Cara Memilih Durian Yang Baik

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “10 video dengan lebih 100 juta views”.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 32 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Alhamdulillah 2018 banyak betul durian dan harganya pun murah sangat. Ramai yang dulu kempunan nak makan durian kali ini dapat makan sampai pengsan. Bila di tanya pekebun katanya terpaksa jual dengan harga sangat murah sebab ini kali musim besar Durian sehingga ada yang borong sebiji RM2 sahaja. Bila ditanya pada penjual katanya kena turunkan harga sebab Durian banyak sangat. Ni kali musim besar Durian. Bila di tanya pada orang politik katanya Alhamdulillah harga durian turun berkat Pakatan Harapan ambil alih Kerajaan.

Harga Durian di musim besar

Harga Durian Musang King selalunya lebih RM45 se kilo tapi kali ini boleh dapat RM20 sekilo. Durian Udang Merah, Durian 101, D24, D13 dan durian kawin yang lain boleh dapat bawah RM15 sekilo. Durian kampung lebih murah ada yang dapat bawah RM5 sekilo.

Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi kita yang mampu untuk berkongsi sebab walaupun harga murah masih ada yang tak mampu membeli. Walaupun durian sudah melambak terlalu banyak masih ramai yang tak pandai memilih durian yang baik. Ramai juga yang kena tipu dengan penjual durian yang nak abiskan stok yang banyak.

Cara Abang pilih Durian baik mudah je minta penjual buka setiap biji yang dibeli untuk tengok isi. Kalau dia tak nak buka bye bye cari penjual lain. Kita punya duit kita buat pilihan.

Tips Beli Durian Baik

Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.

Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.

Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.

‘Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas’

Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.

Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy.

Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.

Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian.

Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Saya cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.

Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.

1. Bentuk bulat. Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian. Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai. Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi. Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri. Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau. Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring. Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit. Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna. Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim. Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.

Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.

Azlan Noor
Pilih, beli dan makan durian

Sumber : FB page Durian Malaysia


Spread the love

58 Comments

  1. Tahun ni rasanya musim durian yang paling meriah. Ofismate siap amik cuti sebulan utk jual durian, dapat untung cover 2 bulan gaji..fuh

    1. Harga cekik darah tapi kualiti tak elok tu memang jenis tak kisah makan hasil haram la gamaknya..geram la plak

  2. sebaiknya pilih durian yang memiliki duri pendek dan jarang. durian dengan duri yang pendek dan jarang memiliki isi yang banyak dengan rasa yang lebih manis.

  3. Dari bentuk duri buah ini kita juga boleh mendapatkan durian yang dengan isi yang manis dan banyak.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!