Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang atau lebih dikenali sebagai Tongkat Warrant memberi kesan yang mendalam di dalam hati dan jiwa. Sajak beliau bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh” adalah satu catatan Bangsa Melayu yang dikatakan satu Bangsa yang hilang sehingga kini masih tidak jelas susur galurnya walaupun berbagai kajian telah dibuat.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
Memang telah disebut dalam Al Qurat surah Al Hujuraat ayat 13 bahawa manusia memang dijadikan berbangsa-bangsa untuk dijadikan sebagai ujian kerana hanya mereka yang bertaqwa dikalangan bangsa-bangsa dan suku-suku tersebut akan dipandang mulia di sisi ALLAH SWT. Bangsa Melayu adalah antara beribu bangsa yang terdapat di dunia yang dilahirkan dari keturunan Nabi Nuh a.s.
Kisah Sejarah Bangsa Melayu yang hilang tercatat SINI
Kehebatan Bangsa Melayu yang merupakan bangsa alter yang boleh berubah sifat apabila terdesak lihat sahaja apabila saudara seIslam di Gaza dibantai oleh Israel tiba-tiba Bangsa Melayu jadi garang sehingga berani menggegar pintu restoran Mc Donald yang membantu Israel.
“Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” – Surah Al-Hujuraat ayat 13
Semuga kita menjadi antara Bangsa Melayu yang bertaqwa yang mendapat kemuliaan di sisi ALLAH. Hidup kita di dunia adalah mencari redha ALLAH biar pun manusia lain marah tetapi jangan sekali mencari redha manusia dengan kemarahan ALLAH. Bangsa ku Melayu sedang berpecah pasti boleh dirapatkan jemaah dengan hanya mengikut cara hidup yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW.
“Imam Ahmad juga meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amirah, suami Darrah binti Abi Lahab, dari Darrah binti Lahab, ia berkata: “Ada seorang laki-laki yang berdiri menemui Nabi saw. yang ketika itu beliau tengah berada di atas mimbar, lalu ia berkata: ‘Ya Rasulallah, siapakah orang yang paling baik itu?’ Rasulullah menjawab: ‘Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik bacaan Al Qur’an nya, paling bertaqwa kepada Allah, paling gigih menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, dan paling giat menyambung tali silaturahim.’
239 Comments
Tinggi sungguh bahasanya. Nama pun saterawan kan.
Curahan rasa Ammar @ ..Bila Melayu Tunjuk Pandai Isu Boikot!
wpun tinggi bahasanya, tapi senang difahami dan dihayati.
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
2 kali juga saya ulang baca baru faham sikit2.. sikit je tak banyak… 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
bagi yang belajar satera di sekolah atau U mesti sangat mengenali karya beliau.
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
Sajak yang sangat menarik.
Fakta yang memang kena sangat dengan Melayu. [#sentap]
Tak Melayu hilang di dunia kata Hang Tuah.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Di Pagi 1 Syawal 1435H
kan..sungguh dalam maksudnya. dan ada betulnya dgn situasi skang..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Puisi yang menyedarkan kita sebagai Melayu dari lena yang panjang….. Ayuh, bangkitlah melayu!
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
budak2 sekarang dah tak kisah benda2 macam ni.. yang penting nak berseronok ja..
ha ah.. tengok budak2 sekarang macam mana perangai… huhu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
fakta macam ni lah harus orang2 kita baca dan hayati.. ye dak ?
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Fahami apa yang cuba disampaikan melalui puisi penuh makna ini…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
betol tu.. baca biar sampai dapat mesej tu, kasi insaf sikit diri baru hebat
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
sajak yang indah sekali susun katanya..berkias-kias tapi penuh makna tersirat..banyak betulnya terkena direct kat batang hidung kita orang melayu..kata bidalan dan pepatah tu hampir kesemuanya kena sangat dalam sajak ini..
