Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog tanpa pembaca ibarat irama tanpa lagu melainkan menulis blog sebagai diari untuk diri sendiri. Menulis blog memang hak peribadi jadi pembaca tak boleh nak komplen rasa tak suka jangan baca pindah blog lain. Kekadang menulis blog pun jadi isu apabila ada pembaca yang tidak suka dengan penulisan Blogger terutama yang berkaitan kisah peribadi.
Walaubagaimana kalau kita menulis blog untuk tatapan ramai kenalah menulis mengikut citarasa pembaca setia jangan syok sendiri. Blogger kena pandai bezakan samada blog kita blog peribadi atau blog tatapan ramai. Hati pembaca setia kena jaga kerana mereka selalunya akan meningkatkan profile seorang Blogger jadi terkenal. Pembaca setia akan bantu Blogger apabila mereka kongsikan entri dengan rakan-rakan lain melalui Facebook, Twitter dan sosial media yang lain.
“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan Affiliate dari Sifu Affiliate En Taitan iaitu Kitab Teknik SEO Merah Jambu“
Memang seronok apabila pembaca setia membantu kita jadi Blogger terkenal tapi bagaimana pula kalau kita jadikan pembaca setia kita Blogger terkenal. Pasti pembaca setia kita akan gembira apabila kita bantu mereka jadi Top Blogger.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk menjadikan pembaca setia kita terkenal :
1. Menulis entri khas untuk ulasan komen yang terbaik yang ditinggalkan di entri tertentu seperti entri Membina Jenama Dengan Niche Blog.
2. Lawat blog pembaca setia kita dan cari entri yang menarik yang sesuai dengan pembaca blog kita, buatkan entri ulasan dengan memberi backlinks kepada blog tersebut sebagai contoh entri Makan Gaji vs Kerja Sendiri.
3. Pemberi peluang pembaca setia menjadi penulis jemputan samada mempromosi blog mereka atau memberi tajuk tertentu untuk dibincangkan sebagai contoh entri Impian Seorang Penulis Blog.
4. Menulis entri khas ulasan blog dan Blogger tertentu seperti Segmen Bersama Blogger Terkenal Ini.
5. Beri peluang pembaca setia mempromosi diri mereka di sosial media kita.
Banyak lagi cara menjadikan pembaca setia kita terkenal yang mungkin pernah dilakukan oleh Rakan Blogger yang boleh dikongsikan diruangan komen.
Ada ke Rakan Blogger yang jadi Blogger terkenal dari blog Denaihati?
117 Comments
Terima kasih. Tips yang diberikan membuka minda dan memberikan idea yang bagus.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..10 amalan usahawan di bulan ramadan
Tips yang amat berguna.Terima kasih Denai Hati..
Curahan rasa Nur Balqis Qahira @ ..Kurma Tangkai Tunis Fruit
perkongsian yang baik utk semua…. 😉
makasih denai untuk tips tipsnya,moga bermanfaat
terima kasih untuk tips tips blognya
blogger malaysia kompak ya kalau mengadakan acara
thank, nice info gan, semoga bisa bermanfaat, ntr ane praktekin deh…
Tips yang sangat berguna. semoga memberikan faedah kepada diri pemikir
Tips yang berguna untuk mengekalkan pembaca blog 🙂
Terima kasih kerana berkongsi…
Terima kasih tuan kerana berkongsi tips yang amat berguna…
Curahan rasa daddydee @ ..Dari Jurutera Kepada Usahawan
Inisiatif macam ni bukan selalu orang buat, syabas bro.
Curahan rasa Adameben @ ..#TSDayout – DEMC Specialist Hospital Shah Alam
insyaAllah nanti nak cuba tips tips yang diberi.
🙂
Curahan rasa dayah @ ..Lunch dengan suami dan orang ketiga
memang betul..tak semua suka baca blog peribadi tetapi kalau cara penulisan kita boleh menambat hati pembaca, pasti akan ada kunjungan setiap hari..
bak kata orang, cara penulisan fdan percakapan kita melambangkan keperibadian kita 🙂
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Wordless Wednesday – SKMM –
Comments are closed.