Bagaimana mencipta identiti di Dunia Blog dengan hanya berkomen

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk rakan-rakan pembaca sekalian. Alhamdulillah, hari ni sekali lagi saya dijemput untuk menjadi penulis tamu di blog DenaiHati ni. Sepanjang pembabitan saya dalam dunia blog ini, saya kerap diundang untuk menjadi penulis tamu, namun masa dan kesempatan membuatkan semuanya menjadi terbatas.

Semuanya kerana KOMEN. Ya komen. Dari komenlah saya membina identiti di setiap pelusuk blog yang saya hendak cuba kenali. Tak kira blog baru ataupun blog lama. Ini adalah cara dimana saya berinteraksi dengan pemilik blog tersebut. Pada penulisan kali ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman serta tips yang mungkin boleh diguna pakai untuk anda dalam ruangan komen kita pada hari ini.

TRADEMARK®

Untuk mencipta satu TRADEMARK atau TREND di dunia blog adalah bukan satu perkara yang mudah. Ianya perlu dibina dari asas yang kukuh. Asas yang perlu anda titik beratkan adalah komen. Tapi malangnya ramai yang kurang mengambil perhatian akan perkara ini. Daripada komenlah sebenarnya anda cuba menonjolkan diri untuk dikenali umum. Tidak dinafikan ada sesetengah blogger yang baru agak risau untuk berkomen di blog yang pada perkiraannya “senior”. Itu adalah hakikat yang kita sememangnya akur termasuklah diri saya sendiri.

Sebenarnya situasi “Senior” dan “Junior” blogger tak perlu dipertikaikan. Sekiranya anda seorang blogger yang baru… buat blog dan inginkan catatan anda dikomen, begitulah juga dengan blogger yang telah lama. Mereka juga mengharapkan komen, pandangan dan cadangan sama seperti anda. Mereka yang lama ini tidak akan mengenal anda sekiranya anda tidak tonjolkan diri. Tonjolkan diri dalam cara yang unik membuatkan anda lebih mudah dikenali.

Nota: Satu ketika dahulu, rakan-rakan blogger cakap, TRADEMARK saya adalah –  “Blogger yang mempunyai komen terpanjang dari post yang dikeluarkan” – menteil.net

JANGAN BAWA MASALAH

Tidak dinafikan kadang-kala dengan berkomenpun boleh mendatangkan kecelakaan pada diri. Kebiasaannya berlaku kepada mereka yang gemar melawat blog-blog berunsur politik atau pertikaian agama. Sebelum anda melakukan sesuatu yang boleh mengundang padah, maka bertatasusilalah ketika berkomen. Elakkan diri dari membuat komen yang boleh dikategorikan melanggar 5 Prinsip RUKUNEGARA.

SIKAP

Sikap yang menjadikan kita mungkin segan dan malu untuk menyatakan pendapat atau hasras sepatutnya diketepikan dalam usaha kita untuk menonjolkan diri kepada umum. Berbalik kepada topik “Senoir” dan “Junior” pada hemah saya tiada apa boleh dibanggakan. Meskipun dia adalah penulis blog yang senior, tapi sekiranya teknik yang digunapakai itu kurang berkesan untuk menulis, maka gelaran “Senior” tersebut tiada lagi simbolik untuknya.

TEKNIK

Seperti membuat rumusan karangan SPM pada sekolah menengah, komen dalam dunia blogger ini merupakan rumusan yang boleh anda buat sebagai seorang pembaca… diberi peluang untuk membuat kesimpulan dan menyatakan hasrat terpendam. Komen atau rumusan yang jitu mestilah mempunyai:

  1. Rungkaian tajuk – Olah kembali apa yang anda faham mengenai tajuk.
  2. Isi penting – Gabungan point di setiap perenggan dengan olahan sendiri.
  3. Penutup – Mungkin ada hasrat atau pesanan ingin disampaikan dibahagian ini.