Curahan rasa zara @ ..Cerita Saya Dan Shaklee
heee. sebagai peringatan buatkita. buat kata Dr.M, Melayu mudah lupa.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
Melayu Mudah Lupa..tajam kata-kata Dr.M..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Tu la di Tun Mahathir.. Pernah tengok dalam satu ucapan beliau mengenai melayu sampai mengalir air mata sebab Tun tahu macam mana perangai orang melayu
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
betol tu haa… Dr M ni memang bijak dan betol apa yang dia kiaskan..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
“Saya tak takut dengan persaingan orang Cina. Yang saya takut ialah hasad dengki orang Melayu” Antara kata2 Dr M tentang melayu yang paling menyentuh bg saya…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
harap peringatan cenggini mampu bangkitkan Melayu ke arah lebih jauh..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Harap2 begitulah walaupun agak payah nak ubah. Saya melayu dan saya faham perangai melayu… Kita kena ubah jika hendak maju ke hadapan sebaris bangsa2 lain di dunia ini
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
susah tapi tak mustahil bro… cuma tu lah, perngai orang kite ni.. hmm
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
orang melayu kena berubah dah.. jangan dok kena sgt dengan ramalan orang, dah tahap kesian kot orang kita nih
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Bahasa melayu dulu-dulu memang indah sangat. Bukan bahasa bro, lu, gua macam budak-budak sekarang.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Berpuasa dan beraya di Melbourne
kalau dalam filem 60an, dialognya pun sedap juga, beza dengan sekarang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
betul tu..skrip dalam tv pon boleh wat karangan kat sekolah..skang ni kalau folo skrip TV, abesla budak2 tu fail esei BM..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Kekadang tu, marah masih sempat berpantun lagi.. Hee
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
lagu pun beza jugak… lagu dulu2 mmg tak ditelan zaman.. memanjang jaa orang dok dgr…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
itu dinamakan isu evergreen..tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas..sastera merentas zaman..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
yeahh.. dulu aku tak minat dengar lagu2 lama tapi bila dah dgr elok2, melekat terus
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Betul tu… lagu2 sekarang nie ntah lah, cepat bosan dengar. Boleh kira lagu2 yang best dan bertahan lama…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
kalau yang tahu, takpa tapi kalau yang tak tahu, macam biadap pun ada
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
pernah terbaca ttg bangsa melayu ni..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Rabu | Papa Tolong Dengar
kalau ada maklumat lagi bolehlah kongsikan dengan kawan-kawan kat sini.
Curahan rasa Denaihati @ ..Seks suami isteri di bulan Ramadhan
betul tu..berkongsi dgn reader..leh gak tambah ilmu tentang bangsa kita sendiri
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Kalau untuk kebaikan dan menyedarkan melayu macam kita nie, kongsi jer… untuk manfaat bersama
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
kongsi jangan tak kongsi.. biar lagi ramai yang tahu pasal nih..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
saya juga berharap info tentang perkara tersebut disebar luaskan lagi..ia amat penting dan bermanfaat..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
Sebagai rujukan bat kita dan menyedarkan siapa melayu sebenarnya..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
harap bangsa kita terus maju.. jangan dok mundur..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
saya percaya tak akan melayu hilang di dunia..kata-kata lagenda Hang Tuah..pahlawan hebat Melayu
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
Letakkan dalam kepala kita betapa kita melayu ini hebat! Tukar presepsi yang mengatakan kita ini malas….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
mudahan bangsa Melayu terus maju dan dikagumi dunia.
