Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak pernah kenal dengan Uncle Seekers sehingga keluar kisah percintaan terhalang dan kes saman Mantan Raja Permaisuri Agung, Cik Puan Siti Aishah suatu masa dahulu. Kalau ayah beliau Syed Hussein Al-Attas penulis buku politik tu aku kenallah kerana adalah beberapa buku politik tulisan beliau yang aku beli. Selepas kes saman Cik Puan Siti Aishah barulah aku kenal Syed Abdullah ini rupanya seorang Blogger dan juga Pengkaji Aktiviti Paranormal.
Uncle Seekers memang suka mendedahkan berbagai rahsia tetapi tak tahu apa yang diperjuangkan. Ada benar juga seperti kata Blogger Jejai adakah pendedahan beliau untuk mengejar trafik blog atau alexa ranking atau nak jadi Blogger paling kontroversi. Hanya Uncle Seekers sahaja yang dapat menjawab.
Kisah terbaru Uncle Seekers mendedahkan berbagai rahsia Keluarga Di Raja Johor terutamanya kisah Sultan Johor Sultan Ibrahim. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: “Biarlah xxxxx itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya. Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut,” katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.
Aku ada terbaca tapi lupa dimana katanya Uncle Seekers sudah bersedia untuk ditangkap setelah beberapa Rakyat Johor membuat aduan Polis. Dalam kenyataan tersebut katanya paling lama Polis boleh tangkap pun 7 hari lepas itu pasti dibebaskan. Uncle Seekers tidak gentar dan katanya akan terus membongkar rahsia Kerabat Di Raja Johor. Sebagai salah seorang Anak Johor aku tertanya-tanya apa sebenar tujuan dan perjuangan Uncle Seekers. Mungkinkah ada orang di belakang Uncle Seekers yang juga datang dari keluarga Kerabat Di Raja Johor sehingga beliau jadi seberani ini.
Uncle Seekers dan sahabat wanitanya telah ditahan di Tol Senawang, Negeri Sembilan pada 9.45 pm, 4/7/2012. Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas. Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas Uncle Seekers.
Aku selaku Anak Johor memang tak suka tingkah laku Sultan Johor disebarkan secara bebas sesuka hati untuk tatapan ramai. Kalau nak cerita buruk baik tingkah laku Sultan pasti ada sahaja ceritanya untuk setiap Negeri, 1001 malam tak habis bercerita samada benar atau dogeng hanya mereka sahaja yang tahu. Demokrasi menjadi manusia terasa bebas untuk mengutuk sesiapa sahaja termasuk Sultan dan Pemimpin sendiri, kalau baca komen-komen mereka di FB dan Blog memang super berani seperti tak takut tuhan.
Inilah kebaikan dan keburukan internet dimana sesiapa sahaja boleh membongkar apa sahaja rahsia untuk matlamat perjuangan yang hanya mereka sahaja yang tahu.
Uncle Seekers Terkini
1. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin. – Sumber.
2. Kamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali, mengupah atau berjumpa dengan Uncleseekers yang nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al Atas, bahkan beliau (Kamal Hisham) turut dikritik dan dikutuk dalam blog tersebut. – Sumber.
3. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya – Sumber.
221 Comments
Semoga apa yg beliau lakukan ini mendapat pengajaran dan hukuman setimpal di atas kesalahan yg beliau lakukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Mengapa Persie Tinggalkan Arsenal
Pasti orang Johor sudah tahu apa yg berlaku, betul atau tidak, yang pasti org yg menfitnah dah ditahan polis.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Mengapa Persie Tinggalkan Arsenal
Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi, mendapati beliau positif dadah jenis morfin. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. Sudah jatu di timpa tangga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Mengapa Persie Tinggalkan Arsenal
berkunjung di malam hari untuk meramailan blog ne karena banya ilmu dan pengetahuan yang saya dapatkan dari blog ini so saya gak tahu betul sipa orang yang d ceritakan di atas pi yang pastinya saya lihat cewek nya cantik juga ya yang di tahan tu..heee
Curahan rasa sepriyanto @ ..PegiPegi.com : Booking Hotel Murah & Mudah di Indonesia
mungkin dia ada tujuan tersendiri.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Miss Octopus di Tv3
ada tujuan yang tersendiri? apa ekk?
