Assalamualaikum dan salam 1Dunia, suatu masa dahulu Sami Yusuf diminati ramai seantaro dunia. Lagu You Come To Me, Hasbi Rabbi, Mother dan banyak lagi sentiasa berada dibibir peminat Sami Yusuf. Kehadiran Sami Yusuf telah membawa dimensi baru dalam dunia hiburan terutama lagu rohani untuk umat Islam. Lirik lagu yang memuji kebesaran Allah sedikit sebanyak menjadi suntikan semangat kepada mereka yang mencari sesuatu dalam hidup.
- P.Ramlee Mana Kan Ku Cari Ganti
- Music Monday : Try Not To Cry (Sami Yusuf)
- Kisah Hasanah dan Hamidah
Sekarang Maher Zain suatu nama yang menjadi kegilaan di Malaysia telah mengambil alih tempat Sami Yusuf. Sudah beberapa kali Maher Zain datang ke Malaysia dan satu Konsert Maher Zain live in Malaysia 2011 secara besar-besar akan dianjurkan tidak lama lagi. Lagu-lagu dari albun Thank You Allah seperti Insha Allah, Barakallah, Open Your Eye, The Choosen One dan banyak lagi sering berkumandang di radio dan menjadi nyanyian anak-anak sekolah.
Kesungguhan Maher Zain untuk bertapak di Malaysia bukan sekadar dengan menganjurkan Konsert Maher Zain live in Malaysia tetapi beliau juga telah menyanyikan semula lagu popular Insha Allah dalam versi Bahasa Malaysia. Cuma harap sangat peminat Maher Zain terutama yang perempuan tu jangan terjerit-jerit macam konsert rock pulak ketika menyaksikan konsert ini nanti, nampak tak manis sungguhlah.
Semuga akan ada penyanyi Nasyid Malaysia atau Indonesia yang dapat menandingi kehebatan Maher Zain dan Sami Yusuf yang dapat menerobos pasaran dunia.
39 Comments
minat sanagt lagu ni..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Fakta Kesihatan Yang Harus Diketahui
sgt suka lagu ni! 🙂
Keren mas, saya baru tau tentang ini
sedap lgu maher zain ni..
Maher Zain pun manusia biasa cuma nyanyiannya menenteramkan hati sangat
Curahan rasa News Blog @ ..Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World
betul tuhh!! setuju!!
Curahan rasa shahjiehan @ ..Amalan2 sunat pada hari jumaat
betul..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Fakta Kesihatan Yang Harus Diketahui
Ketika hadir konsert Maher Zain jangan sampai lupa diri dan memujanya secara berlebihan
Curahan rasa akubiomed @ ..Tiada lagi koning tapi kuning
Kesemua lagu Maher Zain memang sedap didengar
sebab itu la dia semakin popular dan diminati di Malaysia
Curahan rasa wazy @ ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 2
Lagu InsyaAllah sekarang dah jadi nyanyian kat mulot anak2 kecil pon
baguslah…sekurang2 dengan lagu2 nasyid dpt bykkan lg kite mengingati Allah…
paling suke lagu Maher Zain..FOR THE REST OF MY LIFE
betol2 membawa makna…supaya xtersalah pilih jalan hidup
Curahan rasa Maziela_84 @ ..Ingat Nak BisnesSapa Setuju Comment Tau
pernah dengar lagu InsyaAllah je..:)
Curahan rasa yoy @ ..Senarai 5 Individu Terkaya Dunia The World’s Billionaires
Comments are closed.