Mesir terkini Ops Piramid suatu kejayaan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mengimbas kembali entri Ariffshah bertajuk Krisis Di Mesir keadaan sebenar pelajar Malaysia yang telah di retweet sebanyak 662 kali (antara yang retweet terbanyak yang aku tengok untuk entri Bahasa Malaysia) dan share FB sebanyak 6157 telah sedikit sebanyak membuka mata rakyat Malaysia termasuk media masa arus perdana dan arus pakatan. Berbagai blog telah copy paste entri krisis Mesir dengan olahan bahasa tersendiri telah menimbulkan polimik politik. (Biaslah orang politik pasti akan mengambil kesempatan dalam apa juga isu).

Alhamdulillah segalanya telah terjawab, OPS PIRAMID telah dilancarkan untuk membawa pulang Rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir. Semua yang terperangkap telah dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dengan kerjasama ATM, MAS, Airasia, Tabunghaji dan NGO. Kumpulan pertama pelajar Malaysia telah menjejaki kaki di KLIA dengan disambut oleh PM DS Najib Razak dan jemaah kabinet. Kesemua Rakyat Malaysia akan dibawa pulang secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari dengan segala kos ditanggung oleh kerajaan (memang sepatutnya begitulah).

Ramai kawan-kawan FB yang Pro Pakatan mengutuk kerajaan walaupun telah berjaya membawa pulang Rakyat Malaysia melalui Ops Piramid. Aku jawab pada diaorang mudah je “kerja kuat-kuat dan takluklah Putrajaya dan ketika itu Kerajaan Pakatan boleh buat apa yang mereka fikir terbaik”. Sementara ini terima kasih, syukran, makaseh dan thank you kepada Kerajaan kerana telah berjaya membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Ops Piramid mungkin kelihatan senang tetapi bukan sesenang yang kita lihat. Tahniah semua. Terima kasih Allah S.W.T yang memudahkan segalanya.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

55 Comments

  1. salam semua….akhirnya kerisauan rakyat M’sia terutama keluarga pelajar dapat dikurangkan, apabila melihat ramai anak-anak M’sia yg berada di Mesir dapat balik dgn selamatnya…syukur alhamdulilahhhhhh….Tahniah TUDM,dan semua rakyat M’sia yg sentiasa berdoa akan keselamatan saudara mara dan sahabat nya di mana pun berada….nasib baik M’sia aman…..amin

  2. Hal politik memang saya tak campur tapi bila mesir bergolak, tentulah menjadi tanggungjawab negara untuk membawa pulang semua rakyat ke tempat yang selamat seberapa segera. Tindakan memindahkan ke jeddah dahulu meang tepat. Tahniah pemimpn malaysia
    Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Kastard KaramelMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!