Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu“ dan “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“. Kali ini Ariff menulis untuk menjawab banyak soalan untuk entri “SEO Kujie2.com Memang Sedap” :
Ramai yang bertanya melalui ruang komen di blog Denaihati dan akaun twitter aku tentang H tag. Jadi diharapkan entri ini dapat menjawab segala persoalan blogger tentang H tag.
Adakah H tag penting kepada SEO?
Jawapan > ya dan tidak.
- Penting kerana H tag boleh menunjukkan keyword penting yang terdapat dalam tajuk entri, nama blog dan sebagainya pada search engine
- Tidak kerana walaupun takde H tag, search engine masih akan index blog seperti biasa. Walaupun begitu, H tag utama iaitu H1 & H2 berkemungkinan besar memberi lebih sedikit kesan untuk SEO.
Ada blog yang tidak menggunakan H1 tag seperti blog Eyriqazz, tapi tak menghadapi apa-apa masalah dengan search engine.
Mana nak letak H1 & H2 ?
H1 adalah untuk keyword utama sesebuah page. Boleh pilih samada nak letak H1 untuk nama blog pada front page ataupun tidak. Pada pendapat aku, H1 paling sesuai diletakkan pada tajuk setiap entri sebab keyword utama yang kita nak gunakan untuk SEO biasanya terletak pada tajuk entri.
Tapi untuk “niche blog” dimana keyword utama blog tersebut adalah nama blog, adalah sangat digalakkan supaya tajuk blog diletakkan sebagai H1, tajuk-tajuk entri dalam blog tersebut sebagai H1 atau H2, dan subtopik dalam entri (jika ada) diberikan H2 atau H3.
Contoh niche blog kepada yang tak faham konsepnya:
Nama blog: Blog Kereta Proton
URL: keretaproton.com
Keyword utama: Kereta Proton
Contoh entri: Kereta Proton Baru 2011, Kereta Proton Saga FLX, Kenapa Kereta Proton Hebat?
Kalau lebih daripada satu H1 ok ke?
Takde masalah. Dalam sesebuah page, tag H1 boleh digunakan lebih daripada sekali. Dicadangkan supaya penggunaanya taklah melampau. Seeloknya, gunakan pada tajuk blog dan tajuk entri sahaja.
Matt Cutts menerangkan tentang kesan bilangan H1 tag dalam sesebuah page. Sila tonton video di bawah:
- Bermasalah jika keseluruhan page dipenuhi dengan H1
- Gunakan H1 dimana ianya logik untuk digunakan (tajuk utama/header sahaja)
Perlukah H tag diletak mengikut kedudukan turutan yang betul?
Kalau dianalisa blog dan website berbeza, kita akan nampak kedudukan H tag ni ada yang kadang-kadang bersepah. H3 atas sekali, lepas tu bawah sikit ada H2 dan kadang-kadang ada H1 diletakkan bawah sekali. Adakah ini akan mengakibatkan kesan negatif untuk SEO?
Tidak. Search engine tidak menganalisa susunan H tag dalam sesebuah page. Asalkan ada sudah cukup. Perkara ini juga telah diterangkan oleh Matt Cutts dalam video di bawah:
Bagaimana pula dengan H tag (4, 5 & 6) dan tag-tag lain?
Seperti yang ditunjukkan dalam entri “SEO Kujie Memang Sedap”, macam-macam tag lagi ditunjukkan dalam analisa tersebut. Pendapat aku, tak payah buat benda yang terlalu susah. Tag asas yang perlu ada adalah H1 & H2 dan walaupun H1 takde, blog masih diindex seperti biasa.
Apa yang lebih penting adalah content bagus dalam blog yang mendapat linkback daripada website lain. Kalau content bagus dan orang bercerita tentangnya dalam blog lain, lebih mudah mendapat perhatian search engine.
