Kesempatan Terakhir Untuk Menatap Wajah Isteri Sambil Pakai PPE

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ajal dan maut itu memang rahsia Allah SWT. Kita tidak akan menjangkakan bilakah waktu kita akan menghadap Ilahi. Baru-baru viral gambar seorang suami yang berpakaian PPE sedang melihat jenazah isterinya dikebumikan.

Sungguh sayu melihat gambar yang dikongsikan dari Facebook MyJointForce .

Mohd Noh yang memakai PPE dan melihat jenazah isteri, Allahyarham Norhidayah Amishammudin, 25, dikebumikan dari jauh bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Mohd Noh adalah anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan dibenarkan pulang bagi ‘bertemu’ isterinya buat kali terakhir.

Mohd Noh dibenarkan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir kepada isterinya kelmarin dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau sepatutnya menamatkan misi pada awal bulan hadapan namun terpaksa pulang awal susulan keadaan arwah isterinya yang kritikal sejak seminggu lalu.

Walaupun dia mendarat awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu kira-kira jam 3 petang kelmarin namun dalam kita bergelut dengan wabak Covid-19, dia tidak terkecuali melalui SOP yang ditetapkan KKM.

Isterinya, Norhidayah sebelum ini disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak tiga tahun lalu bagaimanapun seminggu terakhir ini doktor mengesahkan arwah menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tok Gobah, Air Mawang sebelum solat Jumaat semalam.

Pasangan ini berkahwin tiga tahun lalu namun belum dikurniakan cahaya mata.

Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman di dalam Syurga. Aaminn.

Al-fatihah..

Sumber : MyJointForce, Metro


Spread the love

One Comment

  1. Allahu… duduk jauh menjalankan tugas, isteri sakit, jarang berjumpa dan tiba-tiba bertemu ketika ingin berpisah selamanya. Ujian ini memantapkan iman bagi mereka yang menerima dengan redha dan sabar.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!