Uncle Seekers apa yang diperjuangkan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak pernah kenal dengan Uncle Seekers sehingga keluar kisah percintaan terhalang dan kes saman Mantan Raja Permaisuri Agung, Cik Puan Siti Aishah suatu masa dahulu. Kalau ayah beliau Syed Hussein Al-Attas penulis buku politik tu aku kenallah kerana adalah beberapa buku politik tulisan beliau yang aku beli. Selepas kes saman Cik Puan Siti Aishah barulah aku kenal Syed Abdullah ini rupanya seorang Blogger dan juga Pengkaji Aktiviti Paranormal.

Uncle Seekers memang suka mendedahkan berbagai rahsia tetapi tak tahu apa yang diperjuangkan. Ada benar juga seperti kata Blogger Jejai adakah pendedahan beliau untuk mengejar trafik blog atau alexa ranking atau nak jadi Blogger paling kontroversi. Hanya Uncle Seekers sahaja yang dapat menjawab.

Kisah terbaru Uncle Seekers mendedahkan berbagai rahsia Keluarga Di Raja Johor terutamanya kisah Sultan Johor Sultan IbrahimTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: “Biarlah xxxxx itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya. Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut,” katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.

Gambar Uncle Seekers di tahan reman

Aku ada terbaca tapi lupa dimana katanya Uncle Seekers sudah bersedia untuk ditangkap setelah beberapa Rakyat Johor membuat aduan Polis. Dalam kenyataan tersebut katanya paling lama Polis boleh tangkap pun 7 hari  lepas itu pasti dibebaskan. Uncle Seekers tidak gentar dan katanya akan terus membongkar rahsia Kerabat Di Raja Johor. Sebagai salah seorang Anak Johor aku tertanya-tanya apa sebenar tujuan dan perjuangan Uncle Seekers. Mungkinkah ada orang di belakang Uncle Seekers yang juga datang dari keluarga Kerabat Di Raja Johor sehingga beliau jadi seberani ini.

Uncle Seekers dan sahabat wanitanya telah ditahan di Tol Senawang, Negeri Sembilan pada 9.45 pm, 4/7/2012. Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas. Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas Uncle Seekers.

Aku selaku Anak Johor memang tak suka tingkah laku Sultan Johor disebarkan secara bebas sesuka hati untuk tatapan ramai. Kalau nak cerita buruk baik tingkah laku Sultan pasti ada sahaja ceritanya untuk setiap Negeri, 1001 malam tak habis bercerita samada benar atau dogeng hanya mereka sahaja yang tahu. Demokrasi menjadi manusia terasa bebas untuk mengutuk sesiapa sahaja termasuk Sultan dan Pemimpin sendiri, kalau baca komen-komen mereka di FB dan Blog memang super berani seperti tak takut tuhan.

Inilah kebaikan dan keburukan internet dimana sesiapa sahaja boleh membongkar apa sahaja rahsia untuk matlamat perjuangan yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Uncle Seekers Terkini

1. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin. – Sumber.

2. Kamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali, mengupah atau berjumpa dengan Uncleseekers yang nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al Atas, bahkan beliau (Kamal Hisham) turut dikritik dan dikutuk dalam blog tersebut. – Sumber.

3. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya – Sumber.


Spread the love

221 Comments

  1. Assalam… saya sudah pergi ke blog Uncle Seekers… memang sampai ber-bab2 beliau nie buat… entah apa tujuan sebenarnya sampai sanggup menghina Sultan…

  2. Aku pun orang johor bro.. sama ada benar atau tidak apa yang dia tulis tu aku pun tak boleh nak sahkan sebab takda bukti.. tapi memang berani gila dia ni keluarkan kenyataan hentam sultan JOHOR.. kalau zaman dulu2 confirm dah kena tangkap dengan hulubalang dengan diberikan hukuman pancung tanpa bicara.. hehehe..

    Apa pun kita tunggu apa lagi yang dia nak tulis lepas dia bebas nanti.. tengok macam dia happy je kena tangkap.. kekadang aku fikir juga dia ni kejar glamour ke?
    Curahan rasa myvitrd @ ..Dah Boleh Cash Out Lagi Rezeki Nak Beli PampersMy Profile

    1. 1. Nak maki orang dengan nama samaran Yahoo tandanya tidak jujur.
      2. Sultan dan Pemimpin UMNO atau PAS memang bukan tuhan tetapi Pemimpin ada kelebihan untuk dihormati terutama Pemimpin Islam.
      3. Kekadang kalau Pemimpin yg kita sokong kena maki kita marah tetapi bila pemimpin kita benci dikutuk kita suka tu pun bukan budaya yg bagus.
      4. kalau pemimpin kita samakan dengan orang biasa maka akan hancurlah sebuah negara tersebut.
      Curahan rasa denaihati @ ..Hijrah Artis MalaysiaMy Profile

      1. betul tu.. sya sokong.. pemimpin mmg tak sama dgn org biasa sbb tu kita disarankan utk menghormati seseorg pemimpin.. kdg2 bila kita diberi kemudahan kita slh gunakan.. bila kemudahan disekat lain pula jadinya.. maka apa lg sbnrnya yg kita mahu yer? nak kebebasan bersuara.. telah pun diberi.. tp kita gunakan dgn cara yg salah.. gunakanlah kebebasan bersuara itu utk sesuatu yg bermanfaat…
        Curahan rasa Queen Teratai @ ..Tazkirah Jumaat – Penyakit SombongMy Profile

  3. tiada apa manfaat pun.. sekadar kepuasan diri.. tp sedarkah dgn menyebarkan aib org x kiralah Sultan atau kita rakyat biasa ni adalah berdosa besar.. adakah org zaman skrg ni memang tak tahu dosa pahala? tak percaya pada janji-janji dan hukum Allah SWT? Kerana kepuasan diri manusia mmg boleh membelakangkan agama asalkan hasrat hati tercapai untuk menjatuhkan maruah org lain. Sekali benarpun apa yg berlaku dlm keluarga diraja itu, itu adalah antara dia dan Allah SWT.. tp org yg menyebarkan aib ni bkn setakat berdosa pada Allah SWT tp juga pada org yg diaibkan… mana lebih berat? Nauzubillah.. inilah dunia akhir zaman…
    Curahan rasa Queen Teratai @ ..Doa di pagi Jumaat #5My Profile

  4. Dari duk mencaci orang dalam blog dan menambah dosa.. baiklah menyelitkan ilmu untuk manfaat bersama.. aku pun takleh tengok muka si uncle ni.. meluat pun ada.. Sebagai rakyat Johor aku pun bengang dengan makhluk ni, dan aku rasa pasti ramai lg rakyat Johor yg tak puas hati dengannya.

    p/s: Bangga dengan keamanan Johor
    Curahan rasa Ucualong @ ..Kisah Guru Dan MuridnyaMy Profile

  5. mengapa perlu sebiadap itu..janganlah membuka aib seseorang itu.andai di buka juga pasti di akhirat kelak aib kita juga akn terbuka..hilang kah sdah rasa hormat kepada institusi di raja??
    Curahan rasa Jay @ ..SABAH 3My Profile

    1. Jadi sepertinya ini tentang penggunaan internet akan kembali pada diri kita, akan bisa memberikan kebaikan bila kita mendapatkan informasi yang kita butuhkan dan menambah pengetahuan
      Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Gizi Ibu HamilMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!