Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kuala Lumpur: Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan yang dinaikinya dihempap sebuah bongkah konkrit pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Sabtu.
Pemandu kereta alami detik cemas .
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 19, 2020
Ia selepas batu konkrit di tapak binaan dilapor jatuh dan hempap keretanya.
Kejadian berlaku di Sungai Besi berhampiran TBS, Cheras, Kuala Lumpur
Video : Orang awam pic.twitter.com/etL1XouIJ2
Mangsa yang berusia 25 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Saga BLM itu melalui kawasan berkenaan di Lebuhraya MRR2 berhampiran Stesen Minyak Shell, Bandar Tasik Selatan dari Sungai Bemsi menghala ke Ampang sebelum secara tiba-tiba bongkah besar berkenaan jatuh tepat pada kenderaan yang dinaikinya.
Kenderaan tersebut remuk teruk menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kereta berkenaan.
Orang ramai disekitar kawasan itu yang melihat kejadian membantu untuk mengeluarkan mangsa.
Video kejadian tersebut tular di media sosial yang menunjukan keadaan cemas ketika usaha membantunya berdasarkan keadaan kenderaan mangsa yang agak teruk.
Wanita berkenaan bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM).
Ketua Polis Daerah Cheras, Assisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi oleh Astro AWANI mengesahkan kejadian.
Jelasnya, wanita berkenaan mengalami kecederaan di tangan kiri dan kini berada di Zon Kuning di HUKM.
Menurut polis, punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: Awani
3 Comments
Begitulah sikap sesetengah kontraktor binaan, ada yang nak jimat kos tanpa fikirkan kesannya pada orang lain.
Kalau tengok gambar bahagian yang di runtuh pada jambatan, sepertinya jambatan bahagian itu sudah siap. Dan seolah-olah konkrit itu hanya ‘digam’ pada jambatan. Soal keselamatan pembinaan di negara kita msih lemah sebenarnya.
Ya Allah, nasi baik nyawa masih panjang. Mesti dia trauma. Semoga menjadi pengajaran kepada syarikat2 pembinaan
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Berangan Nak Ada Courtyard
Comments are closed.