Forever Palestine : Apa sumbangan kita?

Salam 1Malaysia, tiada apa yang dapat aku coretkan bila melihat dan mendengar video Sami Yusuf – Forever Palestine melainkan rasa sebak di dada dan menitis air mata mengenangkan Umat Islam yang terus ditindas di Palestin. Di mana bantuan daripada OIC dan Negara Islam yang lain. Kelemahan Pemimpin Islam yang sibuk bergaduh di negara sendiri berebut kuasa atas tiket demokrasi telah diambil alih oleh NGO seperti Freedom Flotilla untuk membantu Umat Islam di GAZA.

Ada juga yang bertanya mengapa Allah swt tidak membantu hambanya Umat Islam di GAZA. Bagaimanalah Allah nak membantu sekiranya Umat Islam sendiri tidak mahu membantu dirinya sendiri. Selagi Masjid dan Surau masih kosong bagaimanalah agaknya bantuan dan rahmat Allah boleh sampai kepada manusia? Mungkin kita tidak dapat membetulkan jiran, orang kampung, rakyat dan pemimpin tetapi yang pasti kita mampu membetulkan diri kita sendiri. Sumbangan kita di siang hari mengajak manusia dekat dengan Allah dan di malam hari sujud memohon Allah dekat kepada manusia dan memberi pertolongan kepada saudara Islam kita yang sedang ditindas tanpa kesudahan.

Marilah sama-sama kita mendoakan Rachel Corrie bersama 6 Rakyat Malaysia selamat sampai ke GAZA.

75 Comments

  1. Pingback: Rahsia Jana Wang Mudah » Blog Archive » Forever Palestine : Apa sumbangan kita? | Denaihati

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!