Adakah blogger kenal blog sendiri?

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, agaknya ada berapa ratus ribu blog di Malaysia. Ada sesiapa boleh tolong jawapkan. Mungkin ada beratus ribu blog dengan menggunakan berbagai platform terutama blogspot dan wordpress. Ada berbagai genre blog daripada politik, hiburan, jenayah, online shopping, diari peribadi, motivasi, sukan dan sebagainya. Ada blogger yang menguruskan bukan satu tapi berpuluh-puluh blog mengikut genre yang berbeza. Ada blogger yang yang suka-suka berblog dan ramai juga yang menjadikan blogging sebagai kerjaya serta tak kurang ramai juga blogger yang mendapat pendapatan yang hebat daripada blog mereka.

Soalnya berapa ramai blogger yang kenal dengan blog mereka sendiri? Berapa ramai yang tahu blog speed, pagerank, loading time, alexa ranking, keywords density, meta tag dan sebagainya. Aku pernah tweet “Periksa dan kenali blog anda @ SEO tools“. Ada pulak teman yang jawap katanya daripada periksa blog baik periksa amalan setiap hari. Mungkin yang menjawap tu tak ada blog jadi tak perlulah dia nak sibuk-sibuk nak check. Bagi aku kalau kita serious nak berblog adalah bagusnya kita belajar basic berblog terutama prestasi blog dan cuba kenali blog kita sendiri dengan berbagai tools yang ada. Ramai blogger tak kisah pun janji boleh tulis kira dah ok lah.

Kenali Blog Sendiri

Aku bukanlah orang layak nak mengajar sebab aku pun sedang bertungkus lumus belajar cara berblog yang betul. Tanpa segan silu aku selalu bertanya kepada blogger yang memang ada kemahiran melebihi aku melalui email dan direct message di Twitter dan Facebook. Sekarang ni pun blog denaihati tengah ada satu masalah. Melalui Meta Tag Analyzer katanya “This page contains too many URLs.This web page contains 132 urls. Some Search Engines have problems with more than 100 urls on a page.” Sedang mencari cara menyelesaikan isu ini. Ada yang boleh bantu ke??

Kenali blog anda @ SEO tools. Orang tua ada berkata “Malu bertanya sesat jalan”.

[ad#nuffnang336]

---

  1. My first time to buy a stock around 100$ on dinars, and I’m wondering if it is worth the investment. I read the news paper and i read that Donald trump has invested millions in dinars and following his steps cause he is pretty confident investing millions.
    1) So will the dinar currency change and convert to a new dinar?
    2)Good idea?
    3)100$ or more? if dinar is worth it

Trackbacks

  1. [...] FB Fanpage.2. Panduan dari Greenlava owner blog BloggerSentral.com melalui komen beliau di entri Adakah blogger kenal blog sendiri :a. Kurangkan katogeri jadi aku dah buang lebih daripada 10 katogeri dan tukar jadikan tag.b. [...]