FAHAM TAJUK

Kalau tajuk pun sukar untuk difahami, manakan datang idea untuk berkomen tersebut. Saya adalah seorang pembaca “Scanner” atau bermaksud seorang yang hanya membaca point tertentu untuk berkomen. Sekiranya catatan atau blog post tersebut kurang mempunyai point atau point ulangan serta point malar, maka rungkaian tajuk utama akan digunakan untuk berkomen. Tapi sekiranya tajuk pon kurang menarik minat, maka keberkesanan untuk berkomen akan menurun. Tips ini bukan sahaja untuk berkomen malah teknik untuk menulis blog.

KOMEN INTELEK

Bukanlah maksud tajuk ini untuk menyelar mana-mana tindakan rakan yang mungkin berbuat secara tidak sengaja atau kurang memahami konsep. Komen THREADED digunakan bukan bertujuan untuk membalas komen sendiri sebaliknya adalah untuk membalas komen orang lain. Sekiranya anda ingin menyampaikan komen atau idea yang berasingan, adalah bijak dan wajar anda memulakan komen dalam diskusi yang baharu, berbanding anda membalas kembali komen anda anda sendiri. Daripada anda membuat cara sedemikian, lebih elok kiranya anda berkomen dalam beberapa perenggan sekaligus atau mohon kepada pemilik blog untuk membuat satu post untuk perkongsian bersama dibawah tajuk yang anda kelolakan.

Bercerita panjang sedikit tentang permasalahan ini, tidak dinafikan mungkin… (saya kata mungkin) komentar tersebut mengejar jumlah komen (ini mungkin sahaja). Daripada sini orang sudah boleh baca yang anda sememangnya mengejar jumlah komen. Cuba jadi komentar yang bijak dengan mewujudkan topik perbincangan yang baru dibawah komen rakan anda. Barulah orang tak kata anda tamak. (Mulut orang sangat busuk)

Sekiranya pemilik blog menggunakan “THREADED COMMENT” plugin, sistem blog beliau akan menghantar email pemberitahuan (notification email) kepada komentar yang telah dibalas komennya oleh anda (sekiranya fungsi email diaktifkan). Jadi apakah motif anda komen dan membalas komen anda sendiri dan pada akhirnya notis maklumbalas komen dihantar ke email anda dan merujuk kepada komen anda sebentar tadi. Kebijaksaan berkomen agak kurang jelas la di situ. Anda seperti memperolokkan diri anda sendiri, sistem yang dimiliki oleh pemilik blog dan juga tujuan sebenar THREADED COMMENT digunakan. Adakah anda perasan di situ?

Komen mencari identity

Rumusan kepada tajuk besar yang cuba kita bincangkan pada hari ni adalah berkomen untuk mencari identity di dunia blog. Mungkin ada yang mengatakan, saya seorang kaki ampu atau mungkin cemburu atau mungkin apa-apa sahajalah kenyataan… saya akur dan terima kerana teguran sebegini menjadikan seseorang itu bertambah matang. Kadang kala komen yang agak keras menjadikan kita mula berfikir sejenak akan perkara yang kita tulis. Menerima kenyataan itu adalah sukar dan pahit. Namun perkara sebeginilah yang akan membetulkan kita dari melakukan kesilapan berulang.

Tidak semua orang boleh menerima komen atau kritikan atau pandangan secara terbuka. Jadi semasa berkomen kadang kala kita TERGHAIRAH berkomen. Sebelum butang [SEND] ditekan, cuba semak sekali lagi adakah wajar kita menulis komen sedemikian rupa? Apakah penilaian yang akan dibuat terhadap diri kita setelah komen dilepaskan? Apakah pula pandangan umum terhadap komen kita sebentar tadi? Dan… Bagaimana pula perasaan pemilik blog tersebut terhadap komen tersebut? Cuba tanya pada diri anda sendiri.

