Blogger Yang Tersepit

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa kabar semua? Beberapa hari ini sibuk dengan urusan dunia dan peribadi. Baru kembali dari Siem Reap, Kemboja dalam rangka lawatan kerja selama 2 hari. Alhamdulillah projek ternak lembu dan beberapa projek kecil yang lain di Kemboja berjalan seperti yang dirancang. Semuga usaha kecil kami ini dapat membantu ekonomi Umat Islam Kemboja yang hidup dalam tersepit.

Petang ni baru sempat santai beronline dan terus terjah projek baru AzmanIshak Kakikomplen.com dah singgah ke? Aku tertarik dengan beberapa entri beberapa blog dengan tajuk yang sama “Blogger Yang Tersepit“. Rupanya ini projek santai blogger hebat Rohaizad yang mencabar blogger untuk menulis entri dengan tajuk yang sama “Blogger Yang tersepit” dan hanya boleh diterbitkan pada 2 Ogos 2010 sebelum jam 12.00 tengah malam.

Ladang lembu di Kemboja

Ketika aku menulis ini sudah ada 20 blogger menyahut cabaran telah menulis entri bertajuk “Blogger yang tersepit“. Macam-macam cerita dan kisah yang menarik telah diceritakan oleh kesemua blogger yang hebat belaka. Oleh kerana masa semakin suntuk memang susah untuk mencari idea kisah aku sebagai blogger yang tersepit. Tersepit pintu pernahlah memang sakit hampir tercabut kuku jari aku dibuatnya.

Dapur rumah warga miskin Islam Kemboja

Yang masih berlegar-legar di minda ini adalah kehidupan Umat Islam Kemboja yang sungguh tersepit ekonominya. Orang tua berkata “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” tetapi peribahasa ini tidak sesuai untuk umat Islam Kemboja. Peribahasa yang paling sesuai “Kais pagi dan petang makan semalam“. Begitulah tersepitnya kehidupan umat Islam di Kemboja sehingga apabila difikirkan tiada ruang untuk kita menjadi blogger yang tersepit kerana dilimpah dengan berbagai rezeki yang melimpah ruah.

Tersepit kita tidak akan sama begitu tersepitnya kehidupan Umat Islam Kemboja yang hanya 500 ribu daripada 14 juta penduduk Kemboja tanpa apa-apa subsidi dan peluang perkerjaan daripada kerajaan. Bersyukurlah kita dengan apa yang ada dan jangan lupa menberi biarlah beberapa sen kepada mereka yang memerlukan dan pada yang mampu boleh mengerjakan kurban di Kemboja melalui eQurban.com.

Terima kasih kepada Blogger Rohaizad yang sudi memberi peluang kepada kami untuk berkongsi luahan hati dengan tajuk yang menarik “Blogger Yang Tersepit”.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

133 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!