Bahagian ke2 – Bagaimanakah kalau saya ingin menjadi hebat seperti awak?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam ceria untuk rakan-rakan pembaca blog DenaiHati.Com. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah, Saudara Ilham (DenaiHati) kerana sekali lagi menjemput saya menjadi penulis tamu.

Kembali lagi dalam tajuk perbincangan yang sama bahagian kedua “Bagaimanakah saya ingin menjadi hebat seperti awak?” Dalam konteks ini saya fokuskan adalah menjadi seorang yang mahir mengendalikan komputer atau sebarang teknologi walau dalam apa juga keadaan.

Jika hendak dibandingkan kejayaan saya dengan orang lain, saya fikir saya bukan lah orang yang layak untuk merungkaikan tajuk yang di atas ini. Tapi, melabelkan diri sebagai seorang yang LOOSER adalah sesuatu yang tidak wajar. Saya sendiri tidak pernah menganggap diri sendiri sebagai seorang yang LOOSER walaupon seringkali berhadapan dengan kegagalan.

“Kalau nak maju, jangan malas”

Saya sentiasa sematkan dalam diri akan perkara tersebut. Melihat kejayaan rakan-rakan di dalam talian menjadi sumber inspirasi saya untuk terus mencari jawapan… “Bagaimana mereka boleh jadi seperti sekarang” Ianya adalah kerana dua perkara yang boleh saya rumuskan iaitu:-

“RAJIN” dan juga “KEYAKINAN”

Rajin sahaja tidak cukup kalau tidak hadirnya keyakinan. Tak terfikirkah kita bagaimana mereka yang seusia muda dari kita mampu menjadi usahawan? … atau menjadi blogger sepenuh masa dan dalam masa yang sama mendapat hasil pulangan yang lumayan atas usaha mereka?

Mungkin pada kita akan berkata:- “Awak boleh la… kerja sendiri… hari-hari update blog.. lepas tu dapat duit bulan-bulan” Itu adalah kata-kata yang tidak sepatutnya kita lemparkan. Kata-kata yang berunsur DENGKI yang berupaya memundurkan dan merosakkan diri sendiri.

Mari saya ubah konsep pandangan anda… kita mulakan dengan soalan:-

“Siapakah yang yang menjadi faktor pendorong Saudara Rohaizad untuk berjaya menjadi seorang Blogger yang berjaya sehingga kini?”

atau mungkin

[ad#serverfreak]

“Bagaimanakah Saudara JustKhai meyakinkan pelanggan untuk terus melabur dengan hasil kerja yang dilakukan?”

atau mungkin soalan seperti ini…

“Dari mana mulanya Saudara Eddie (NoktahHitam) mencetuskan idea LiteThemes”

Ataupun…

“Apakah kata kunci terhadap kejayaan Saudara Eizil berkerja sendirian dan mampu menjana pendapatan bulanan?”

-APA, BILA, DIMANA, BAGAIMANA, SIAPA –

Semuanya bergantung pada Mind-SET orang kita. Masalahnya kita ni cepat cemburu bila orang berjaya… iri hati bila ade orang menandingi kejayaan kita. Ini lah masalah kita…. Kita takut kita di saingi dan sekaligus menganggap pesaing kita telah menutup periuk nasi. Setiap perniagaan ataupun bissness mesti ada dua unsur iatu untung dan rugi.

Saya ambil contoh mudah, “Orang buat blog PING, saya pon buat jugak. Tapi apakah kelainan yang saya ketengahkan berbanding dengan konsep aggregator yang sedia ada? Anda sendiri mampu nilaikannya di situ. Tak perlu saya bandingkan. Masing–masing ada kelebihan supaya dapat menarik ramai peminat. Disinilah tugas dan keringat ADMIN diperlukan. Strategi perlu diatur supaya tidak silap percaturan.

Daripada seorang yang boleh saya lebelkan diri ini sebagai tin kosong, saya menaiktaraf diri sendiri supaya standing dengan mereka di sisi. Rata-rakan rakan blogger yang saya jumpa adalah hebat-hebat belaka. Ada yang Web Programmer, Application Programmer, Web Designer, Graphic Designer, Engineer, Dato’.. wah… macam macam… Pendek kata, naik segan kalau jumpa dengan mereka jika dibandingkan dengan diri saya yang sekelumit pengetahuan.

Perubahan demi perubahan saya lakukan terhadap dalam mengubah diri sendiri. Belajar dalam apa juga yang saya minati… ketepikan apa yang orang perkecilkan…. Ianya saya dijadikan sebagai semangat untuk memajukan diri. Sekurang-kurangnya sekarang, apabila sesekali bertemu dengan mereka di atas, saya sudah merasakan diri berada dalam keadaan yang sedikit selesa.

Begitulah adanya… mungkin anda juga ingin berkongsi kejayaan anda dalam catatan pada kali ini. Soalan saya… apakah pencapaian yang telah anda perolehi selama mana anda membabitkan diri dalam bidang penulisan blog. Ini bukan untuk tujuan RIAK atau takbur, sebaliknya harap rahsia kejayaan anda dapat dikongsi bersama dengan rakan yang lain.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya pada catatan kali ini membuatkan anda yang membaca berasa tidak selesa atau kurang senang dengan kenyataan yang saya tulis. Semoga kita bertemu dalam catatan yang akan datang, insyaallah… Amin~

Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya Azman Ishak yang merupakan seorang blogger yang sangat berbakat. Blog beliau  AzmanIshak.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging. Beliau juga adalah penulisan jemputan tetap di blog Hidup Biar Sedap.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

99 Comments

  1. Assalam kpd smua. pertamanya sya harus bersyukur kpd Allah Alhamdulillah kerana byk memberi rezeki pada saya, hamba yg lemah, miskin, jahat lagi hina yg amat2 ini. salah satu daripada rezeki itu ialah dengan menggerakkan diri dan hatiku yg rapuh bagaikan “shipwreck” a.k.a kapal karam ini ke site ini.

    sya juga harus berterima kasih pada anda semua kerana sambil2 sya mendengar lagu2 semangat (terutamanya Maher Zain) dan membaca kata2 nasihat anda semua….suam sedikit bahang resah, sedih, takut dan gelisah di hati, iman, badan, minda dan jiwaku ini..

          1. Orang hebat yaitu orang yg bersedia melakukan sesuatu sekarang juga. Bagi orang hebat tak ada hari esok dia berkata bahwa membuang waktu bukan saja kejahatan tetapi suatu pembunuhan yg kejam.Karena mengetahui dan menyadari akan penting waktu berarti memahami pula nilai hidup dan kehidupan ini.

            1. Tidak mungkin kita melakukan yg sia-sia bukankah perbuatan mubadzir itu adl perbuatan syetan Allah SWT berfirman : “sesungguh pemboros-pemboros itu adl saudara-saudara syetan dan syetan itu sangat ingkar pada Tuhan-Nya”. Lihatlah hidup keseharian kita seringkali secara sadar atau tak telah melalaikan waktu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!