Bagaimana mencipta identiti di Dunia Blog dengan hanya berkomen

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk rakan-rakan pembaca sekalian. Alhamdulillah, hari ni sekali lagi saya dijemput untuk menjadi penulis tamu di blog DenaiHati ni. Sepanjang pembabitan saya dalam dunia blog ini, saya kerap diundang untuk menjadi penulis tamu, namun masa dan kesempatan membuatkan semuanya menjadi terbatas.

Semuanya kerana KOMEN. Ya komen. Dari komenlah saya membina identiti di setiap pelusuk blog yang saya hendak cuba kenali. Tak kira blog baru ataupun blog lama. Ini adalah cara dimana saya berinteraksi dengan pemilik blog tersebut. Pada penulisan kali ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman serta tips yang mungkin boleh diguna pakai untuk anda dalam ruangan komen kita pada hari ini.

TRADEMARK®

Untuk mencipta satu TRADEMARK atau TREND di dunia blog adalah bukan satu perkara yang mudah. Ianya perlu dibina dari asas yang kukuh. Asas yang perlu anda titik beratkan adalah komen. Tapi malangnya ramai yang kurang mengambil perhatian akan perkara ini. Daripada komenlah sebenarnya anda cuba menonjolkan diri untuk dikenali umum. Tidak dinafikan ada sesetengah blogger yang baru agak risau untuk berkomen di blog yang pada perkiraannya “senior”. Itu adalah hakikat yang kita sememangnya akur termasuklah diri saya sendiri.

Sebenarnya situasi “Senior” dan “Junior” blogger tak perlu dipertikaikan. Sekiranya anda seorang blogger yang baru… buat blog dan inginkan catatan anda dikomen, begitulah juga dengan blogger yang telah lama. Mereka juga mengharapkan komen, pandangan dan cadangan sama seperti anda. Mereka yang lama ini tidak akan mengenal anda sekiranya anda tidak tonjolkan diri. Tonjolkan diri dalam cara yang unik membuatkan anda lebih mudah dikenali.

Nota: Satu ketika dahulu, rakan-rakan blogger cakap, TRADEMARK saya adalah –  “Blogger yang mempunyai komen terpanjang dari post yang dikeluarkan” – menteil.net

JANGAN BAWA MASALAH

Tidak dinafikan kadang-kala dengan berkomenpun boleh mendatangkan kecelakaan pada diri. Kebiasaannya berlaku kepada mereka yang gemar melawat blog-blog berunsur politik atau pertikaian agama. Sebelum anda melakukan sesuatu yang boleh mengundang padah, maka bertatasusilalah ketika berkomen. Elakkan diri dari membuat komen yang boleh dikategorikan melanggar 5 Prinsip RUKUNEGARA.

SIKAP

Sikap yang menjadikan kita mungkin segan dan malu untuk menyatakan pendapat atau hasras sepatutnya diketepikan dalam usaha kita untuk menonjolkan diri kepada umum. Berbalik kepada topik “Senoir” dan “Junior” pada hemah saya tiada apa boleh dibanggakan. Meskipun dia adalah penulis blog yang senior, tapi sekiranya teknik yang digunapakai itu kurang berkesan untuk menulis, maka gelaran “Senior” tersebut tiada lagi simbolik untuknya.

TEKNIK

Seperti membuat rumusan karangan SPM pada sekolah menengah, komen dalam dunia blogger ini merupakan rumusan yang boleh anda buat sebagai seorang pembaca… diberi peluang untuk membuat kesimpulan dan menyatakan hasrat terpendam. Komen atau rumusan yang jitu mestilah mempunyai:

  1. Rungkaian tajuk – Olah kembali apa yang anda faham mengenai tajuk.
  2. Isi penting – Gabungan point di setiap perenggan dengan olahan sendiri.
  3. Penutup – Mungkin ada hasrat atau pesanan ingin disampaikan dibahagian ini.

FAHAM TAJUK

Kalau tajuk pun sukar untuk difahami, manakan datang idea untuk berkomen tersebut. Saya adalah seorang pembaca “Scanner” atau bermaksud seorang yang hanya membaca point tertentu untuk berkomen. Sekiranya catatan atau blog post tersebut kurang mempunyai point atau point ulangan serta point malar, maka rungkaian tajuk utama akan digunakan untuk berkomen. Tapi sekiranya tajuk pon kurang menarik minat, maka keberkesanan untuk berkomen akan menurun. Tips ini bukan sahaja untuk berkomen malah teknik untuk menulis blog.

KOMEN INTELEK

Bukanlah maksud tajuk ini untuk menyelar mana-mana tindakan rakan yang mungkin berbuat secara tidak sengaja atau kurang memahami konsep. Komen THREADED digunakan bukan bertujuan untuk membalas komen sendiri sebaliknya adalah untuk membalas komen orang lain. Sekiranya anda ingin menyampaikan komen atau idea yang berasingan, adalah bijak dan wajar anda memulakan komen dalam diskusi yang baharu, berbanding anda membalas kembali komen anda anda sendiri. Daripada anda membuat cara sedemikian, lebih elok kiranya anda berkomen dalam beberapa perenggan sekaligus atau mohon kepada pemilik blog untuk membuat satu post untuk perkongsian bersama dibawah tajuk yang anda kelolakan.