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
kalau ada lagi yang menarik, silakan berkongsi okeh..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sebenarnya tidak kiralah kita datang dari bangsa apa sekalipun, asalkan kita menjadikan ISLAM sebagai satu2nya cara hidup kita dan tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup barat yang merosakkan, InsyaAllah kita akan menjadi satu bangsa yang bermaruah dan dihormati di dunia.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al Qassam
ya betul, Islam jadikan kita semua bersaudara tak kira Melayu atau bangsa apa pun.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kemeriahan Iftar Bersama Blogger 2014
Bab nie saya sokong 200%. Itulah yang sebenar-benarnya..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
biar Islam menjadi panduan hidup.. baru laa aman dalam diri dan luar jugak
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
walaupun saya bukan berbangsa Melayu..namun saya kagum dengan seni sastera dan bahasa yang begitu indah sekali
wow HB.. hehe.. terima kasih… setiap bahasa ada uniknya
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Yup.. Melayu mempunyai satu tarikan dan keunikan tersendiri…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Menurut teori ilmu tarikh, asal bangsa Melayu ada dua teori yang terpadu. Teori pertama, Melayu berasal dari Shin (Cina). Teori kedua, Melayu berasal langsung dari Maguwg (Mongolia). Kedua teori ini terpadu karena Shin adalah putra Maguwg dan Maguwg putra Yafidz bin Nuh. Jadi Bangsa Melayu ada pertemuan antara Eropa, Mongolia dan Cina pada Yafidz bin Nuh
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Lowongan Kerja PT Kereta Api Indonesia Lulusan SMA dan SMK
terima kasih maklumat ini kang, baru tahu adanya ilmu tarikh…
Curahan rasa Denaihati @ ..Apabila Gaza tidak tunduk pada Tel Aviv
saya ada juga terbaca tentang fakta asal usul orang Melayu..memang menarik sekali
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
aku sendiri tak tahu asal usul dengan mendalam.. huhu..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
buat entri bro untuk penjelasan lagi panjang, kot2 ada yang sudi baca kan..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Waahhh… perkongsian menarik. Tapi berasal daripada mongolia tu baru dengar…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Bangsa Melayu memang terkenal dengan adab sopan santun dan berbudi bahasa, sehingga disegani oleh bangsa-bangsa lain di dunia… Tetapi ada masanya bangsa Melayu lebih ganas daripada singa di Rimba, mengikut keadaan dan situasi tertentu…
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014
suka lak perumpamaan bro, lebih ganas drp singa di rimba..ada benar maksudnya itu #CDM25
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
#CDM25 tu garang tak kena tempatlah pulak…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
Tu salah satu contoh singa di rimba haha..garang2 pon mesti ada cara nak jinakkan..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
segarang manapun kita undang-undang negara tetap ada untuk melindungi hak asasi seseorang
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
kalau dulu, masa aku belajar sejarah, melayu ni ramai yang respekk.. fuhh
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Itulah melayu. Betullah apa yang tertulis dalam puisi nie…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
“Jika menipu masih bersopan…” Hee..
dalam gak puisi isi yang terkandung dalam puisi nie..
menipu berthemah tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak.
Curahan rasa Denaihati @ ..Salam Aidilfitri 1435H
ni lebih kurang macam istilah ‘tipu sunat’ ke camana? hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
tipu sunat hanya dibenarkan supaya keharmonian rumahtangga,mendamaikan orang yang ada konflik dan demi menjaga maruah seseorang..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
ontah la… tipu sunat kalau nak mendamaikan dua pihak, tu yang sunat…
Unik juga bangsa Melayu nie.. Tipu pun sampai macam nie.. hehe
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
menipu ni tak bagus.. bleh bawa bencana dan dosa..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Tipu sikit2 je.. jangan tipu banyak nanti masalah besar… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
tu pasal aku bagitahu, memang mendalam woo.. terbaek arhh
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Itulah melayu yang kita sendiri tidak boleh nafikan…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
berani sangat smpai gi gegar pintu mcD tu..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Mungkin tak perlu sampai macam tu…heee. boikot tak beli pun dah cukup.
