Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dikalangan Rakan Blogger yang pernah dengar nama Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera yang merupakan seorang Pemimpin Komunis di Johor ketika Zaman Darurat sebelum Merdeka. Sejak kecil aku telah dikenalkan dengan nama Mat Indera. Dendam penduduk kampung kepada Komunis sangat mendalam kerana ramai penduduk kampung yang telah dibunuh dengan kejam oleh Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu setelah Jepun tewas Perang Dunia Ke dua. Dendam kepada Komunis bermakna dendam juga kepada Mat Indera yang merupakan salah seorang Pemimpin Komunis Melayu di bawah perintah Chin Peng.

Mat Indera bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Bukit Kepong pula menjadi popular setelah kisah serangan Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong difilemkan. Pernah ke Rakan Blogger sampai di Balai Polis Bukit Kepong yang pernah diserang dan dibakar oleh Komunis. Bukit Kepong tak lah jauh sangat daripada kampung aku dan dah banyak kali aku lalu di hadapan kesan sejarah ini yang suatu ketika dahulu hampir dilupakan.

Ramai orang tua di kampung aku dan sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong yang tidak berhenti bercerita tentang kisah kekejaman Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Malaya. Ramai dikalangan rakan-rakan mereka yang hilang begitu sahaja tidak dapat dikesan setelah dibawa oleh Komunis keluar dari rumah secara paksa. Kalau kita baca Sejarah memang ada Pemimpin Melayu yang ikut Parti Komunis berjuang secara jujur untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu tetapi  perjuangan mereka telah dikaburi oleh kekejaman sebilangan besar Pemimpin dan ahli Parti Komunis yang lain. Mereka bertindak kejam membunuh Rakyat yang tidak menyokong perjuangan mereka. Teringat kisah kekejaman Komunis Kemboja membunuh lebih 2juta Rakyatnya sendiri.

Mohammad Indera dan Bukit Kepong telah menjadi sejarah yang terus disebut dari dahulu sampai sekarang sehingga menjadi bahan politik untuk meraih sokongan rakyat. Setiap kali kisah ini diulang siar ada rakyat Malaysia yang terguris hatinya mengingati saudara dan keluarga yang dibunuh kejam oleh Komunis.

Kisah Mat Indera dan Bukit Kepong diulang siar oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu untuk apa? Kalau untuk membetulkan sejarah kenapa begitu lama mengambil masa sehingga lebih 58 tahun setelah Mat Indera dihukum gantung pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Adakah semua Ahli Sejarah Malaysia dan Pemimpin PAS sebelum Mat Sabu buta sejarah sehingga tiada seorang pun yang membetulkan kisah ini untuk paparan kepada rakyat. Atau adakah ini perang psikologi politik PAS untuk membenarkan kerjasama PAS dengan DAP sebagaimana Mat Indera yang merupaka seorang Guru Agama bekerjasama dengan Chin Peng ketua Parti Komunis Malaya ketika itu.

Perjuangan Mat Indera memang baik tetapi kesilapannya adalah bersama Komunis yang memperjuangkan hak saksama tanpa Agama. Mungkinkah kesilapan Mat Indera akan berulang lagi apabila Pemimpin Politik Islam tidak yakin dengan perjuangan sendiri sehingga perlu bersama dengan parti yang berbeza prinsip?

Aku tak dapat nak jawab!!


Spread the love

112 Comments

  1. kita tak hidup di zaman tu senang la cakap! depa yang berjuang dulu taulah peritnya.. tak kiralah mat indera ka.. tunku ka.. depa bukan hidup di zaman cyber nak buat kajian ka atau analisa … perjuangan banyak dipengaruhi sekitaran dan keadaan semasa.. janji berjuang.. kita tak boleh nak hukum dia ni betul atau dia ni salah.. terserah kepada Allah saw.. apa-apa pun nasib Tunku dan Dato’ Onn lebih baik dari pejuang yang lain-lain (mungkin menjadi mangsa keadaan)
    Curahan rasa fauzi @ ..RIM BlackBerry StormMy Profile

    1. mat sabu cuma provoke ja (biasalah politik) – berita ‘budak digigit anjing’ adalah biasa dibandingkan ‘anjing digigit budak’

  2. Mat Sabu Cakap Memang Senang,aku pun tak tahu apa kelulusan dia. tapi Mat Sabu ni memang pandai buat lawak,,dulu-dulu masa dok ngaji aku suka dengar lawaknya. Mat Indera macam juga Dr. Burhannuddin, Ahmad Boestaman, dll lagi pejuang menentang British …. Org Umno pun setuju tentang sejarah ini..Tak De Putar Belit dalam buku sejarah. Tapi aku Tak Setuju bab serang Balai Polis tu.Nak bunuh pergi lah bunuh British.. Kenapa nak ungkit cerita orang yang dah meninggal…dok kata yang ni tali barut, yang dok serang tu betul….Ada yg kata Mat Indera Chief Communist.. Yang Confirm parti PAS pun sama Cam UMNO..Bila Chief buat mistakes, semua pun dok sokong, satu ekor pun tak berani nak lawan..lagi teruk dari UMNO bila pakai sirah nabi, bawak ayat tu, bawak hadis ni..dah salah-salah la..tak payah nak saman2..