Bercerita panjang sedikit tentang permasalahan ini, tidak dinafikan mungkin… (saya kata mungkin) komentar tersebut mengejar jumlah komen (ini mungkin sahaja). Daripada sini orang sudah boleh baca yang anda sememangnya mengejar jumlah komen. Cuba jadi komentar yang bijak dengan mewujudkan topik perbincangan yang baru dibawah komen rakan anda. Barulah orang tak kata anda tamak. (Mulut orang sangat busuk)

Sekiranya pemilik blog menggunakan “THREADED COMMENT” plugin, sistem blog beliau akan menghantar email pemberitahuan (notification email) kepada komentar yang telah dibalas komennya oleh anda (sekiranya fungsi email diaktifkan). Jadi apakah motif anda komen dan membalas komen anda sendiri dan pada akhirnya notis maklumbalas komen dihantar ke email anda dan merujuk kepada komen anda sebentar tadi. Kebijaksaan berkomen agak kurang jelas la di situ. Anda seperti memperolokkan diri anda sendiri, sistem yang dimiliki oleh pemilik blog dan juga tujuan sebenar THREADED COMMENT digunakan. Adakah anda perasan di situ?

Komen mencari identity

Rumusan kepada tajuk besar yang cuba kita bincangkan pada hari ni adalah berkomen untuk mencari identity di dunia blog. Mungkin ada yang mengatakan, saya seorang kaki ampu atau mungkin cemburu atau mungkin apa-apa sahajalah kenyataan… saya akur dan terima kerana teguran sebegini menjadikan seseorang itu bertambah matang. Kadang kala komen yang agak keras menjadikan kita mula berfikir sejenak akan perkara yang kita tulis. Menerima kenyataan itu adalah sukar dan pahit. Namun perkara sebeginilah yang akan membetulkan kita dari melakukan kesilapan berulang.

Tidak semua orang boleh menerima komen atau kritikan atau pandangan secara terbuka. Jadi semasa berkomen kadang kala kita TERGHAIRAH berkomen. Sebelum butang [SEND] ditekan, cuba semak sekali lagi adakah wajar kita menulis komen sedemikian rupa? Apakah penilaian yang akan dibuat terhadap diri kita setelah komen dilepaskan? Apakah pula pandangan umum terhadap komen kita sebentar tadi? Dan… Bagaimana pula perasaan pemilik blog tersebut terhadap komen tersebut? Cuba tanya pada diri anda sendiri.

Nampak bukan? Ternyatalah tugas seorang komentar ini sama beratnya dengan tugas seorang penulis blog. Anda perlu menjaga persekitaran anda. Komentar juga dalah sebahagian masyarakat BLOGGER. Tapi rata-rata dari kita kurang member penekanan terhadap sesi komentar. Hanya menumpukan perhatian terhadap penulisan blog.

Nampaknya saya terpaksa berhenti dahulu buat kali ini. Rasanya macam baru nak panas, tapi saya juga perlu beri ruang kepada anda untuk menyampaikan hasrat yang terbuku di hati. Tidak molek kiranya semua point dibolot tanpa boleh diulas oleh pembaca. Itu juga satu teknik untuk membuka jalan untuk berkomen. Kesimpulan menulis blog dan berkomen adalah:- JANGAN BOLOT SEMUA POINT sekiranya penulisan blog anda dalam kategori perbincangan.

Insyaallah, sekiranya umur panjang dan diberikan rezeki serta kesempatan masa, kita akan bertemu lagi dalam sesi perbincangan yang lain. Sampai sini dahulu untuk perkongsian kita. Assalamualaikum dan salam ceria. Amin~

Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya saudara Azman Ishak yang merupakan penulis jemputan tetap di blog ini. Melalui blog Azmanishak.com beliau banyak berkongsi kisah kehidupan dan tips teknologi terkini. Projek terbaru beliau adalah kakikomplen.com.

nota : Panduan terbaik untuk semua yang pelawat denaihati.com

[ad#nuffnang336]


Spread the love

119 Comments

  1. Apa yang dikomen biarlah benar2 ikhlas dan dari hati, bukan mengharapkan backlink semata-mata. Keikhlasan menggambarkan ketulusan hati kita dalam memberi manfaat pada orang lain. Kita juga harus bertanggungjawab terhadap apa yang kita komen.
    Curahan rasa Bumi serta isinya @ ..Doa untuk anakMy Profile

    1. sangat setuju.setiap idea dan denyut rasa yang dilakarkan di sini sangat berharga.apa yang penting nilai kepada curahan tulisan bukan tempat untuk melepas geram dan sebagainya. jadilah orang yang berilmu dan mengongsikan ilmu itu demi kebaikan manusia ramai dan agama mulia yang dianuti.semulia mulai manusia ialah orang yang bercakap ikhlas,jujur dan benar.

