa Berpikir Positif @ ..Study about Time Management
…akhirnya semoga selamat semua warga M’sia dimana pun beradaaaaaaaa…..aminnn
salam semua….akhirnya kerisauan rakyat M’sia terutama keluarga pelajar dapat dikurangkan, apabila melihat ramai anak-anak M’sia yg berada di Mesir dapat balik dgn selamatnya…syukur alhamdulilahhhhhh….Tahniah TUDM,dan semua rakyat M’sia yg sentiasa berdoa akan keselamatan saudara mara dan sahabat nya di mana pun berada….nasib baik M’sia aman…..amin
tahniah kepada malaysia atas kejayaan operasi pemindahan ni, apa apa komen yang negatif tak mematahkan semangat mereka. Kerja yang ikhlas dapat kejayaan dan berkat.
Curahan rasa nuriz @ ..Paris Hilton Masuk Islam Palsu- Check Gambar Ori ke Palsu hehe!!
Hal politik memang saya tak campur tapi bila mesir bergolak, tentulah menjadi tanggungjawab negara untuk membawa pulang semua rakyat ke tempat yang selamat seberapa segera. Tindakan memindahkan ke jeddah dahulu meang tepat. Tahniah pemimpn malaysia
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Kastard Karamel
semoga rakyat malaysia selamat semua hendaknya, tp ada baca akhbar terbaru. ada pelajar yg tak sabar nak pulang kembali ke mesir.
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Harimau Malaya Menewaskan Singa Utara
Jangan pulak ada khabar tentang pelajar malaysia hilang entah kemana
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Kastard Karamel
Comments are closed.