Bagaimana kalau saya ingin menjadi hebat macam awak?

Spread the love

Jadi macam saya? Apa ke hebat sangat ke? Tapi itulah realitinya. Banyak kali soalan seperti ini diajukan. Terutamanya mereka yang kerap rasa teruja apabila saya bercerita atau melihat saya mengendalikan komputer. Jangan bimbang… saya juga sama macam anda yang sedang membaca blog ini, tiada sebarang keistimewaan pun. Salam ceria dan salam mesra untuk pembaca DenaiHati.Com.

Mungkin mereka yang berkata begitu sebab mereka baru mengenali komputer pada usia yang agak lewat. Namun punya semangat yang berkobar-kobar untuk mempelajari sesuatu yang mencabar dan baru. Ada perasaan nak majukan diri dari sebelumnya. Itu satu perkembangan positif yang patut diberi dorongan atau sokongan.

Sekitar tahun 1998 sehingga 2004, komputer masih lagi sesuatu yang baru di Malaysia. Rata-rata pejabat tak kira sama ada institusi kerajaan ataupun swasta hanya mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua orang sahaja yang mahir mengendalikan computer. Selebihnya, semua kerja dikendalikan menggunakan buku log dan juga bahan catitan berdarjah (borang-borang) secara manual.

Pada waktu itu, siapa yang mahir menggunakan komputer, maka dialah seperti raja. Punyai fasiliti untuk mengawal segala macam bentuk kemudahan termasuk pendapat yang akan digunapakai oleh umum. Dalam pada itu, masyarakat akan menganggap, siapa yang pandai komputer, otaknya adalah genius…. (kata mereka la..) Dalam pada itu juga masih ramai yang takut-takut untuk menyentuh komputer. Tidak dinafikan ianya berlaku kepada warga kerja yang agak berusia atau senior..

[ad#serverfreak]

Bagi mereka, mengendalikan komputer merupakan satu bala yang kalau boleh dielakkan. Sebaliknya mereka silap kerana telah menutup sendiri peluang untuk memajukan diri. Jangan katakan nak mengendalikan komputer, nak menyentuh papan kekunci pon takut dengan alasan… takut rosak dan terus menjenamakan diri “TIDAK PANDAI KOMPUTER”

Ini hal realiti yang berlaku. Waktu itu komputer paling tak kurang harganya mencecah sehingga RM3,500 untuk satu set yang dikhususkan untuk tujuan operasi pejabat. Teringat lagi pada ketika itu saya yang masih baru dalam alam kerjaya, hanya memerhatikan sahaja perilaku perkerja senior yang takut untuk mengendalikan komputer. Mereka seolah-olah beranggapan bila mendekati kerja melibatkan komputer akan mendatangkan satu musibah.

Sebaliknya sekarang ni, apa yang dapat kita saksikan, penggunaan komputer telah meluas. Tak kira apa lapisan sekali pun, daripada warga emas sampai la ke suri rumah sepenuh masa sudah pandai menggunakan Facebook mahupun Twitter. Itu sudah cukup mengkagumkan di mana minda dan tanggapan masyarakat kita terhadap komputer dan teknologi telahpun berubah sama sekali. Walaupun tidak semua mampu menerimanya.

Sedikit sebanyak peredaran dan perubahan teknologi yang berlaku di Malaysia ini telah mengubah konsep dan cara rakyat kita berfikir daripada bawah tempurung kepada corak pemikiran yang agak kreatif. Kita sudah mula pandai menggunakan bahasa GOOGLE berbanding perkataan CARI. Kita juga sudah pandai persoalkan tentang HAK dan sesuatu pendapat. Kita juga mula mencari sumber maklumat sahih berhubung sesuati isu. Semuanya kerana perubahan drastik dalam teknologi maklumat dan komputer.

Sikap ingin tahu kita pada masa kini menjadikan kita setanding dengan mentaliti rakan-rakan kita yang lain.. Mereka yang telah berjaya atau bersama-sama mereka untuk berlumba dengan rakan yang lain untuk terus maju kehadapan. Mungkin ada juga yang masih di takuk lama!!! Takut akan perubahan atau menolak evolusi teknologi. Ianya terletak pada diri sendiri.

Akhir kata, sekiranya terdapat salah dan silap dalam catatan pada kali ini, saya menyusun sepulih jari kalau ada yang tersinggung dengan beberapa fakta yang telah saya keluarkan. Catatan ini akan disambung dalam keluaran yang akan datang.

Nota: Terima kasih kepada Saudara DenaiHati kerana memberi peluang untuk saya menjadi penulis jemputan pada kali ini. Salam ceria dan salam hormat.

Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya Azman Ishak yang merupakan seorang blogger yang sangat berbakat. Blog beliau  AzmanIshak.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging. Beliau juga adalah penulisan jemputan tetap di blog Hidup Biar Sedap.

[ad#nuffnang336]


Spread the love