  3. salam alaik. jangan terasa. saya sanjung penulisan berilmiah. cuma perkara ni masih berspekulasi. minta maaf sgt2 kalau bro denaihati terguris hati. kadang2 tak semua perkara kita bersependapat. apapun sekali lagi mohon maaf. dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan!!!

    denaihati denaihati.com
    Terima kasih di atas peringatan ini. Aku menulis bagi pihak orang tua di kampung yang terguris hati mereka apabila kisah ini menjadi HOT sebegini. Kita tak melaui keperitan mereka jadi kita ambil mudah. Kekejaman Komunis zaman darurat memang kisah benar. Lihat sahaja kezaliman Komunis di Kemboja yg membunuh jutaan Rakyat kemboja tanpa kira agama dan bangsa.
    Apakah kita tidak hak untuk berbahas secara ILMIAH. Tak kan Mat Sabu je yg boleh?? Soalnya kenapa cerita lama diulang balik kenapa tak kita cerita tentang perpaduan dan kemajuan Malaysia untuk generasi masa depan.
    Curahan rasa denaihati @ ..Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal

    Curahan rasa ub3y @ ..Kisah Cinta, Pertunangan, dan Dua Keping GambarMy Profile

  4. Hanya mereka yang terlibat sahaja yang betul2 faham. Aku berada dalam famili yang rata2 sedara mara bertugas sebagai tentera/polis. Seorang bapa saudaraku berkhidmat dengan ATM. Terlibat dalam strategi untuk membanteras saki baki komunis pada penghujung 80-an. Ada juga seorang bapa saudaraku bekas anggota komando vat69 Polis Diraja Malaysia. Pernah beberapa kali bertempur dengan komunis. Bapaku sendiri bekas anggota Pasukan Gerakan Am (PPH pada ketika itu). Pernah terlibat dalm operasi pembersihan saki baki komunis selepas PKM menyerah diri pada 1989. Dan seorang lagi pernah berkhidmat dengan Air Forced. Terlibat dgn ground communication dalam operasi serangan udara ke atas kubu komunis(zaman jet tebuan, sabre). Sekarang ramai sepupu2 aku berkhidmat dengan polis/tentera kerana semangat mereka dengan perjuangan ayah/pakcik2 mereka dalam menentang pengganas komunis. Tiba2 hari ini ada pula timbul cerita mengatakan Komunis adalah pejuang sebenar kemerdekaan. Kita merdeka tahun 1957, komunis masih mengganas sehingga tahun 1989. apa yang mereka perjuangkan?

    denaihati denaihati.com
    Di zaman kezaliman Komunis membunuh rakyat yang tidak menyokong mereka siapakah yang menjadi benteng Tanah Melayu menjaga keamanan dan menentang Komunis? Polis yang dikatakan talibarut British inilah yang menjaga keamanan kampung dan bandar sehingga ramai yg terkorban. Mungkin atok kita tak jadi polis dan masih hidup sampai sekarang jadi kita boleh mengutuk Polis sebagai penderhaka negara kerana bekerja dengan British.
    Memang benar Jepun n British zalim kerana menjajah Tanah Melayu tetapi Komunis yang paling zalim antara yg zalim kerana membunuh rakyat yg tidak berdosa sesuka hati.
    Jangan hanya kerana strategi politik kita terperangkap dalam situasi. Isu Mat Indera segaja dibawa untuk menutup kes yg besar iaitu isu Ketua Pembangkang DSAI.

  5. Salam sejahtera.

    Agak mencabar bagi memberikan komentar berhubung hal ini. Namun, saya lebih suka mengambil tahu daripada kedau-dua belah pihak. Hal ini bagi menjamin penyampaian pengetahuan bagi sesuatu perkara yang dibincangkan.

    Sekian sahaja. 🙂

  6. Persoalan yg masih belum terjawab skrg ialah..kenape mat indera seorg guru agama sanggup ssh payah masuk hutan dan bergabung dgn komunis?apakah utk seronok2?dan persoalan seterusnya tokoh ni wujud sbg antara figure yg ada peranan di johor..bleh refer arkib johor….
    Curahan rasa khair @ ..Online bizMy Profile

  7. One more thing, Marxism pada dasarnya menegepikan agama dalam cara hidup mereka, tetapi jika kita baca sociology, sekitar tahun 1950 sehingga 1960an, fahaman mereka telah menerima revolusi significantly,

    sebab tu kita dapat lihat masjid-masjid di China, Cuba malah sememannya di kebanyakan tempat beribadat.

  8. Hurmm.. mungkin kita kene banyak baca buku sejarah bukan dari malaysia dan terbuka kan lagi pemikiran kita.

    Mat Indera telah terbukti seorang pengukir sejarah Johor oleh Johor sendiri?

    Kite kene ingat, kita di Jajah oleh british dan sedikit sebanyak, pemikiran kita telah di racuni oleh penjajah akan siapa pejuang dan siapa pengkhianat.

    Saya cuma nak buat kita berpikir:-

    seorang seperti Mat Indera yang telah didakwa merancang pembunuhan di Bukit Kepong telah di anggap sebagai pengkhianat, tetapi bagaimana seorang yang menjadi tali baru penjajah negara yang telah membatu penjajah membunuh orang melayu yang terang-terang memperjuangkan bangsa dan agama? malah mereka di anggap pejuang lagi.

    sama-sama pikirkan betapa pemikiran kita sudah lama di jajah dan diracuni supaya tidak ‘membenci’ penjajah!

    😀
    Curahan rasa Pereman @ ..Siapa Mat Indera dan Apa Sumbangan Mat Indera Kepada Sejarah.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!