Curahan rasa Nana @ ..Lelaki Disambar Buaya Ketika Hendak Cuci Tangan
hurmm pelik sanggup masuk penjara sbb bnde ntah pape..
betul tu…orang lain tak nak masuk ke dalam tapi dia….
Curahan rasa Nana @ ..Lelaki Disambar Buaya Ketika Hendak Cuci Tangan
Sengaja mencampakkan diri ke arah kebinasaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Mengapa Persie Tinggalkan Arsenal
tak faham apa maksud dan tujuan Uncle seekers
Curahan rasa mohd billy @ ..Uncle seekers positif dadah?
yup aku johor.dah tahu sgt.malas nk layan
Curahan rasa Master Zuheir @ ..DenaiHati.com Tanya Income Blog Untuk Apa?
pasti ada perjuangan,xkan mahu berjuang kosong.tetapi perjuangan beliau xkan lah mahu diberitahu pada umum.
Curahan rasa Ikhtiar Shah @ ..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
“Kalau nak cerita buruk baik tingkah laku Sultan pasti ada sahaja ceritanya untuk setiap Negeri, 1001 malam tak habis bercerita samada benar atau dogeng hanya mereka sahaja yang tahu.”
Tgk Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan skrg. Bukan rakyat kelantan pun terharu dengan tingkah laku Sultan Muhammad.
Kita diajar di sekolah, Sultan-sultan adalah Ketua Agama. Masalahnya adakah kebanyakan Sultan-Sultan sekarang bertindak sebagai Ketua Agama?
Zaman skrg x perlulah sebab kita asal negeri tu, maka nak pertahan tingkahlaku Sultan yang x betul.
Rasulullah tu lebih utama daripada Sultan…
setiap manusia ada kekurangannya…
Curahan rasa Nana @ ..Lelaki Disambar Buaya Ketika Hendak Cuci Tangan
walaupun kita tak setuju dengan perangai pemimpin tapi bukan lah caranya dengan menulis ber bab-bab keburukan orang lain terutama pemimpin. apa perasaan kalau orang menulis kisah keburukan kita untuk tatapan orang lain. belum kena batang hidung sendiri memanglah rasa seronok je.
Curahan rasa Denaihati @ ..Marah Ayah dan Ibu setakat mana
mungkin ada matlamat sendiri..x mungkin tanpa matlamat sehingga seberani itu..ataupun smmg nya dia yg kurg akalnya..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Tema WordPress Terpantas
hehehe…hanya dia saja yang tahu apa yang dia mau sbenarnya…
Curahan rasa Nana @ ..Lelaki Disambar Buaya Ketika Hendak Cuci Tangan
Manusia sanggup lakukan apa saja asalkan tindakannya tercapai, walaupun penjara tempat tinggalnya nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Mengapa Persie Tinggalkan Arsenal
Gila Glamour je dia ni. Pengetahuan dah lah lemah. Lihat saja masa dia lawan Fadhilah Kamsah dulu. Merapu tak tentu pasal macam kena rasuh hantu yang dia cari tak jumpa jumpa tu. hehehe
Curahan rasa Suara Pemikir @ ..Ramadhan Sale – Tidak Peka Atau …
saya memang tak suka dia ni dari dulu lagi tuan…mmg mengarut…
Curahan rasa daddydee @ ..Antara Ilmu atau Harta
bukan nak kata, tapi anak2 johor ni mmg hebat lah, pertahankan sultan mereka..
pada saya, yg tak baik tu tak yah la kita besar2kan. apa kata besar2kan perkara baik yg org2 atas buat.. kan lagi bagus…
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Bila Takhta Bertukar
tahu ler dia nak settle masalah dia…
Curahan rasa Nana @ ..Ular Tedung Selar Bersarang Di Atas Siling
Comments are closed.