Nampak bukan? Ternyatalah tugas seorang komentar ini sama beratnya dengan tugas seorang penulis blog. Anda perlu menjaga persekitaran anda. Komentar juga dalah sebahagian masyarakat BLOGGER. Tapi rata-rata dari kita kurang member penekanan terhadap sesi komentar. Hanya menumpukan perhatian terhadap penulisan blog.

Nampaknya saya terpaksa berhenti dahulu buat kali ini. Rasanya macam baru nak panas, tapi saya juga perlu beri ruang kepada anda untuk menyampaikan hasrat yang terbuku di hati. Tidak molek kiranya semua point dibolot tanpa boleh diulas oleh pembaca. Itu juga satu teknik untuk membuka jalan untuk berkomen. Kesimpulan menulis blog dan berkomen adalah:- JANGAN BOLOT SEMUA POINT sekiranya penulisan blog anda dalam kategori perbincangan.

Insyaallah, sekiranya umur panjang dan diberikan rezeki serta kesempatan masa, kita akan bertemu lagi dalam sesi perbincangan yang lain. Sampai sini dahulu untuk perkongsian kita. Assalamualaikum dan salam ceria. Amin~

Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya saudara Azman Ishak yang merupakan penulis jemputan tetap di blog ini. Melalui blog Azmanishak.com beliau banyak berkongsi kisah kehidupan dan tips teknologi terkini. Projek terbaru beliau adalah kakikomplen.com.

nota : Panduan terbaik untuk semua yang pelawat denaihati.com

[ad#nuffnang336]


Spread the love

119 Comments

  1. Saya tertarik dengan tajuk “Bagaimana mencipta identiti dalam dunia bloging dengan hanya berkomen” dan ia tepat sekali dengan diri saya sebagai orang junior iaitu segan,malu dan takut semuanya ada dalam orang baru ni dan dengan adanya tips,entri Denaihati ini dapatlah saya menambahkan lagi pengetahuan berbloging,terima kasih bebanyak tuan.
    Curahan rasa galut @ ..Kepentingan Memiliki MinisiteMy Profile

  2. sy blogger baru=)..baru bertatih dan perlu banyak belajar lagi…entri ni sangat bagus n bermanfaat bg sy..namun, selalu je kena baca byk kali untuk faham….sbb byk juga istilah2 baru & xdifahami..huhu
    Curahan rasa SuFi @ ..Ramadhan Berganti SyawalMy Profile

  3. dapat ilmu baru hari ni. selama ni cuma fikir entri blog je yang boleh bina identiti, rupanya daripada komen pun sama

  4. sy setuju komen boleh bina identiti… pnjg ke pendek ke perlu mengikut keadaan entry itu sendiri jika memberikan cdangan kdang kala pnjg dr komen mengutuk…

    *perbalahan pada entry agama sering berlaku kalau blogger yg post entry tu x kaji betul2… ade yg nasihat secara baik & sebaliknya… seeloknya rujuk alim ulama sekiranya nak post tentang hadis/tafsir al-Quran dll…
    Curahan rasa kaizen @ ..Blog Lelaki VS Blog Wanita [Spontaneous Thursday]My Profile

  5. susah bila mahu komen di blog yg menulis isu politic. pandangan berbeza. saya penah cuba komen untuk meluahkan pandangan dan bukan bertujuan untuk mencari traffic. malangnya dibalas denagn ejekan oleh fans blog tersebut. saya hanya mampu mohon maaf dan menyatakan ini :

    “maaf. kalau setiap orang diberi tempat untuk menyuarakan pandangan masing2 dengan adil pasti tak terjadi kemelut seperti ini”

    saya belajar dari kesilapan. cuma saya berharap tuan blog yg menulis tentang isu berat sebegini boleh juga menerima kritikan, bukan hanya pujian.
    Curahan rasa che sakinah @ ..Kecekalan Asyraf Haziq pelajar malaysia di UKMy Profile

      1. makanya komentar yang bernas disuatu postingan blog yang ramai pengunjung dapat menggiring visitor untuk berkunjung ke blog kita juga.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!