Diharapkan persoalan tentang H tag ni terjawab. Kalau anda ada menceritakan tentang topik SEO dalam blog, entri ini adalah sangat sesuai dikongsikan dengan pembaca anda. Boleh kemukakan soalan di ruangan komen dan aku akan cuba berikan jawapan.
152 Comments
nak letak h tag ni masih bengong lg…
Tak faham lah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Raya Tak Jadi
saya masih tak paham juga nie…
bljr sikit2 lah ye…
Curahan rasa manmala @ ..Lirik Mabrouk (Malay Chorus) – Irfan Makki
fening2..
slow2 ye nk memahami benda ni.
Curahan rasa manmala @ ..Lirik Mabrouk (Malay Chorus) – Irfan Makki
H tags ni yang kasi font besar tu ke?
Curahan rasa Ikhwan @ ..#2 Wordless Wednesday Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam
yes. tapi sebenarnya font tu semua styling css je.
Curahan rasa Ariff @ ..Bila Kejayaan College Dropout Seperti Jobs, Zuckerberg, Gates Digunakan Sebagai Alasan Untuk Malas Belajar
H Tags ni apemende ?????? ce habak siket
Nice, ada org ckp yg main H tag ni pun dapart pengaruh google SL,.
H1 tag pada tajuk entri boleh mempengaruhi SEO
Curahan rasa ariff @ ..Hidup Dengan Duit Supaya Mudah Mendapat Kejayaan
btul tu. yg ptg pandai nk godek code HTML tu
Curahan rasa manmala @ ..Lirik Mabrouk (Malay Chorus) – Irfan Makki
terima kasih ariff shah…sebelum ni saya memang confius sikit mengenai penggunaan H1 dan H2 ni… 🙂
sdg perbaiki SEO ni .. sedih sgt bounce rate melambung2 🙁
Dah cuba bubuh H tags dalam coding blog minggu lepas tapi bila check balik dekat http://www.seoworkers.com langsung tak keluar pun, tapi kalau tengok dekat SEO analysis lain, keluar pulak. Ker ada SEO Analysis yang official?
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Kalau dah tau, analisis sendiri jelah, betul?
Kadang2 algorithm analisis site2 ni tak boleh detect kalau ubah sikit pun tag-tag tu..
Cara paling senang, view source dan search secara manual tag-tag tadi
Curahan rasa ariff @ ..Hidup Dengan Duit Supaya Mudah Mendapat Kejayaan
Rasanya benda tu dah ada bila check dekat source code, cuma tu jelah kan ada post DH mengenai H-tag analisis Kujie baru-baru tu. Risau pulak H-tag langsung tak keluar dekat web yang dipakai waktu analisa Blog Kujie. Tapi tak apa lah, keluar ker tak, yang penting dah overhaul blog tu biar tak melanggar apa2 syarat berblogging. Apa-apa pun, terima kasih.
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
nice…
dah lama cari pasal h tags nie
Curahan rasa azrijohan @ ..Contest Snap Your Style
Baru la faham… Terima kasih DH dan juga Ariffshah
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Family Trip ke Tanah Tinggi Cameron
adoi masih lagi blur tentang benda nie..ada masa baru nak study apa semua nie
xpe, bljr sikit2 dulu utk memahami benda ni. insyaALLAH boleh nya
Curahan rasa manmala @ ..Lirik Mabrouk (Malay Chorus) – Irfan Makki
merangkak lagi nak fahamkan benda ni…huhu
Curahan rasa noriz @ ..Santai Selasa : LOL untuk Sahrom Nasrudin
Dulu pun saya mcm tu gak .. merangka² nak faham semua H tag dan SEO nie ..
Curahan rasa anastasyea @ ..Semak Saman Trafik Online PDRM
memang susah mula-mula tapi lama-lama senang..
Curahan rasa zuls @ ..How to change the H tag for blogspot
terima kasih denaihati info anda sgt berguna
Curahan rasa hafizal @ ..Yang Dipertuan Agong Yang Ke 14 Adalah …………
Comments are closed.