  2. Ikhlaskan hati dalam memberi komen, ramai yang mengunjung sesebuah blog namun hanya sekadar masuk dan keluar dan paling tidak pun hanya tinggal jejak dekat shoutbox…seolah-olah mengharap tuan empunya blog akan terjah kembali…bagi mereka yang ibarat 24jam menghadap blog mungkin boleh dikatakan ok, namun jika yang sekali sehari berblogging mungkin cara ini bukan satu cara yang efektif..laratkah setiap hari ingin check shoutbox anda page by page? Jawapannya terpulanglah pada diri sendiri. Sebagai tampak lebih berhasil apa salahnya tinggalkan komen pada entry daripada sekadar tinggal link pada shoutbox kan..kekal lame pum kekal, nampak juga ikhlas dan beradab masuk blog orang kan.. – Nie bukan merapu dan marah apa nie…ini cuma satu pandangan dan pendapat peribadi saya sendiri..:) sekian wassalam.
    Curahan rasa Kazen @ ..Sedetik Lebih – Anuar Zain OST Hikayat Merong MahawangsaMy Profile

  3. Kebanyakan para blogwalker melakukan kunjungan hanya demi kunjungan balik atau demi dapat backlink saja dari blog yang di kunjungi tersebut, palagi jika yang dikunjungi adalah dofollow blog yaitu dengan cara buru2 berkomentar, kalo komentarnya nyambung sih tidak apa-apa tapi yang tidak nyambung seperti cuma skedar bilang ‘nice tips, thanks’ terus kabur atau ada juga yang komentar singkat dan menambahkan link yg ditulis dlm komentarnya, apakah itu terasa bermanfaat?.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Suster Keramas 2My Profile

    1. Ada baiknya jika kita mencoba untuk berkomentar yang masih berkaitan dengan apa yang kita komentari, meskipun singkat yang penting nyambung dengan begitu si pemilik blog akan merasa lebih di hargai. Selain itu, komentar kita akan menjadi terkesan lebih berkualitas dan disukai baik oleh orang lain maupun search engines.

      Tidak jarang loh jika kita meninggalkan komentar pada blog lain untuk “meninggalkan jejak”, akan dapat membantu meningkatkan traffik dari pengunjung dan menambah teman baru. Jadi mengapa tidak?

      1. Sebelum menulis komentar, yakinkan kalau kita telah membaca dan mengerti postingan. Memberi komentar dengan cepat yang tidak berhubungan dengan posting tidak akan memberikan blog kita beberapa pengunjung baru.

        Ulangi membaca komentar kita sebelum disubmit.

      2. Tata krama yang baik adalah hal penting ketika memberikan komentar pada blog lain. Kita tidak akan pergi ke rumah orang lain dan berperilaku tidak pantas kan? Sama halnya dengan blog.

        Hanya karena kita tidak saling bertatap muka tidak berarti kita bisa bertingkah laku seperti idiot. Jika kita sopan, itu akan memudahkan kita di dalam membuat persahabatan baru dengan blogger lain.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Suster Keramas 2My Profile

      3. Ketika melihat kesalahan pada sebuah postingan, atau tidak setuju dengan pendapat penulis, lakukan dengan cara yang baik. Kita bisa saja menjadi orang paling pintar sedunia namun jangan menyebabkan gesekan pada orang lain.

        Suarakan pendapat kita dengan cara yang bersahabat dan kita akan mendapat teman baru. Ingat, yang benar- benar baik tidak harus membual.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Suster Keramas 2My Profile

  4. AS SALAM,
    HAI PERTAMA KALI MENJENGUK DAN MEMBACA ENTRI DENAI HATI MMG SUDAH CUKUP UTK SAYA MENGATAKAN KAMU MMMG BERPENGALAMAN DLM DUNIA BLOGGING..

    SAYA PASTI PENGALAMAN YG ADA ITU TDK HARUS DI PERSIAKAN DGN BERKONGSI SESAMA BLOGGER.
    PD SAYA BLOGGER ‘JUNIOR’ MMG PATUT MENJENGUK LAMAN DENAI HATI.
    SBB BYK BETUL TIPS DAN TNJUK AJAR YG BERGUNA..

    *TERIMA KASIH DENAI HATI,
    HARAP SATU HARI NNT SY DPT BERJUMPA MATA KE MATA(ceh..) SUPAYA DPT SAYA KOREK SEDALAM-DALAMNYA ILMU KAMU ITU!
    hehe 🙂
    Curahan rasa javanese DOVE ! @ ..masuk PERCUMA- datang saja !My Profile

  5. menulis adalah sama sahaja dgn bercakap. Apa yang kita komen atau ulas melalui mulut adalah sama saja konsepnya dgn apa yg kita komen di blog. org akan nilai sejauh mana kematangan kita dan seriusnya kita dlm mengambil point2 yang dikeutarakan dlm blog itu sendiri. Samada org akan nmpk kita beremosi atau kita ni matang dlm menyerap teguran. Saya nasihatkan setiap blogger utk membuka minda dahulu sebelum membaca entry2 yg anda rasakan panas atau mungkin anda terasa dgn isu yg diketengahkan. contohnya seperti isu shawl yg agak hangat diperkatakan.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Pengorbanan Isteri Lebih Hebat Berbanding SembelitMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!