Assalamualiakum dan salam sejahtera, sekitar jam 11 pm 2/4/2016 kami dapat berita anak saudara kemalangan teruk ketika pulang daripada berniaga dengan ayah kawan baik beliau di sebuah pasar malam di Kluang. Selepas subuh 3/4/2016 kami sekeluarga bergegas ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang. Keadaan anak saudara memang sangat parah berada di wad ICU. Sahabatnya ditempatkan di ICU Hospital Besar Muar juga cedera parah. Berikut antara catatan ku di FB.
3 April, 6.26 pm :
Jangan berhenti teruskan berdoa dan kirimkan semangat positif tiada yg mustahil kerana sebelum ini sudah banyak terbukti kekuasaan Mu.
4 April, 8.45 am :
Siapa yg tak tersentuh hati melihat anak saudara terbaring kaku dengan kadar darah yg masuk dan keluar hampir sama.
Itulah ketentuan ALLAH yg telah tercatat utk menguji semua yg diuji. Yakin ALLAH jadikan semua dengan hikmah tertentu apabila kita redha dgn segala ketentuan. Semuga keajaiban akan berlaku lagi seperti ALLAH tunjukkan banyak sebelum ini.
Kerana itu kita mesti berubah.
5 April, 7.59 am :
6.52 am : innalillahhiwainnailaihirojiun ALLAH lebih menyayangi sahabat anak saudara. Semuga arwah Padil ditempatkan bersama para solehin. Takziah buat keluarga.
Al Fatihah
Semuga ALLAH beri kekuatan dan semangat juang yg tinggi kepada anak saudara untuk sembuh seperti biasa. We know you can DO IT Aliff.
Nota : status malam tadi telah didelete kerana ada kekeliruan berita.
5 April, 9.05 pm :
Anak saudara sedang berada dalam bilik Operation. Semuga ALLAH beri kekuatan pada beliau dan keluarga.
Tiada yg mustahil dengan izin ALLAH.
6 April, 7.09 pm :
Terima kasih kepada semua yg tanya keadaan anak saudara.
48 jam ke depan sangat kritikal.
Mohon sedekahkan AL FATIHAH semuga ada bacaan antara kita yg ALLAH terima utk kembalikan Aliff Naquiddin sihat seperti biasa. Tiada apa yg mustahil dgn izin ALLAH.
Terima kasih semua kerana ambil tahu.
7 April, 4.13 pm :
AL Fatihah
Hadiahkan Al Fatihah utk Aliff Naquiddin mungkin utk yg terakhir.
Al Fatihah.
Dari ALLAH kepada ALLAH.
8 April, 3.08pm :
2.35 pm : Innalillahiwainnailaihirojiun… Al Fatihah untuk arwah Aliff Naquiddin bin Anuar semuga ditempatkan bersama para solehin.
Terima kasih semua yg telah mendoakan dan mengirimkan zikir dan Al Fatihah selama arwah di hospital.
Kepada yg ada kelapangan nak ziarah insyaa Allah boleh datang di rumah keluarga di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam setelah selesai urusan dokumentasi hospital. Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Simpang Renggam (Belakang Masjid Al Falah).
Dari ALLAH kepada ALLAH kita insan kerdil tiada kuasa.
8 April, 6.42 pm :
Alhamdulillah selesai sudah urusan dokumentasi dan mandi. Dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke surau.
Semuga ALLAH permudahkan semua.
9 April, 10.36 am :
2.35 pm 08.04.16 : Innalillahiwainnailaihirojiun… Al Fatihah untuk arwah Aliff Naquiddin bin Anuar telah meninggalkan keluarga dan sahabat, semuga ditempatkan bersama para solehin.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan semangat sepanjang beliau berada di hospital Kluang.
Jutaan terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat taulan dekat jauh yang sudi menziarahi dan mengiringi hingga ke persemadian terakhir. ALLAH juga yg akan membalas segalanya.
