Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu“ dan “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“. Kali ini Ariff menulis untuk menjawab banyak soalan untuk entri “SEO Kujie2.com Memang Sedap” :
Ramai yang bertanya melalui ruang komen di blog Denaihati dan akaun twitter aku tentang H tag. Jadi diharapkan entri ini dapat menjawab segala persoalan blogger tentang H tag.
Adakah H tag penting kepada SEO?
Jawapan > ya dan tidak.
- Penting kerana H tag boleh menunjukkan keyword penting yang terdapat dalam tajuk entri, nama blog dan sebagainya pada search engine
- Tidak kerana walaupun takde H tag, search engine masih akan index blog seperti biasa. Walaupun begitu, H tag utama iaitu H1 & H2 berkemungkinan besar memberi lebih sedikit kesan untuk SEO.
Ada blog yang tidak menggunakan H1 tag seperti blog Eyriqazz, tapi tak menghadapi apa-apa masalah dengan search engine.
Mana nak letak H1 & H2 ?
H1 adalah untuk keyword utama sesebuah page. Boleh pilih samada nak letak H1 untuk nama blog pada front page ataupun tidak. Pada pendapat aku, H1 paling sesuai diletakkan pada tajuk setiap entri sebab keyword utama yang kita nak gunakan untuk SEO biasanya terletak pada tajuk entri.
Tapi untuk “niche blog” dimana keyword utama blog tersebut adalah nama blog, adalah sangat digalakkan supaya tajuk blog diletakkan sebagai H1, tajuk-tajuk entri dalam blog tersebut sebagai H1 atau H2, dan subtopik dalam entri (jika ada) diberikan H2 atau H3.
Contoh niche blog kepada yang tak faham konsepnya:
Nama blog: Blog Kereta Proton
URL: keretaproton.com
Keyword utama: Kereta Proton
Contoh entri: Kereta Proton Baru 2011, Kereta Proton Saga FLX, Kenapa Kereta Proton Hebat?
Kalau lebih daripada satu H1 ok ke?
Takde masalah. Dalam sesebuah page, tag H1 boleh digunakan lebih daripada sekali. Dicadangkan supaya penggunaanya taklah melampau. Seeloknya, gunakan pada tajuk blog dan tajuk entri sahaja.
Matt Cutts menerangkan tentang kesan bilangan H1 tag dalam sesebuah page. Sila tonton video di bawah:
- Bermasalah jika keseluruhan page dipenuhi dengan H1
- Gunakan H1 dimana ianya logik untuk digunakan (tajuk utama/header sahaja)
Perlukah H tag diletak mengikut kedudukan turutan yang betul?
Kalau dianalisa blog dan website berbeza, kita akan nampak kedudukan H tag ni ada yang kadang-kadang bersepah. H3 atas sekali, lepas tu bawah sikit ada H2 dan kadang-kadang ada H1 diletakkan bawah sekali. Adakah ini akan mengakibatkan kesan negatif untuk SEO?
Tidak. Search engine tidak menganalisa susunan H tag dalam sesebuah page. Asalkan ada sudah cukup. Perkara ini juga telah diterangkan oleh Matt Cutts dalam video di bawah:
Bagaimana pula dengan H tag (4, 5 & 6) dan tag-tag lain?
Seperti yang ditunjukkan dalam entri “SEO Kujie Memang Sedap”, macam-macam tag lagi ditunjukkan dalam analisa tersebut. Pendapat aku, tak payah buat benda yang terlalu susah. Tag asas yang perlu ada adalah H1 & H2 dan walaupun H1 takde, blog masih diindex seperti biasa.
Apa yang lebih penting adalah content bagus dalam blog yang mendapat linkback daripada website lain. Kalau content bagus dan orang bercerita tentangnya dalam blog lain, lebih mudah mendapat perhatian search engine.
Diharapkan persoalan tentang H tag ni terjawab. Kalau anda ada menceritakan tentang topik SEO dalam blog, entri ini adalah sangat sesuai dikongsikan dengan pembaca anda. Boleh kemukakan soalan di ruangan komen dan aku akan cuba berikan jawapan.
152 Comments
terima kasih atas informasinya yang mudah dicerna dan sangat bermanfaat sekali, saya sangat senang sekali dengan artikel anda
Curahan rasa rudy hartono @ ..Cara Tepat Membuat Anchor Text Untuk Mengoptimalkan Seo
info yang bagus, tapi saya belum paham benar….
Curahan rasa Dadan @ ..Prediksi Umur Manusia
wow nice info
Curahan rasa Bun No Ichi @ ..Jurus Menghilang di Chat FB
saya baru kebingungan tentang h tag .. Namun semua terjawab di sini !! Terima kasih banyak …
Curahan rasa Kata Mutiara @ ..Kata Kata Bijak Tentang Cinta dan Motivasi
Harus banyak-banyak belajar lagi nih dari sang master…
Curahan rasa Kafe Guru @ ..Syarat Guru Honorer Bisa Diangkat Jadi PNS
salam….
saya pun tak paham soalan SEO,…
H tag, apalah,…???
mudah2an suatu saat saye bisa paham sendiri,…hehehehe
Curahan rasa elgehady @ ..Nabi Muhammad Tokoh Petama yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah
alamak! saya masih tak fahamla….apakah mendenya ni???
Curahan rasa lin azlina @ ..Gadget Impianku
h tag ni yang masih perlu dipelajari. kadang kadamg masa tak megizinkan
Curahan rasa apaajanews @ ..BAJU KESAYANGAN AKU
memang susah nak faham benda ni..kena betul2 kosongkan fikiran kalau nak betul2 faham pasal ni..
Curahan rasa paihujey @ ..Aku Kecewa
terima kasih atas info diatas
Curahan rasa semasa @ ..Tiada Penyingkiran Untuk Minggu Pertama Maharaja Lawak Mega
nice info…..
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
Yep… info SEO H jarang org nak ambil kisah… tapi bila guna… entry kita leh jadi cun gak dengan css H1, H2, H3…. kemas tersusun je dari tajuk, hingga ke content…. Crawl pun laju je dr bot search engine… huhu..!!
Curahan rasa Mr LePaK @ ..NUTP Minta Unit NKRA KPM Tambah Baik SAPS Dgn Segera
Harap harap macam tu lah, baru kemaskan blo saya tu
Curahan rasa Steward John @ ..Top 40 most popular blogs in Malaysia
Tq ….for the info ….bagus untuk mereka yang berminat untuk berblogging…..
Terima kasih di atas tutorial yang lengkap ni
Curahan rasa wazy @ ..HIMPUN – Himpunan Sejuta Umat
Comments are closed.