Assalamulaikum dan salam 1Dunia, bukan sekadar politik Malaysia sahaja melalui proses transformasi. Wang kertas Ringgit Malaysia juga melalui proses transformasi. Bank Negara Malaysia memperkenalkan reka bentuk baru wang kertas Ringgit Malaysia dengan wajah baru yang lebih segar dengan sistem keselamatan yang lebih tinggi.
Bank Negara juga mencetak kembali wang kertas RM20 baru yang dihentikan pengeluarannya sebelum ini.
Semuga dengan reka bentuk wang kertas Ringgit Malaysia baru akan menambah semangat untuk kita berkongsi rezeki kepada yang memerlukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Amalan suka memberi dengan ikhlas adalah rahsia paling tersembunyi untuk mendapat rezeki berlipat ratus kali ganda. Ada banyak firman Allah yang menyatakan rahsia ini di dalam Al-Quran cuma kita sahaja yang tidak yakin. Dah amalkan baru tahu hasilnya.
28/6/2012 : Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan Wang Kertas siri baru Malaysia akan masuk ke pasaran bermula pada 16/7/2012. Orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88- 5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/ 8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm. gov. my untuk maklumat lanjut.
BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan iaitu institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.
Seandainya pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai ini, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual.- Sumber.
127 Comments
Macam duit Saidina
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Movies
cantik!!!!!!!
Curahan rasa Syapit @ ..TiRaI sEjArAh SeMaLaM
Designnya bagus, dan pewarnaanya juga serasi…dari pada yang lama, mudah2 lebih menggairahkan mencarinya.
Curahan rasa Sulistyo @ ..Tempat Belanja Favorit Jakarta
rm20 warna kuning..
Cantik duit baru ni, tapi duit lama ni kena tukar ke???
Curahan rasa faizalsaedon @ ..Kepentingan Perniagaan Internet Masa kini
wah!! duit rm20 kembali lg. senang skit xpayah bwk duit rm10 byk2,
cantik..!!
Duit raya tahun hadapan semuanya adalah rekabentuk baru dari BNM. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Program Perjalanan Selamat 2012
Hrp la duit ni lebih tnggi thp keselamatan nya n kegiatan wang palsu x semakin menular…
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
harap kualiti duit tu tinggi dan tidak mudah koyak.
cntik gak
dah mcm lolipop gamak nyew..hahah
Huh… lepas ni, jenuh la nk buat software update dekat semua mesin atm seluruh Malaysia ni sebab duit baru….. adoyai
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Kesian dekat blog aku
Bolehlah buat simpanan, kerana yg dulu tu adalah simpan jugak spt RM10, RM20, RM1 dan RM5 yg lama, cuma RM100 dan RM500 tak simpan sbb nilai besar sgt terasa rugi tak belanja.
Curahan rasa sensasi2020 @ .."PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN"
pasti kita x sabar nak guna duit baru, harap2 bila masuk mesin atm tak reject. – letih berdiri nak masukkan duit rm 50.00 selalu susah nak masuk atm.
Comments are closed.