Assalamualaikum dan salam 1Dunia, penggunaan internet pada masa kini sememangnya seperti sudah menjadi satu keperluan. Apatah lagi mereka yang sentiasa aktif dalam media sosial. Berjam-jam menghadap gajet masing-masing tidak kira dalam bidang pekerjaan atau kehidupan seharian, maka pemilihan plan internet terbaik juga sering menjadi sesuatu yang penting.
YES, merupakan satu jenama perkhidmatan mudah alih di bawah YTL Communications telah mengumumkan sesuatu yang menarik pada taklimat bersama dengan Intel Malaysia dan Acer. Peluang untuk memiliki Tablet Acer Iconia One 7 boleh melalui pelan bundle yang boleh didapati secara eksklusif dari semua YES Store dan YES Exclusive Retail Partners di seluruh negara. Untuk masa yang terhad sahaja, Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle menawarkan tablet Acer yang menggunakan processor Intel Atom Z2560 (1.6GHz) percuma dengan langganan pelan Internet YES 4G sebagai promosi pendaftaran awal.
Pengguna yang mendaftar dengan pelan bundle semasa promosi ini akan menerima Huddle XS dan tablet Acer 7-inci secara PERCUMA. Dengan pelan ini, pengguna dengan mudah dapat menyambung bukan sahaja untuk tablet mereka, tetapi untuk telefon pintar dan komputer riba dengan Rangkaian YES. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati kelajuan 4G sehingga 200Mbps dengan suara dan SMS semuanya dalam satu pelan tunggal.
YES Huddle XS 4G Mobile Hotspot ini sangat menarik dan ringan tetapi berkuasa. Dengan ketebalan hanya 12.5mm dan berat hanya 56 gram, ia mampu memberi capaian internet sehingga 5 unit peranti. Sudah tentu ia menguntungkan pelanggan yang mempunyai pelbagai gajet.
Acer Iconia One 7 merupakan satu peranti yang mempunyai reka bentuk yang mudah alih dan nipis 7-inci tablet dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560 di 1.6GHz dan menggunakan Android 4.4 KitKat. Selain paparan skrin 7 “HD IPS yang jelas bagi imej dan menonton video , Acer Iconia One 7 juga mempunyai penyambungan Bluetooth 3.0 , keupayaan WiFi dan Flash Memory 16GB.
Tablet ini juga dilengkapi dengan dual camera dan panel bertekstur boleh didapati dalam empat variasi warna iaitu hitam, biru, merah dan putih.
Berikutan kerjasama MoU kami dengan Intel Malaysia tahun lepas, hari ini kita bangga menjadi pembekal perkhidmatan Internet yang pertama dan hanya di Malaysia yang menawarkan tablet terkini Acer Iconia One 7 yang dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560, PERCUMA untuk setiap pelanggan baru YES dalam masa “early bird”. – Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, YTL Communications.
Menarik? Tertarik? Jangan lupa dapatkan segera dan daftar segera dalam promosi early bird ini. Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle boleh didapati mulai pada 28 Ogos 2014. Layari Promosi Terbaru Yes4G untuk maklumat lebih lanjut.
213 Comments
YES memang hebat. modem dia kecik saja. memudahkan pengguna untuk dibawa kemana sahaja. siap buat tawaran hebat Percuma Tablet lagi tuuu… huwaaaa memang terbaikkk lahhh!!!
Curahan rasa Jaakechik @ ..Kedai Cenderahati Cantik Dan Murah
Tawaran dari Yes ni, memang sangat menarik hati.. Cuma, pelanggan kena fikir panjang sebelum memilih dalam banyak-banyak tawaran dari pelbagai syarikat Telco lain..
Curahan rasa Zamani 84 @ ..(Gambar) Pencemaran Yang Cantik? Tapi Ia Benar-Benar Ada!
Beruntung buat mereka yang tinggal dibandar, pelbagai pilihan telco yg ada… Malah wifi percuma pun ada dimana-mana. Bagi saya di kawasan Hulu ni… hanya tm jer laaa…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51
La, baru tahu 4G Yes ni bawah syarikat YTL. Rasanya YTL sebuah jenama yang makin meningkat naik.
Isu kontroversi melibatkan mereka tu, tak tahulah sama ada betul atau omongan kosong. Huhu
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Acer Iconia Tab ni bagus tak? Ada tak kawan-kawan yang dah guna?
Sebab jarang benar saya tengok tablet Acer ni.
Tak tahulah kalau saya sendiri sebenarnya yang ketinggalan. Huhu
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
4G ni saya anggap sangat boleh dipercayai. Bak kata orang putih, ‘reliable’. Ramai kawan-kawan saya sendiri memuji. Cuma bab kuota internet tu, mana-mana telco pun sama, agak terhad bagi saya yang aktif guna internet ni. Hehe
wah … bagus gadjet ni .. mudah dibawa ke mana-mana .. so x perlu risau la kan
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..CPUV ke-2 dan ke-3 Dari Nuffnang
Bahkan, boleh menerima Huddle XS dan tablet Acer 7-inci secara percuma tu. Menarik! ^_^
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Menarik jugak plan YES ini. Lepas ini bolehlah cuba plan ini kerana plan ini ada kelebihannya yang tersendiri. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Jaa sekarang ni guna data Celcom 1 Malaysia, belum pernah cuba lagi YES ni. adik ipar cakap YES ni okay gak. tapi tu laa masih setia ngan celcom lagi ni. huhu.
Semakin ramailah pengguna YES lepas ni. selain dari kelajuan penggunaan, rupa fizikal hotspot tu lebih kepada mobility..mudah nak bawa kemana mana dan ringan..itu yang pengguna nak. Alang alang dah beli YES, boleh rebut tablet tu sekali 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Wahh, bestnya. Wawa pun pakai pelan Yes juga. Tapi sejak kebelakangan ni slow sikit kelajuan internetnya. Wawa kena jenguk laman web yes ni untuk dapatkan Huddle XS dan tablet Acer 7-inci secara percuma. Rasanya belum terlambat lagi kan?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
kawasan saya di puncak alam ni macam slow coverage je..tapi itu citer 2 tahun lepas, mana tahu 2014 dah makin laju. harus pergi check ni.
Curahan rasa tutyrahiza @ ..Atasi Kolesterol Dengan Mudah
PErcuma eh..macam berbaloi gak ni..
Curahan rasa JMR @ ..Kena block dengan Maybank2U
wah, hebatnya, mesti cuba juga dapatkan.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Panduan Memilih Kolagen Terbaik: Semestinya SCP
Di indonesia kayaknya belum ada dech…kayaknya keren bgt tuch thanks infonya
Curahan rasa cara meningkatkan traffic pengunjung visitor blog @ ..Cara Meningkatkan Traffic Pengunjung Visitor Blog
4G aku ingin sekali memilikinya
Curahan rasa yustiar ramdani @ ..Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy K Zoom – 2 prosessor
Comments are closed.