Mesir terkini runtuhnya sebuah Dinasti

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Terkini Dari Mesir :

21/8/13 : Bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat ini selepas seorang pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atasnya – sumber

21/8/13 : Ketika Dataran Al-Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera yang juga Timbalan Perdana Menteri 1 kerajaan sementara  Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain – sumber

21/8/13 : Proses membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir akan menggunakan pesawat komersial memandangkan penggunaan pesawat tentera akan membabitkan masalah logistik, selain memerlukan kos yang tinggi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, proses berkenaan sudah bermula malam tadi dengan membuat tempahan tiket penerbangan komersial untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir melalui Amman, Jordan, Istanbul dan Turki – Sumber

17/8 : Sebahagian besar pemimpin Arab menyokong keganasan yang dilakukan pihak berkuasa keselamatan Mesir terhadap penyokong Ikhwanul Muslimin. Tindakan itu dipercayai kerana bimbang pengaruh kumpulan Islam itu yang kian berkembang sejak Revolusi Arab mengancam kuasa mereka, kata penganalisis. – Sumber

17/8 : Amir Al Qaeda, Syeikh Ayman az-Zawahiri hafidzahullah mengatakan bahwa Amerika telah bersekongkol dengan militer Mesir, sekularis dan kaum Kristen untuk menggulingkan presiden Muhammad Mursi. – Sumber

15/8 : Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir, supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai – sumber

15/8 : Sehingga awal malam tadi sekurang-kurangnya 124 orang terbunuh selepas pasukan keselamatan menyuraikan penunjuk perasaan yang berkubu di dua tempat utama di Kaherah – sumber

15/8 : Naib Presiden Mesir yang juga pemimpin pro-reformasi, Mohamed ElBaradei meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menggempur dua kem penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi yang mencetuskan tragedi berdarah – sumber

9. Seramai 35 orang penyokong bekas Presiden itu maut ditembak ketika sedang menunaikan sembahyang subuh di kawasan terbuka berhampiran dengan Masjid Rabaa Adawia yang menjadi lokasi penyokong Mohammed Mursi berhimpun – sumber

8. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki – sumber

7. Situasi di Mesir terus berada dalam keadaan tegang dengan pertempuran terbaharu antara penyokong pro dan anti-Mursi serta tentera menyebabkan sekurang-kurangnya 36 orang maut, semalam – sumber

6. Pergerakan Ikhwan Muslimin hari ini berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi – sumber

5. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya sekali lagi bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu terus bergolak – sumber

4. Penunjuk perasaan bergembira di pelbagai pelosok Kaherah sambil melaungkan slogan protentera dan meletupkan bunga api selepas tentera menggantung perlembagaan dan menggulingkan Presiden Mohamed Morsi awal pagi ini – sumber

3. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera – sumber

2. Presiden Barack Obama berkata beliau sudah mengarahkan pentadbiran Rumah Putih mengkaji semula bantuan luar Amerika Syarikat (AS) ke atas Mesir selepas tentera kerajaan menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, hari ini – sumber

1. Raja Abdullah hari ini menghantar mesej tahniah kepada Presiden sementara Mesir, Adly Mansour, dan menyifatkan pelantikan itu adalah wajar ketika negara terbabit berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita Arab, SPA – sumber

————————————————————————–

Alhamdulillah jeritan blogger kepada DS Najib Razak melalui beribu-ribu blog entri, tweet dan FB share telah didengari dan kerajaan telah bersetuju menghantar kapal laut TLDM untuk memindahkan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam revolusi rakyat Mesir. Entri Mesir keadaan terkini Rakyat Malaysia kritikal mendapat 36 retweet dan 348 FB share,terimakasih semua.

Hosni Mubarak telah mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan president yang akan disegerakan pemilihannya. Barack Obama dalam ucapan 4 minitnya meminta perubahan kepimpinan Mesir yang segera tetapi aman tanpa pertumpahan darah. Israel sedang melobi dunia agar Hosni Mubarak dikekalkan sebagai balasan menyokong Israel dengan menyekat bantuan ke Palestine. Kuasa Rakyat yang sedang semarak semangat revolusi tidak menerima pengumuman ini dan mendesak Hosni Mubarak berundur sekarang juga.