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
itu pasla tuan..terkejut gak dengar..sikit-sikit nk berdemo je..boikot ektrem ke apa tu..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
saya pun hairan kenapa kita begitu fanatik dalam soal begini..sedangkan dalam mengamalkan sunnah tak sehebat itu,,semoga perkara ini tidak menjejaskan martabat dan budaya Melayu yang tinggi kesopanannya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
boikot dengan bijak.. guna akal, bukan guna lutut.. hehe
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Terlebih kemelayuaan di situ… Walaupun sepatutnya benda tu tak perlu berlaku..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Melayu itu kuat semangatnya, Kental jiwanya, pantang menyerah kalah, patah kaki bertongkat paruh…
Curahan rasa yangbaik @ ..Siapa yang baik budi pekerti
ya, dah dibuktikan sejarah sebelum Malaysia merdeka dulu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
semangat juang yang begitu tinggi begini telah membawa kepada kemerdekaan negara..syabas bangsa Melayu yang hebat dalam perjuangan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
Itulah sebenarnya Melayu namun seperti yang Usman Awang tulis, Melayu itu sendiri yang tak nampak benda nie…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
betol tu.. ramai yang berjuang dengan hebat untk capai kemerdekaan kat negara ni
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Banyak bukti yang boleh kita lihat pejuang2 kemerdekaan dulu seperti, Mat Kilau, Tok janggut dan yang lain-lain lagi…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
memang pun.. tapi kalau tengok sekarang, cam tak kena je tempatnya.. huhu
sangat bertepatan dengan sikap/sifat bangsa melayu terutamanya dengan isu yang terjadi skang ni
saya berharap semangat begini boleh berterusan hingga ke generasi yang seterusnya..insya Allah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
Yup. bak kata Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang di dunia”.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
kena sngat lah dengan melayu sekarang tapi ada jugak tang negatif.. berani dlm bab salah.. huhu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Macam Puisi kat atas tu, Malu Melayu jangan terlebih sangat malu tu sehinggakan menenggelamkan keyakinan diri..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
“Watak Melayu menolak permusuhan”.. dek kerana politik, sedikit sebanyak watak melayu sekarang semakin berjauhan dengan watak asalnya
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Anak Suka Menjerit
Memang ada betulnya, tapi garang dan taringnya masih ada…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
ia bagaikan harimau yang cuba menyembunyikan kukunya..kuat dan gagah namun masih mempertahankan kesopanan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
ada ja yang betol2 berjuang tapi kalau yang nak nama ngan pangkat, tak lama dok malaysia kot.. hehe
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Akan hilang watak melayu yang sebenar kalau itu yang dikejar….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
betul cakap bro, disebabkan politik, sesama kita sanggup berpecah belah..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
pepecahan begini wajar dielakkan sama sekali..sebab bangsa Melayu itu sendiri adalah sama dan bersaudara
bukan tu ja, disebabkan politik, budi bahasa ngan tata tertib pun ilang pi mana
Berpecah-belah inilah sebenarnya yang merisaukan kita, Melayu….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
haaa.. aku setuju ngan mu, bro.. kalau tengok politik sekarang, ramai kaki jaa, takda makna sangat..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
sangat terkesan dalam hati saya Tuan DH :'(
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Bukan Suami Tak Suka, Tapi Isteri Yang….
setiap baris ada maknanya yang tersirat, tu yang baca perlahan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kutipan Emas Malaysia sukan Komanwel 2014
pendek kata bangsa Melayu bukan setakat pada sastera tetapi hebat dalam perjuangan hak manusia sejagat..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
setuju.. ada jugak hebat nak buat salah, tu pun gila namanya.. hoho
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
baca perlahan dan hayati makna.. fuhh.. mendalam tuuu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Usman Awang memang bijak menyusun ayat..dua tiga kali baca untuk memahami erti kata sebenar
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
bukan itu sahaja hebat juga urusan kemanusiaan dan perundingan..
kalau baca sekali, mmg barai laa.. kena baca banyak kali, dapat kot makna mendalam tuh
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Banyak Puisi2 beliau yang hebat2… Ada satu puisi pasal guru yang tak ingat tajuk apa tapi tiap kali hari guru, ramai yang send puisi tu kat guru2. emang sesuai…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
baca ngan perlahan, ada laa yang terkena ngan batah idong sendiri kot.. hehe
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Haha… Betul tu.. dalam kehalusan puisi ini terselit juga sindiran kalau kita perhatikan bait2 ayat yang terkandung… 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
menarik sungguh sajak ini.. sangat mendalam dan punyai 1001 maksud..
Curahan rasa KiD @ ..Rindu Awak 200%
sangat mendalam maksudnya dan memang tepat pun. sama-sama kita hayati.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
lagi kita gali, lagi dalam maksudnya..try baca 4,5 kali
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
baca setiap hari dan ambil pengajaran serta mesej yang cuba disampaikan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
hehehe.. rasa2 aku dapat tang nih kot… sesuai tu muhasabah diri nih
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Betul tu… saya baca dua tiga kali baru faham sikit2… Memang deep…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
hayati dan praktikkan kalau ada yagn terkena dgn batang idong sendiri..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
lebih kot dari 1001 maksud kalau dah mendalam macam nih.. huuhu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Comments are closed.