Ulasan Ringkas Berkaitan Khidmat Badal Haji

Spread the love

Assalamualaikum, alhamdulillah kita baru melangkah  ke dalam bualan Rejab yang penuh berkat. Musim haji kian dekat dan kali ini Ustaz Mohd Danial berkongsi tentang Khidmat Badal Haji yang kekadang dimanupulasi utuk kepentingan bisnis semata-mata.

Kaabah Haji 2015

ULASAN RINGKAS BERKAITAN KHIDMAT BADAL HAJI – KHIDMAT DARI PELAJAR MALAYSIA ARAB SAUDI

Disebabkan setiap tahun saya menerima soalan yang sama iaitu berkaitan khidmat badal haji maka saya berasa terpanggil untuk mengulas sedikit agar dapat membetulkan salahfaham yang berlaku seterusnya dapat memudahkan urusan pencari upah badal haji.

1. Tidak dinafikan bahawa mungkin wujudnya sindiket penipuan untuk memberi khidmat upah badal haji dengan harga yang murah seperti yang kita lihat diruang iklan umum dengan harga kebiasaan yang ditawarkan iaitu RM1500
2. Harga kebiasaan paling minimum yang diambil oleh pelajar malaysia adalah sekitar RM3000-RM3500. Bahkan ada yang dibayar lebih dari harga upah kebiasaan ini dan itu bergantung pada individu yang dibayar atas perbincangan peribadi
3. Berkaitan dengan khidmat upah badal haji yang di iklankan secara meluas itu saya tidak menyatakan kesemunya adalah menipu, tetapi berdasarkan bayaran yang agak murah wajar untuk mereka yang mahu memberi upah badal haji itu memikirkan apakah saluran itu benar atau tidak
4. Buat pengetahuan umum, bayaran upah badal haji kepada pelajar Malaysia itu adalah merangkumi sewa rumah, sewa kenderaan, makan minum selama lebih kurang seminggu, bayaran pengakutan semasa melaksanakan haji dan dam jika dikenakan. Maka RM1500 adalah tidak wajar dan tidak pernah diambil oleh pelajar Malaysia dengan harga sedemikian.
5. Kemungkinan juga bayaran upah diberi kepada selain pelajar Malaysia iaitu pekerja asing di arab saudi tetapi jika yang didakwa itu dibayar para pelajar Malaysia yang menuntut di Arab Saudi adalah tidak benar disamping jumlah pelajar Malaysia tidaklah terlalu ramai sehingga mampu untuk menampung semua upah yang diambil oleh khidmat upah badal haji demikian.
6. Kemungkinan harga agak murah jika dibayar kepada penduduk Mekah, ini kerana banyak kos dapat ditolak memandangkan mereka dekat dengan tempat melaksanakan haji berbanding Madinah yang agak jauh

gambar di padang arafah

Nasihat saya kepada pemberi dan penerima badal haji secara peribadi:

1. Berilah upah badal haji kepada badan kerja yang benar-benar dipercayai janganlah hanya kerana tawaran murah kita dengan mudah memberi bayaran tanpa mengetahui apakah ia benar-benar dilaksanakan atau tidak
2. Carilah individu yang soleh dan berilmu bagi melaksanakan badal haji untuk ahli keluarga kita, kerana kita mahu haji yang dilaksanakan itu adalah haji yang diterima bahkan haji mabrur sehingga dapat memberi manfaat kepada arwah
3. Jangan terlalu kedekut atau berkira ketika memberi wang upah badal haji, jika arwah telah menyimpan wang khusus untuk mengerjakan haji maka guna duit itu sebaiknya untuk digunakan bagi melaksanakan badal haji arwah. Bahkan ada individu yang dibayar RM10K iaitu dengan duit arwah sendiri untuk menyempurnakan haji arwah. Kenapa bayar dengan harga yang murah pada tempat yang tidak jelas salurannya?
4. Masalah ilmu yang tidak cukup seringkali menjadi masalah kepada orang yang mengambil upah haji seperti tidak mengetahui rukun atau hanya buat haji secara cukup syarat sahaja dengan meninggalkan yang sunat, bahkan wujud juga individu yang jahil atau menipu dengan mengambil upah haji lebih dari satu badal. Ini adalah tidak sah dari sudut hukum kerana tidak dibolehkan sama sekali untuk satu individu melaksanakan haji dengan niat lebih dari satu individu upah badal yang diambil.
5. Jika diyakini iaitu walaupun dengan harga murah tetapi tetap diambil oleh pelaku haji yang dipercayai maka tiadalah masalah tetapi pemberi upah badal haji haruslah memikirkan keperluan perbelanjaan individu yang melaksanakan haji pada tahun itu dengan adil
6. Kepada penerima upah badal haji pula yang bakal mengerjakan haji dengan wang tersebut, jangan sesekali menjadikan ini adalah sumber perniagaan dan ia adalah dilarang dalam agama seperti meminta wang secara berlebihan dan lebih dari cukup melainkan wang itu diberi secara sukarela tanpa ada unsur “demand” lebih.
7. Sangat beza orang yang melakukan haji kerana mencari duit dengan orang mencari duit kerana mahu mengerjakan haji.
8. Sebaiknya ketahui hajat atau keperluan wang orang yang mahu mengerjakan badal haji itu dan jika mahu memberi wang lebih dari keperluan kepada penerima upah badal haji maka itu adalah hak yang memberi upah.

Wallahu’alama bissawab.

Mohd Danial Madani,
Universiti Islam Madinah


Spread the love

36 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!