Alhamdulillah lebih daripada 700 jemaah menyembahyangkan jenazah arwah dan mengiringi ke pusara. Semuanya berjalan dengan lancar dengan izin ALLAH. Ketika talqin dibacakan aku merasa angin sejuk yang sangat damai menghembus meresapi jiwa ini. Semuga damai mu anak di sana bersama para solehin.
47 Comments
Alfatihah..Hanya kepadanya lah tempat kita kembali, semoga amal kita diterima semua disisinya, amiin
Curahan rasa Hamacaan @ ..9 Desain Ruangan Mengagumkan yang Dulunya Pernah Menjadi Tempat Garasi Penyimpanan
salam takziah kepada anak saudara tuan Denaihati.,,semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Curahan rasa MYIPTV Malaysia @ ..What is MYIPTV Malaysia?
ajal bisa datang kapan saja, karena itu kita harus melakukan yang terbaik saat ini. seolah-olah yang kita lakukan adalah yang terakhir.
dengan begitu kita akan mendapatkan hasil yang semaksimal mungkin.
Tidak ada yg abadi, pasti semua akan menjemput ajalnya
semoga Aliif mendapat tempat yang baik,, amiin
Pengalaman kehilangan anak pertama dulu pun buatkan Mek ila bersedih beberapa tahun. Namun yang pasti apabila kita redha, ketentuan itu lebih mudah diterima. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia daripada kita semua.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Jom Melukis Bersama-Sama Anak
Innalillahi wa inna ilaihi rooji`uun. Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wafuanhu. 🙁
Al- Fatihah…
Curahan rasa Hari @ ..Masya Allah! Ini Dia 9 Kisah Mualaf yang Menggemparkan, Mulai dari Mantan Yakuza hingga Mantan Model Playboy
Sangat mengharukan. Moga kita dapat menggunakan masa yang ada ini sebaik-baiknya. Family first!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Yang Menyeronokkan di Taman Eco The ParC Setia Ecohill Semenyih
innalillahi wa inna ilaihi rooji`uun..moga Allah merahmati ruh2 mereka . Pemergian insan2 yang baik seringkali mengesankan orang2 yang ditinggalkannya..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Clean Eating
takziah buat keluarga. pasti kematian arwah berat utk diterima. apatah lagi arwah masih muda. al fatihah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Siapa Dr Zakir Naik?
Benar tu, kematian di usia muda sesuatu yang kita tak sangka. Namun janji Allah itu pasti. Tak cepat atau lambat sesaat. Semoga ditempatkan di kalangan kekasih Allah. Amin.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Mengapa Ibu Hamil Mudah Bermimpi?
Alfatihah.. Takziah buat keluarga.. Semoga tabah.. Setiap yang hidup pasti akan mati..
p/s: insaf
Curahan rasa Dzu Amri @ ..Kenapa Bayi Suka Sangat Bermain Dengan Cermin
Peringatan buat diri kita yang masih hidup. Semoga hidup kita sentiasa dikelilingi kebaikan dan keberkatan. Buat yang telah pergi, damailah di sana.
Curahan rasa yangbaik @ ..Renungan Hari Jumaat
Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.
Curahan rasa yangbaik @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Innalillahiwainnailaihirojiunn…. DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita kembali. Takziah tuan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Salam takziah buat bro Amir sekeluarga, semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… ameen…
Curahan rasa Supernifz @ ..Strok Haba
salam takziah kepada anak saudara Denaihati. Peringatan macam ni bagus. Setuju yang mati bukan datang bila tua atau ketika sakit. muhasabah diri
Curahan rasa Simkad Wafy Mobile @ ..Pengenalan Asas Dan Info Tentang Simkad Wafy Mobile
Alfatihah, takziah kepada tuan di atas pemergian anak saudara tersayang. baru-baru ini pun kanak2 yang saya kenali kembali ke rahmatullah selepas mengalami demam panas (disyaki meningitis). ada saya tuliskan di dalam salah satu posting saya minggu lalu. sesungguhnya mereka berbahagia di sisi Allah jua
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Perlukah Saya Detoks?
Comments are closed.