Assalamualaikum dan salam 1Dunia, penggunaan internet pada masa kini sememangnya seperti sudah menjadi satu keperluan. Apatah lagi mereka yang sentiasa aktif dalam media sosial. Berjam-jam menghadap gajet masing-masing tidak kira dalam bidang pekerjaan atau kehidupan seharian, maka pemilihan plan internet terbaik juga sering menjadi sesuatu yang penting.
YES, merupakan satu jenama perkhidmatan mudah alih di bawah YTL Communications telah mengumumkan sesuatu yang menarik pada taklimat bersama dengan Intel Malaysia dan Acer. Peluang untuk memiliki Tablet Acer Iconia One 7 boleh melalui pelan bundle yang boleh didapati secara eksklusif dari semua YES Store dan YES Exclusive Retail Partners di seluruh negara. Untuk masa yang terhad sahaja, Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle menawarkan tablet Acer yang menggunakan processor Intel Atom Z2560 (1.6GHz) percuma dengan langganan pelan Internet YES 4G sebagai promosi pendaftaran awal.
Pengguna yang mendaftar dengan pelan bundle semasa promosi ini akan menerima Huddle XS dan tablet Acer 7-inci secara PERCUMA. Dengan pelan ini, pengguna dengan mudah dapat menyambung bukan sahaja untuk tablet mereka, tetapi untuk telefon pintar dan komputer riba dengan Rangkaian YES. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati kelajuan 4G sehingga 200Mbps dengan suara dan SMS semuanya dalam satu pelan tunggal.
YES Huddle XS 4G Mobile Hotspot ini sangat menarik dan ringan tetapi berkuasa. Dengan ketebalan hanya 12.5mm dan berat hanya 56 gram, ia mampu memberi capaian internet sehingga 5 unit peranti. Sudah tentu ia menguntungkan pelanggan yang mempunyai pelbagai gajet.
Acer Iconia One 7 merupakan satu peranti yang mempunyai reka bentuk yang mudah alih dan nipis 7-inci tablet dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560 di 1.6GHz dan menggunakan Android 4.4 KitKat. Selain paparan skrin 7 “HD IPS yang jelas bagi imej dan menonton video , Acer Iconia One 7 juga mempunyai penyambungan Bluetooth 3.0 , keupayaan WiFi dan Flash Memory 16GB.
Tablet ini juga dilengkapi dengan dual camera dan panel bertekstur boleh didapati dalam empat variasi warna iaitu hitam, biru, merah dan putih.
Berikutan kerjasama MoU kami dengan Intel Malaysia tahun lepas, hari ini kita bangga menjadi pembekal perkhidmatan Internet yang pertama dan hanya di Malaysia yang menawarkan tablet terkini Acer Iconia One 7 yang dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560, PERCUMA untuk setiap pelanggan baru YES dalam masa “early bird”. – Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, YTL Communications.
Menarik? Tertarik? Jangan lupa dapatkan segera dan daftar segera dalam promosi early bird ini. Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle boleh didapati mulai pada 28 Ogos 2014. Layari Promosi Terbaru Yes4G untuk maklumat lebih lanjut.
213 Comments
Tablet Acer menarik
tapi Yes4G kena survey dulu
Curahan rasa Mrs. A @ ..New Look
dekat rumah pakai yes broadband je….
Curahan rasa Atikah Norbaki @ ..1 GAMBAR TERBARU DAN 5 FAKTA TENTANG DIRI AKU – #CABARAN30HARI
Waalaikumsalam, Acer Iconia One 7 memang cool ya dengan teknologi konesi 4G pasti akan lebih cepat, semoga sukses terus denaihati
Curahan rasa yandi @ ..Asma Jangan Dibiarkan Saja
Terima kasih ya, semuga sahabat juga terus sukses…
Curahan rasa Denaihati @ ..Review lengkap blog adik beradik Fatihah Fazlin
mantap sekali tabletnya,, kira -kira berapa harganya ?
Curahan rasa ade sunandar @ ..Manfaat tissu basah
Tablet Acer Iconia One 7 ini percuma dengan langanan YES 4G.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hajat Blogger Dr. Fatin Liyana yang tidak boleh ditolak
keren banget hpnya fiturnya juga banyak. makasih DH untuk infonya
Curahan rasa crystal x @ ..Agen Crystal X Surabaya
Terbaik promosi yang diorang berikan. Tp tula kat umah den takdo coverage YES 4G. Bukan jodoh nampaknya. Masih setia dgn umobile.
Curahan rasa Jia Rizaira @ ..Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta
Yes memang bagus dari segi speed. Tapi saya ada pengalaman buruk dengan YES.
Curahan rasa daddydee @ ..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
memang yes 4g ada kelebihan dan penggunaan data yang optimum..laju giler..kredit pun cepat gak..hehe
Curahan rasa kie @ ..Watch The Video and Win Nissan Almera!!
Mmg promosi menarik drp syarikat YES ni…memberi kelebihan kpd pencinta-pencinta gajet….
Curahan rasa asraff @ ..Google Khas Sempena Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia
Benda percuma ni memang menarik.. Kalau ada peluang macam ni apa tunggu lagikan.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Element Case Ronin G10 Stealth iPhone 5/5s
menarik. bentuk fizikal macam ipad. tapi banyak kaler. boleh bagi banyak pilihan dipasaran..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Lagi seronok kalay tak ada kontrak kan?hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Download Panduan Exam Penguasa Kastam
dengan bayaran pun ada kontrak, free lagilah….heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Aduhai serik pakai YES 4G dengan seksaan 2 tahun kontrak. Lega sudah habis kontrak.
Curahan rasa akubiomed @ ..Rujukan peperiksaan online Penguasa Kastam W41
kenapa tu, mungkin masalah coverage kot…ada buat komplain ke…
Curahan rasa Denaihati @ ..Lintas langsung The Bidadari 2014 dari Putrajaya Malaysia
saya pun dah nak habis contrak..penat membayar je la…line sangat ok
Curahan rasa ainun @ ..Ebook Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
dah lama betul saya x main tablet sejak bagi adik pakai
Curahan rasa myrujukan @ ..Kenapa Pemasaran Email Marketing Sangat Berjaya
peluang dan sambar yang baru free. boleh check coverage dulu
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
wahhh..menarik plan nie..boeh dapat free tablet..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Running Man Episode 210 English subs
memang menarik, “early bird” sahaja tu, kena cepat lah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Hajat Blogger Dr. Fatin Liyana yang tidak boleh ditolak
Comments are closed.