Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang atau lebih dikenali sebagai Tongkat Warrant memberi kesan yang mendalam di dalam hati dan jiwa. Sajak beliau bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh” adalah satu catatan Bangsa Melayu yang dikatakan satu Bangsa yang hilang sehingga kini masih tidak jelas susur galurnya walaupun berbagai kajian telah dibuat.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
Memang telah disebut dalam Al Qurat surah Al Hujuraat ayat 13 bahawa manusia memang dijadikan berbangsa-bangsa untuk dijadikan sebagai ujian kerana hanya mereka yang bertaqwa dikalangan bangsa-bangsa dan suku-suku tersebut akan dipandang mulia di sisi ALLAH SWT. Bangsa Melayu adalah antara beribu bangsa yang terdapat di dunia yang dilahirkan dari keturunan Nabi Nuh a.s.
Kisah Sejarah Bangsa Melayu yang hilang tercatat SINI
Kehebatan Bangsa Melayu yang merupakan bangsa alter yang boleh berubah sifat apabila terdesak lihat sahaja apabila saudara seIslam di Gaza dibantai oleh Israel tiba-tiba Bangsa Melayu jadi garang sehingga berani menggegar pintu restoran Mc Donald yang membantu Israel.
“Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” – Surah Al-Hujuraat ayat 13
Semuga kita menjadi antara Bangsa Melayu yang bertaqwa yang mendapat kemuliaan di sisi ALLAH. Hidup kita di dunia adalah mencari redha ALLAH biar pun manusia lain marah tetapi jangan sekali mencari redha manusia dengan kemarahan ALLAH. Bangsa ku Melayu sedang berpecah pasti boleh dirapatkan jemaah dengan hanya mengikut cara hidup yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW.
“Imam Ahmad juga meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amirah, suami Darrah binti Abi Lahab, dari Darrah binti Lahab, ia berkata: “Ada seorang laki-laki yang berdiri menemui Nabi saw. yang ketika itu beliau tengah berada di atas mimbar, lalu ia berkata: ‘Ya Rasulallah, siapakah orang yang paling baik itu?’ Rasulullah menjawab: ‘Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik bacaan Al Qur’an nya, paling bertaqwa kepada Allah, paling gigih menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, dan paling giat menyambung tali silaturahim.’
239 Comments
bahasa yg puitis..tp ada maksud penting yg petlu difahami.
Wah..mendalam sekali maksud sajak Usman Awang tuh..walau berkias tetap menusuk kalbu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Ramai tak puas hati Peperiksaan Online SPA
Kawe bukan orang seni. Still kawe dapat juga rasakan keindahan sajak tersebut. Amazing!
Curahan rasa Ismail N @ ..5 Android Apps To Keep Your Kids Busy On Your Way To Holidays
Keindahan sajak Melayu banyak berkias tetapi tetap sampai maksudnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Ramai tak puas hati Peperiksaan Online SPA
orang biasa pun bisa memahami mksud di sebaliknya kan
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Memang bangsa melayu terkenal akan sajaknya yang indah
Curahan rasa Hamizan @ ..Website Pendaftaran Online CPNS 2014
setuju ngan bro… kalau dulu, mmg aku tak reti nak hayati tapi skrg laen… beza woo
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
sastera itu indah..petunjuk tingginya ilmu dalam berbahasa dan sepatutnya hidup ini bagus diungkapkan dengan bahasa Sastera
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pelajari Kuasa Hipnosis Dari Youtube
sb tu sasterawan, bila berbicara, sodap dgr kes input yang mnarik
Namun orang yang berminat dengan sastera nih dah semakin berkurang..orang sekarang tak suka sangat cakap berkias-kias nih..suka direct to the point..
Curahan rasa UpProfits @ ..Niche X Mastery Blueprint Buat Duit Internet?
saya amat suka kepada tajuk artikel ini..betul-betul menarik perhatian
kena pulak orang lama… lagi diorang tertarik, heee
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
org lama lg la kan..org baru pon tertarik gk
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Indahnya susunan bahasa, lembut penuh pesona tetapi maknanya sangat menikam jiwa. Pena orang seni bisa mengetuk jiwa tiap manusia.
Best sangat sharing ni 🙂
bagi peminat sastera inilah masterpiece yang terbaik untuk dilayan jiwa kita semua
cam HB cakap, peminat sastera ke ni ? hehehe… cara komen tu pun dah hebat
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
“jangan segan menetang larangan”.. fuh ayat.. beza dari yang lain woo, mendalam nih
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
hebatkan ilmu sastera ini boleh menjelaskan maksud secara berbeza kepada kita semua
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pelajari Kuasa Hipnosis Dari Youtube
betol… bnyak maksud yg bleh tahu dgn hanya satu sajak jaaa
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sekali lagi saya tertarik dengan gaya penulisan yang diselitkan dengan sedikit ayat2 Quran dan hadis nabi… Terbaeeekk!
