Mesir terkini Ops Piramid suatu kejayaan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mengimbas kembali entri Ariffshah bertajuk Krisis Di Mesir keadaan sebenar pelajar Malaysia yang telah di retweet sebanyak 662 kali (antara yang retweet terbanyak yang aku tengok untuk entri Bahasa Malaysia) dan share FB sebanyak 6157 telah sedikit sebanyak membuka mata rakyat Malaysia termasuk media masa arus perdana dan arus pakatan. Berbagai blog telah copy paste entri krisis Mesir dengan olahan bahasa tersendiri telah menimbulkan polimik politik. (Biaslah orang politik pasti akan mengambil kesempatan dalam apa juga isu).

Alhamdulillah segalanya telah terjawab, OPS PIRAMID telah dilancarkan untuk membawa pulang Rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir. Semua yang terperangkap telah dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dengan kerjasama ATM, MAS, Airasia, Tabunghaji dan NGO. Kumpulan pertama pelajar Malaysia telah menjejaki kaki di KLIA dengan disambut oleh PM DS Najib Razak dan jemaah kabinet. Kesemua Rakyat Malaysia akan dibawa pulang secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari dengan segala kos ditanggung oleh kerajaan (memang sepatutnya begitulah).

Ramai kawan-kawan FB yang Pro Pakatan mengutuk kerajaan walaupun telah berjaya membawa pulang Rakyat Malaysia melalui Ops Piramid. Aku jawab pada diaorang mudah je “kerja kuat-kuat dan takluklah Putrajaya dan ketika itu Kerajaan Pakatan boleh buat apa yang mereka fikir terbaik”. Sementara ini terima kasih, syukran, makaseh dan thank you kepada Kerajaan kerana telah berjaya membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Ops Piramid mungkin kelihatan senang tetapi bukan sesenang yang kita lihat. Tahniah semua. Terima kasih Allah S.W.T yang memudahkan segalanya.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

55 Comments

    1. Piramid ke Sphinx apa pun namanya tak penting.. yang penting usaha membawa pulang tu.. alhamdulillah ramai yang telah selamat kembali ke Malaysia

  1. tahniah kerajaan, yang penting nyawa pelajar pelajar kita selamat, kalau dah nama politik nie, ada je isu nak dipolitikkan

  2. Alhamdulillah, semoga semuanya selamat. i’Allah.

    Berkaitan dengan hal politik pula, kadang2 aku juga tidak faham di dalam keadaan begini sempat lagi mereka berpolitik (tidak kira pemerintah/pembangkang). Sepatutnya waktu ini adalah masa untuk bekerjasama. Apa yang penting..kerjasama. 🙂

    Apa yang salah, kita tegur. Jika betul, apa salahnya jika kita terimanya.
    Curahan rasa Hadi Rofiee @ ..Semangat yang hilangMy Profile

    1. betul laa…yang penting dalam operasi ni semua selamat dan mereka yang telah mengutuk kerajaan seharusnya fikir adakah mereka itu mampu buat seperti kerajaan lakukan.

    2. yes betul semuanya di tanggung oleh kerajaan, Tahniah juga pada semua yang terlibat dalam misi ops piramid ini, seronok tgk pelajar malaysia yang dah berjaya sampai ke tahan air dengan selamat, inysaallah mudahan segala perjalanan dan urusan mereka2 yang masih berada di jeddah dan mesir berada dalam keadaan selamat…amin 🙂
      Curahan rasa yanmie @ ..Cara ajar anak tidur asing dari ibubapaMy Profile

  3. biasalah tu, dalam kes ni aku nampak memang power betul twitter, facebook dan blog. Kerajaan boleh juga improve dalam hal ini sebenarnya. Plan evacuation untuk rakyat Malaysia di luar sana memang patut ada. Supaya senang untk bertindak lain kali.
    Curahan rasa zuls @ ..Inspiring Post On Focus by RK Potter!My Profile

  4. Lega sangat rasanya bila dengar kerajaan akan membawa balik kesemua rakyat Malaysia balik ke tanahair. Biarpun lambat tapi sekurang-kurangnya semua balik dengan selamat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!