Hidup ini bukan kita yang menentukan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam perjalanan aku dan keluarga menuju ke Ilham Resort, Port Dickson untuk menghadiri mini gathering teman lama sama sekolah, kami terserempak dengan kemalangan maut. Penunggang motosikal terbaring ditutup kertas surat kabar di atas Lebuhraya PLUS kira-kira 5 meter dari motor kapcai yang remuk bahagian depannya. Begitulah rapuhnya nyawa manusia dan ini buktinya hidup ini bukan kita yang menentukan.

Ilham Resort, Port Dickson

Perjalan diteruskan sambil berfikir berapa ramai manusia telah terkorban di atas jalanraya akibat kelalaian sendiri atau kelalaian pemandu lain. Kesan-kesan kemalangan di lebuhraya samada yang lama atau yang baru terlalu banyak kelihatan.

Dalam perjalanan aku menalefon teman aku yang menjadi organizer untuk memastikan lokasi sebenar Ilham Resort untuk memudahkanaku menuju tanpa tersasar ke tempat lain. Lebih kurang jam 3 pm aku sampai ke lokasi. Setelah mengambil kunci aku dan keluarga berehat di bilik. Lewat petang aku turun untuk bertemu dengan teman-teman yang sudah sampai. Sampai di lobi teman aku yang menguruskan majlis mini gathering memohon maaf sebab kena balik segera.

Teman aku baru sahaja dapat panggilan bahawa adik ipar bongsunya meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di Bangi. Yang lebih tragis lagi isteri teman aku dikatakan baru lepas berbual-bual melalui telefon dengan adik bongsunya. Aku terdiam sebentar begitu mudah Allah mengambil nyawa kita ini. Begitu rapuhnya nyawa kita tetapi terlalu ramai manusia tidak sedar. Ada yang berlagak bagaikan mereka akan hidup seribu tahun sombong, angkuh dan ego. Orang politik berhujah mempertahankan pendirian kepartisan tanpa batasa sehingga lupa pada batas agama. Orang bisnis mengejar wang sehingga lupa dunia ini sementara. Paling malang ada yang lupa pada ibubapa juga lupa mendidik anak-anak mengenal Allah hanya kerana hal-hal dunia dan yang super paling malang lupa kepada Rasulullah dan Allah yang satu.

Hari ini hari penunggang motor dan adik ipar teman baik aku …. mungkin esok giliran aku. Sudah bersediakah aku kerana hidup ini bukan kita yang menentukan. AL-FATIHAH untuk mereka yang pergi dahulu.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

244 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!