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
bukan hang ja yang tertarik, aku pun sama jugak aih.. hehe
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
begitulah hebatnya bahasa sastera..maksud nedalam,ayat menyentuh perasaan dan susunan ayat cukup teratur..
disusuli dgn ayat suci al-Quran pulak.. fuhh.. menikam jiwa nih
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
saya kagum dengan hasil sastera Melayu..penggunaan bahasa yang sangat indah amat menuntun jiwa..orang yang membacanya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
Tu la pasal… dalam puisi tu terselit pengajaran dan penjelasan tentang Melayu macam kita nie… ada benarnya
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
kalau dah berjiwa besar macma ni, mmg leh buat orang cair kalau baca…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
dalam maksudnya itu kalau baca banyak kali. hoho
Curahan rasa titan @ ..8 Cara nak Jual Produk Laku Keras Terlajak Laris
pemahaman dan tafsiran kita amat berbeza dalam bidang sastera..sebab itu sastera adalah seni..
Senyum sorang2 baca… ada juga benarnya apa yang dikatakan walaupun diselit dengan ayat2 yang begitu indah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
kalau kita yang takda seni ni, mampun baca dan hayati je lah.. hehe
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
hahaha.. tau takpa… ayat yang die guna tu best..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
banyak kali baca lebih faham, baca perlahan, satu-satu pun memang baguslah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Salam Aidilfitri 1435H
Begitu indah puisi dicipta,… Bangsa Melayu yang berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia boleh mengoncang dunia dengan ketegasannya dalam isu sejagat.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Video Pesta Sukan Bogel Di Pulau Pinang Tersebar
melayu apa kurang hebatnya… dapat berdiri dgn mereka2 yang berbangsa hebat
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
semangat begitu yang kita inginkan dalam hidup ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
Teringat satu ceramah Utube Ustaz Don x silap saya yang menceritakan tentang melayu dengan Mat Salleh… “mengapa kita rasa kecik apabila berhadapan dengan golongan Mat Salleh sedangkan kita sebenarnya lagi hebat dari mereka…”
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
itu masalah psikologi sahaja..kesan dari penjajah bahawa mereka hebat dan kita lemah..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pelajari Kuasa Hipnosis Dari Youtube
semangat yang kental, tak luluh bila dicabar.. yeah
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Kita sendiri yang tak nampak bahawa kita ini hebat..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
kalau dah nampak, jangan bongkak dan sombong..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
itu yang sepatutnya jangan bongkak dan sombong terhadap kekuatan diri
memang sedap bahasa beliau..memberi kesan dalam hati dan sanubari
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
beliau memang hebat.. kata kata atau ayat yang leh memberi kesan yang mendalam nih
itulah hebatnya penangan sastera..semoga kita mendapat inspirasi dan motivasi..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
yea.. kalau yang tau baca, memang dapat mesej yang cuba disampaikan walaupun tak semua
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Puisi dan ayat2 yang membuatkan kita berfikir yang datang daripada bukan calang-calang orang, Dato’ Usman Awang….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
hah.. betol ! tengok cara orang bersastera dah tau orang tu berwibawa..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
ilmu di dada mesti tinggi..dan ini boleh membangkitkan ilham yang hebat dan kreatif dalam bidang sastera
Sajak yang bermakna sekali. Saya pun sejak akhir-akhir ni makin jarang baca karya sastera.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
bro pun minat sastera ke..bagus untuk daya kreativiti minda
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
Kalau bercakap pasal sastera, teringat plak kat cikgu saya Kat SMK dulu, Istimewanya, dia boleh buat satu puisi indah dengan hanya melihat alam sekeliling… Sedap telinga mendengar ayat2 indah yang digunakan namun kenangan bersama Cikgu Nazri x lama selepas disahkan menghidap penyakit paru2 berair.. 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
moga arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
bukan bermina tapi dah lama tinggal dalam bab sastera tu haa.. sibuk kot
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
tak pe perkara biasa..sasatera adalah sebahagian dari budaya melayu
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pelajari Kuasa Hipnosis Dari Youtube
aku pun dah lama tinggal sastera nih tapi still lagi ada minat sikit2.. kena lak sekarang dah jadi blogger..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
jadi blogger yang ada niche sastera bagus juga..namun saya tak pasti ada dapat trafik yang banyak setiap hari
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bacaan Ringan Dari Hero Borneo
kalau kena dgn cara dan pandai target audience.. boleh je
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Lama gak tinggalkan sastera nie. Last belajar sastera form3… Lepas tu dah x sentuh dah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
uihh.. sama laa, hehehe.. dok amik aliran sains, terus tak dapat nak sentuh sastera dah
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sebuah rangkaian tulisan yang mempunyai makna dan arti yang mendalam
Curahan rasa Ferry @ ..Pendaftaran CPNS Online Agustus 2014 panselnas.menpan.go.id
dan seharusnya kita hayati ayat2 macam ni… sebab mampu bagi penangan yang baek untk hidup masing2
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sarat dengan pengajaran walaupun ada beberapa sindiran menyedarkan daripada pemahaman saya mengenai puisi ini…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
yeap.. kalau baca banyak kali, leh bagi suatu untuk kite sume.. ye da ?
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
benar bang ferry, sangat mendalam maksudnya dan sesuai sampai masa kini.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
Comments are closed.