Dengan kehendak Allah yang MAHA berkuasa begitu mudah menjatuhkan kuasa manusia yang kelihatan gah berkuasa selama 30 tahun. Hosni Mubarak menguasai Mesir dengan melakukan segalanya ibarat Mesir itu negara bapak dia kira macam Firaun juga lah. Ahli politik Malaysia samada Barisan Nasional dan Pakatan terutama yang Islam  mesti belajar daripada peristiwa revolusi Mesir. Jangan kejar kuasa kerana yang berkuasa hanya satu iaitu Allah S.W.T. Jadikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat sebagai amanah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Ahli politik yang mempunyai penyokong yang ramai yang mengampu membodek setiap hari jangan perasaan andalah yang terhebat kerana yang terHEBAT adalah Allah S.W.T. Bila Allah nak tarik nikmat kuasa itu mudah je. Mesir runtuhnya sebuah dinasti Hosni Mubarak boleh menjadi pengajaran. Tiada yang kekal abadi di dunia ini melainkan ada penamatnya dan biarkan penamatnya baik.

Dapatkan berita terkini keadaan rakyat Malaysia di Mesir @ Blog Krisis Rakyat Malaysia.

[ad#nuffnang336]

---

  1. Many thanks and Please continue to keep updating your Website. I will be stopping by each and every time you do .

  2. putraTanjung says:

    Rakyat undi pemimpin untuk urustadbir harta negara dan kepentingan rakyat bukannya bahagikan harta negara sesama mereka. Rakyat pilih pemimpin tapi rakyat yang jadi hamba peminpim. fikir-fikirlah rakyat malaysia yang waras. masuk kubur tak bawa harta benda pun. yang ikut hanya amalan dan amal jariah. keluarga & harta benda semuanya balik.

  3. putraTanjung says:

    rakyat undi pemimpin untuk uruskan harta negara dan kepentingan rakyat bukan suruh bahagikan sesama mereka. rakyat pilih pemimpin rakyat pula kena jadi hamba kepada pemimpin yang dipilih. fikir-fikirkanlah wahai rakyat malaysia.

  4. Although the demontran can not drop the Mubarak, the power they managed to make the presidency shaky.
    Entri terbaru Bang Iwan – New7Wonders – Voting for Komodo can ContinueMy Profile

  5. “The people of Egypt are entitled to a better life, today’s dreams came true, when we all gather here and clenching his hand with a belief that together,”

  6. harap-harap tiada campur tangan dari US. semoga kerajaan yang baru lebih adil dan dapat memajukan negaranya
    Entri terbaru slimdiet2 – Promosi SD2My Profile

  7. Pemimpin yang kejam sedang jatuh dalam keadaan terhina..rakyat memang patut tuntut hak mereka..pentadbiran yg adil bukan kuku besi.
    Entri terbaru nuriz – Paris Hilton Masuk Islam Palsu- Check Gambar Ori ke Palsu hehe!!My Profile

  8. ganti dinasti yang lebih baru lagi yang elandasakan agama yang benar agar bisa adil dan mamkur..
    Entri terbaru budiarjo – Beberapa Kebiasaan Ciptakan Sikap Positif Tiap HariMy Profile

  9. Presiden Mesir Muhammad Husni Mubarak, telah menentukan sikap. Ia tidak akan mundur sebelum pemilihan presiden digelar kembali September mendatang.
    Entri terbaru Bang Iwan – Adjie Massaid Meninggal DuniaMy Profile

Trackbacks

  1. [...] gelombang kebangkitan dunia Arab sedang berlansung bermula dari Tunisia. Seluruh dunia melihat kejatuhan dinasti Hosni Mubarak di Mesir setelah memerintah selama lebih 30 tahun. Gelombang revolusi kebangkitan rakyat sedang melanda [...]

  2. [...] matlamat contest top commentator dan top link referrer mencapai matlamat seperti yang diharapkan.Mesir terkini runtuhnya sebuah DinastiTerkini Mesir jadual gerakan pemindahan Rakyat MalaysiaPilih Username Facebook ANDA!Keputusan [...]

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by Denaihati and abusuffian, yanmie. yanmie said: RT @denaihati: Mesir terkini runtuhnya sebuah Dinasti http://bit.ly/guL46R @DyyaDizarch @yanmie @kujie @ariffshah @najibrazak @anwaribrahim [...]

Artikel pilihan...close